17 December 2014

Proses Membuat Passport Antarabangsa

Bertuahnya kita di Malaysia sebab bila-bila masa boleh ke luar negara ikut kemampuan. Hihihi... untuk urusan passport international, mulanya sy gigih ke Presint Diplomatik, Putrajaya. Rupanya dah pindah kat Menara Ikhlas Presint 2. Sebelah dengan Palace of Justice. Kalau tak tau kat mana... follow je signboard Kompleks Pentadbiran Kerajaan. Pastu cari bangunan kehakiman mcm masjid kat jalan utama selepas bulatan masjid Putrajaya. Tak pun guna waze je..hihi..

Proses sangatlah xlama. Walaupun no giliran sy 1113 dan no sekarang ialah 1060. Ringkasnya:

Pendaftaran dan shooting 30 minit.
Bayaran passport 15 minit
Serahan passport 1 jam

Haaa... cepat kan? Walaupun ramai orang tapi selesa sebab luas, bersih dan sejuk. Kutu2 pun xada dah..xmacam dulu. Xperlu bawa apa-apa kecuali duit dan mycard.

Gambar diambil on the spot.. so make sure muka fresh dan baju sesuai. Sy datang dengan tshirt round collar.. hihi.. tapi ok je. Klu nk coat disediakan free. Sy xpakai.. hihihi.. sajer... konon2 nampak muda...

Bayaran pulak RM100 utk 2 tahun dan RM300 utk 5 tahun. Staff sini murah senyuman dan cantik kacak bergaya. Sejuk mata memandang.

Syukur xdihidangkan drama gaduh-gaduh kat kaunter. Hihihi... sy dah terbiasa dengan drama kecoh2 kat kaunter jabatan kerajaan.

P/s : kalau muka macam sabah sarawak.. sure staff dia akan tanya sebab dapat special line yer..kosong je. Untung lah..hihihi.. sy ditanya tp sygnya sy org Johor! Hihihi... proud to be Johorian gituhhh


Terima Kasih

16 December 2014

Sertai Senaman Aerodance Secara Percuma!

Bertapa beberapa minggu untuk fokus kepada bisnes konon2 yg baru bermula. Banyak entri yg belum ditulis lagi. Apa yg dapat dikongsikan melalui aplikasi Blogger android ni ialah satu program percuma yg boleh memberi manfaat kepada kita semua hujung minggu ini!

Salah seorang kareografer adalah kawan baik sy yg memang mantap dan mahir dengan pergerakan mudah dan pemilihan lagu yg update.. catchy segala..  Pasti anda akan lebih semangat untuk bersenam selepas ini. Jangan lepaskn peluang bagi yg duduk berdekatan ok. Selalunya event berbayar tapi kali ni PERCUMA.

Jom kawan2! Kita buang toksin2 dlm badan ni.


Terima Kasih

11 December 2014

Album Tarannum Sharifah Khasif Terbaik!!

Alhamdulillah.. pencarian hampir 3 minggu akhirnya berbaloi. Berjaya juga dapatkan album Sharifah Khasif - Tarannum Surah Pilihan. Saya beri 5 bintang untuk keseluruhan album termasuklah audio dan vocal mantap beliau.

Tak rugi kalau anda jadikan album ni peneman.. simpan dalam smartphone masing-masing. Dengarlah.. insha allah boleh perbaiki sebutan dan bacaan kita. Sebenarnya saya menanti bacaan surah pilihan yang lebih panjang seperti surah ar-rahman, al-mulk, al-fussilat dan lain-lain. Bacaan ini penyejuk hati....mendamaikan.

Saya ingin kongsikan manfaat beberapa surah yang diajar oleh Ustaz saya dulu dan diamalkan. Bacaan surah ar-rahman boleh membantu memupuk rasa kasih syg dlm diri kpd insan dan mahkluk keliling..rasa ehsan dan kasih yg luar biasa selain urah lainnya. Surah al-mulk pula manfaatnya semasa mati kubur akan diterangkan dan diluaskan.. wallahualam.. Mungkin xbanyak yg diamalkan.. cubalah mulakan yg sedikit. Insha allah...


Terima Kasih

10 December 2014

Network rezeki yang tak putus

Alhamdulillah.... syukur dengan perjalanan rezeki yg Allah beri. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini dengan banyak perkara walaupun sebenarnya sedang bercuti. 

Impian miliki perniagaan tercapai biarpun konon-konon saje. Hihihi... last week sudah didaftarkn FarmBerry & Network utk aktiviti jual beli kambing dan bebiri secara sah. Insha Allah pada March nanti akan dimulakan jualan secara rasmi. Viewers bolehlah jengah-jengah dan like page facebook sy.. www.facebook.com/farmberrynetwork. Buat masa ni aktiviti persiapan dan info-info berkaitan ternakan dimuatkan. Sejujurnya sy xterfikir akan terjebak dalam bidang ternakan. Persiapan agak rumit juga terutama dari segi kepakaran. Mujurlah ada sahabat yg mahir sudi membantu.

Dalam masa yg sama juga sy terima permintaan untuk buat hantaran version Mr.Cupid dari kenalan2 yg tak berapa nak kenal. Hihihi... kiranya customerlah. Rezeki tak terjangka... sy decide untuk buat secara sambilan. Kebetulan bercuti panjang, dapatlah sy terima tempahan tapi dihadkan. Ye lah takut banyak sangat tak berkualiti pula. Lebih-lebih lagi sy perlukan idea berdasarkan impian, kenangan dan kisah cinta pengantin untuk digubah. Hihihi... bunyi macam pelik tapi itulah yg sy buat. Boleh jengah ke mrcupidcreations.blogspot.com untuk tengok hasil tangan yg biasa pegang stetoscope dan pesakit. Hihihi... dalam minggu ni sy akan daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Moga semua perjalan lancar...

Kepada semua pembaca... terima kasih untuk sokongan anda!


Terima Kasih

07 December 2014

Manfaatkan roti hampir expired anda! - Spicy Sausage Cheese Roll


Spicy Sausage Cheese Roll ni sangat sesuai untuk anda yang xtau nak buat apa kat roti potong yg dah dekat expired tu. Selama ni tengok saja orang jual kat kedai tu...rupanya buat sendiri lagi best :P

Caranya senang, leperkan roti potong sekeping demi sekeping, alaskan slice cheese dan taburkan serbuk cili atau rempah kari dan sausage, roll dan tampal dengan telur sikit, roll kan pulak atas serbuk roti. Pastu goreng..roll kan jugak dlm minyak tu... senang?

Jom cuba :)

Spicy Sausage Cheese Roll 

Bahan-bahannya:

Roti potong secukupnya.
Sausage secukupnya juga
Slice cheese
Rempah kari atau serbuk cili meletop
Telur
Bread crumbs @ serbuk roti


nilah rupanya sebelum digoreng


Terima Kasih

My Asam Pedas Linda Onn Tidak se-Gah Nama

Maaf...xakan datang lagi, serik dan pembaziran besar.

Itulah ungkapan jujur selepas mengunjungi My Asam Pedas Linda Onn Ampang. Biarpun pada 2009 sy pernah mengalami pengalaman agak buruk di sana, kali ini sy datang dengan harapan selepas berhijrah ke Miri, Sarawak. Kedatangan saya sekeluarga disambut baik oleh seorang crew restoran, yg lainnya melepak di bahagian luar, mungkin tiada customer lain. Benar... memang hanya kami ketika itu.

Crew bertukar ganti yang serve, kami sekeluarga dihulur hanya sebuah buku menu. Mulanya sy hanya menanti. Kebiasaannya mana-mana tempat makan (gerai sekalipun!) setiap seorang diberikan menu, paling tidak berkongsi 2 orang untuk sebuah menu. Ternyata silap, masa terbuang begitu...sy pun minta menu lainnya, crew restoran yang ke hulu ke hilir seolah tak ada rasa apa, hulurkan sebuah saja lagi. Oklah...kami share 2 buah buku menu untuk 4 orang. Xkisahlah.....

Selepas tergoda dengan presentation makanan pada buku menu, kami pun mulalah order seadanya. Crew restoran pun mengambil pesanan (maaf, perlu latih individu yang lebih mesra rasanya... body language, eye contact..fail!), dan beredar tanpa mengulang semula apa yang telah dipesan. Mungkin sudah expert...

Lebih kurang 10 minit selepas itu, customer mula memenuhi ruang restoran. Belum boleh dikatakan sebagai 'crowded'...   minuman pesanan masih juga belum sampai. Selepas 15 minit barulah kami dihidangkan dengan minuman. Maaf ya, crew restoran hanya meletakkan air atas meja dan berlalu. tertunggu-tunggu juga...kebiasaanya pelayan akan jelaskan mana satu juice bla..bla..bla...  Kami sedar ada item yang bukan kami order (Sour plum dgn orange juice sgt berbeza bukan?). Ambil masa juga nak dapatkan crew yang hanya lalu lalang tanpa pandang table customer. Entah apa yang disibukkan. Akhirnya adalah crew yang terpaksa melayan kami utuk betulkan order, tanpa rasa bersalah...terus saja diambilnya resit pada meja dan terus berlalu. Kemudian datang lagi seorang crew tanya lagi order air apa, sedangkan dah jelas resit meja tertulis dan dialah yang mengambil order kami. Ayatnya lebih kurang begini ' baru nak order ke ape ni? air ape?' Mimik muka agak menyembalkan..... :(

Ruang restoran mula meriah dengan suara customer. Pesanan table lain yang lebih ramai dari kami (pesanan makanan mangkuk besar!!) sudah dapat makanan dan banyak juga yang sudah dimakan. Table sebelah pun sama..walhal kami yang sampai jauh lebih awal. Kami pun dapatkan crew lagi.... 'adik makanan kami mana ya?' Jawab crew restoran ' haa.... tengah masak kat belakang' dengan muka selamba dan uncungkan bibir ke arah dapur! agak biadap dan blah macam tu saja. ??????????

Selepas hampir 20 minit baru lah makanan pertama sampai, nasi goreng kampung dan sotong goreng tepung (jangan terkejut ya dengan gambarnya nanti). Menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk menunggu hidangan lengkap baru mula makan, tapi tempoh makanan seterusnya sudah cukup merimaskan. Anggaran 5 minit kemudian asam pedas ikan jenahak sampai tanpa nasi putih. Takkan nak hirup kuah tu...betul tak? Nasi putih dah pesan tapi tak dapat juga...

Agak malas nak set kan masa yang jelas membikin panas di hati, lebih kurang asam pedas dah sejuk barulah crew restoran datang tanya nak nasi putih berapa? Sedangkan sudah dijelaskan semasa order tadi. Kemudian sampailah nasi goreng seafood sejuk. Jangan ditanya tentang rasa dan presentation sebab sangat menyedihkan.. tawar , tidak cukup rasa! Sejukkkkk...... 

Masih ada 2 lagi pesanan makanan belum sampai. Nasi Ayam Penyet dan Asam Pedas Daging. kami semua dah lapar, sekali lagi crew restoran jawab sambil berlalu ' dah..dah..tengah masak!' OMG

Mood nak makan memang dah berubah...... akhirnya sampailah nasi ayam penyet. Kami pun mula makan sekeluarga. Agak sedih bila mak dan abah hilang selera dan hanya sentuh makanan seadanya. Pesanan akhir masih belum sampai lagi, belum sempat crew restoran jawab dengan ayat typical... sy terus cancel. Sempat lagi crew tersebut buat muka terkejut 'cancel? jadi abg nak cancel ke?' itulah ulangan ayatnya... Entah bahasa apa yang perlu digunakan! Tidak menjawab dan kami terus makan dengan hati yang panas. Tak terhabis, kami pun buat pembayaran dan beredar keluar.

Inilah sedikit makanan yang sempat dirakam semasa mood masih baik.


Nasi goreng rasanya agak tawar dan sejuk. Hiasan dengan sehiris timun saja.


Sotong Goreng Tepung yang sangat menyedihkan....rasa tertipu sangat dengan gambar dalam menu bawah ni




 Dekorasi restoran agak baik berbanding sebelum ini.


Harga dengan service dan makanan yang diterima. Sepatutnya dengan jenama restoran yang agak gah..tak sepatutnya berlaku begini. Jika ditanya adakah saya akan datang lagi?

TIDAK.

Apa yang dialami tidak membantutkan hobi jalan-jalan singgah makan saya! Entri selanjutnya akan dikongsi pengalaman makan di sebuah restoran eksklusif yang sangat menarik!

p/s: "Crew Restoran" adalah merujuk kepada adik yang melayan, istilah pelayan amat tidak sesuai dengan apa yang dialami. Jika anda seorang yang sangat menghargai masa, ini bukanlah restoran yang sesuai.





Terima Kasih

20 November 2014

Tart Mozarella Cheese


Tart kali ni intinya sardin, ala-ala nak buat inti karipap sardin tu tapi atasnya sy letak mozarella cheese. Ada sedikit hangus di situ :P

Acuan pun tak guna tart punya.. rasanya ni acuan wat kuih lompang! Asal boleh je..lantaklah..janji bentuknya bulat mangkuk kecik.. nampaklah ciri-ciri tart nye :)

Taste sgt delises..sesuai utnuk minum petang atau sesi 'ngeteh'. Cheese tu guna cheddar boleh..mozarella pun boleh.. nak lagi jimat guna slice cheese :P Inti boleh ubah ikut citarasa ok!

Resepi doh ada di sini ya  Doh Pie Mr. Cupid

p/s: cheese tu parutlah dulu baru cun bila ditabur atas tart. Kat tesco pun ada jual dah siap parut. Buat tart ni yang paling penting dohnya..kalau xsedap doh..pasti muak! haha


Terima Kasih

19 November 2014

Resepi Doh Pie Paling Senang! Tuna Pie


Sebelum ni pernah belajar cara buah doh untuk pie dengan tart, kalau xsilap dipanggil 'sugar doh'. Tapi rasanya macam leceh sikit nak buat..kejap kena simpan dlm freezer , pastu nak uli laju2..etc.. last2 terus xbuat. Masa tu pie dgn tart lum femes pun..dalam tahun 2003.

Resepi doh kali ni intai-intai Baker buat last week, hari ni cuba air tangan sendiri. Alhamdulillah menjadi... jom sapa2 nak try :)

Pie Tuna Chunks Cikebum Cikebum

Bahan-bahan doh:

1 buku butter dicairkan
3 sudu besar gula pasir di blended
3 sudu besar air paip
3 biji kuning telor
1 1/2 cawan tepung gandum (agak-agak boleh kurang atau lebihkan ya)

Bahan-bahan inti:

2 tin tuna chunks (toskan airnya)
Mayonis secukupnya (jgn banyak sgt nt meleleh..xcantik)
1 biji bawang holland (potong dadu)
semua bahan ni campur dalam mangku dan gaul.

Slices cheese secukupnya.

yeay..siap dengan pantas pun intinya!

Cara-caranya:

Step 1 : Campur semua bahan doh, uli sampai jd doh. Pastu lenyek dengan plastik macam ni...


Step 2 : Telangkupkan bekas pai (sekarang ada yg senang boleh buka tepi dia..kat sini pattern ni je ada..so leceh sket). Pastu adjustlah sikit2...



Step 3 : Pastu cucuk2 bahagian alasnya dengan garpu supaya xgelembung bila bakar. Bakarlah sampai kuning dalam 8 ke 10 minit.. tengok2lah..mana tau panas sgt oven..nt itam pulak. Pastu masukkan inti tuna. Susun slice cheese sampai tertutup semua inti atasnya. Bakar kejap smp cheese tu macam menggelembung.


 Siap!!!!


p/s : inti pie ni boleh tukar sesuka hati..sy ada plan nak letak kari kambing pekat.. mesti sedap  western+indian style :P


Terima Kasih

Idea Resepi Cake untuk diniagakan!!!




Cuba check peti ais, kalau ada epal yang dah buruk kulit tu... rajin-rajinkan diri lah try resepi ni. Hhihihi... rasanya memang terbaik! Kalau ada topping cream cheese ke sure lagi meletup! Empuk, ringan, tidak terlalu manis, sesekali crunchy....dan ermmm... anda cuba anda tahu! kalau ada yang nak bisnes, memang sy cadangkan habis-habisan. selain bahan yang murah, nak sediakan pun senang! Paling penting...sangat sedap!!

Apple Cake Mr. Pegasus

Bahan-bahannya:

5 cawan marjerin yang dicairkan.
3 3/4 cawan gula pasir blended
10 biji telur
7.5 cawan tepung gandum
5 biji epal
5 sudu kecil baking powder
2.5 sudu kecil soda bicarbonate
5 sudu kecil esen vanilla
kalau suka leh letak serbuk kayu manis

*pandai-pandailah kecilkan ya resepi kalau nak wat portion sikit, bahagi 5 semua bahan atas ni ok!

Step 1 : Pukul gula dengan telur sampai kembang dlm 15 minit.

Step 2 : Masukkan marjerin yang dicairkan dan pukul lagi sampai kembang.

Step 3 : Letak esen vanilla, dan pukul kejap, masukkan tepung yg dicampur dengan soda bicarbonate, baking powder.

Step 4 : Pukul dengan kelajuan sederhana  sambil masukkan epal tadi.

Step 5 : Glaze kan loyang.


Step 6 : Tuang dalam loyang dan ratakan macam ni


Step 7 : Bakar dalam 45-50 minit dan siap!!


Happy sangat dengan hasilnya yang sgtlah sedap. Ringan dan tak muak. Kulit cake tu crunchy sgt...


Selamat mencuba!


p/s: lepas masukkan epal, bancuhan nampak berat dan likat, tp jgn risau sebab lepas bakar dia akan naik 1 ke 1.5 kali ganda... sedap!!!


Terima Kasih

18 November 2014

Resepi Buah Melaka ala Borneo



Tengah malam ni tetiba teringin nak makan buah melaka. Tanpa segan silu terus mencari bahan kat stor..ala2 tikus. Maklumlah... lagi beberapa hari saja nak kembali ke tanah semenanjung :)

Jom kongsi resepi senang.

Buah Melaka ala Borneo

1 paket tepung pulut 500gm
1 paket serbuk santan
air secukupnya dicampur colour hijau
esen pandan ikut deria hidung masing-masing.
gula melaka (potong ala2 kiub)

Caranya yang sangat2 senang :

1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh, ambil sikit masukkan gula melaka dan bulatkan.
2. Rebus air, dah boil masukkan buah melaka, bila timbul maknanya dah masak.
3. Gulingkan atas kelapa parut yg dicampur secubit garam.
4. Buka mulut dan telan.

p/s: resepi ni jadi lembut sangat-sangat walaupun dah sejuk berbanding jika doh hanya diuli dengan air tanpa santan.


Terima Kasih

Cari resepi cookies Subway yang sedap???


Hai semua.. bagi peminat cookies Subway, anda perlu cuba resepi ni. Mudah dan ada tips yang perlu di follow kalau nak rasanya rapuh diluar dan kenyal di tengahnya! Selepas berguru dengan Chef Ronnie, akhirnya berjya dihasilkan cookies yg rasanya xkalah dengan cookies di Subway.

Macam biasalah nak mudah, sy bagi step by step ok! Sy kecilkan resepinya sebab sy buat untuk 2 buku butter.

Cookies acah-acah Subway
(Nak jugak ada subway di situ...)

1 buku butter - 250gm
1 cawan gula castor atau gula pasir blended
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
2 cawan nestum dikisar halus
2 cawan nestum xyah kisar

Caranya:

Step 1 : campur semua bahan kecuali butter, gula, telur dan esen vanilla dalam bekas macam ni..


Step 2 : Pukul butter gula dan telur sampai kembang, gebu... mixer tu guna paling laju cepat gebu :P


Step 3 : Dah gebu, masukkan bahan yang dicampur tadi, Sudukan satu persatu..kelajuan mixer slow masa ni. Pukul lagi dengan kelajuan maximum.


Step 4 : Dah jadi doh, boleh simpan dalam peti ais kejap atau biarkan 5 minit. Pastu ...hahhh nilah tips dia;

# ambil sikit doh guna tangan ala2 sejemput besar sebab cookies omputeh atau Subway tu memang besar kan..., jangan kepal!!! - nanti cookies jd padat dan muak bila makan.

# tepek kat dulang, gunakan hujung jari telunjuk saja untuk bentukkan jadi bulat. Teknik bentukkan ialah dengan tekan2 doh dari tepi membulat. pastu baru tengah.

#bahagian tengah cookies jangan terlalu tinggi, nanti jadi lemau. Bentuknya akan jadi macam gambar bawah ni. Cookies ni akan mengembang.

#Bila sudah masak, jangan terus try sebab akan rasa lemau, tunggu sejuk,,sure ala2 cookies Subway!


Boleh tukarkan nestum kepada badam dan chip white chocolate atau apa2 yang dirasakan best, sukatannya sama macam nestum ok! Sini bahan xcukup tapi rasanya sgt vooom!!



Terima Kasih

17 November 2014

Cabaran AeroFreak, Plank & Zumba di Putrajaya


Mungkin kita dah terbiasa dengar senaman cardio (khusus untuk kesihatan jantung) seperti senamrobik, aquarobic, swimming dan brisk walking, sekali sekala kena variasikan senaman tu barulah xrasa bosan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang sibuk, jadi waktu hujung minggu selain luangkan masa dengan keluarga bolehlah ditambah slot senaman!

Sejujurnya sy belum pernah join AeroFreak dan Plank pula dibuat sendirian depan video :P Ha.. kebetulan masanya kena dengan kelapangan. Jadi sy xnak lepaskan peluang. Rugi....

Insha Allah, sy akan turut serta dalam acara di atas nanti. Kepada rakan-rakan blogger yang berhampiran, jom! Sebelum nak datang boleh hubungi nombor yang tertera ya, Takut dah over limit... dewan roboh pula :P

p/s: pakai pakaian yg sesuai..kalau ada banyak lebihan lelemak macam sy, pakailah pakaian resap peluh dan boleh cover 'kelebihan' kita itu... hihiih...


Terima Kasih

13 November 2014

Apam Senyum : Gerenti Jadi!!!

Apam pun boleh senyum kan.... siapalah yg bagi nama apam ni :P

First time try buat,feeling2 sampai kampung nanti nak buatkan abah..kononnya abah feberetsss.. Mula-mula siap bancuhannya rasa macam pelik sebab baunya xmacam apam, lebih macam kek. Tapi lepas masak..... ye lah.. memang apam! Mungkin namanya senyum sebab bila masak dia akan merekah macam bibir tebal yang senyum lebar..

Apam Senyum (resepi dari rakan yang ibunya menjual apam depan sekolah)

Bahan-bahan terampai:

300gm tepung gandum
250gm gula pasir (kisar)
200ml susu cair
1 sudu baking powder
1 sudu makan ovellete
2 biji telor
esen vanilla

Kalau nak buat banyak, kena darabkanlah ya macam biasa..2 ke..3 ke... sy buat 4.

Cara membuatnya:

Step 1 : Pukul telor dengan gula sampai kembang 5-10 minit dalam mixer.

Step 2 : Masukkan ovellete, pukul lagi 5 minit sampai gebu pulak..


Step 3 : Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair. kelajuan mixer masa ni sederhana. kalau tak....tepung tu flashback kat muka :P




Step 4 : Pukul lagi dalam 3 minit, angkat dan asingkan dalam dua bekas. Terpulang nak berapa bekas untuk bagi colour...sy guna merah je.



Step 5 : Masukkan dalam acuan, selang seli atau ikut kreativiti. Pastu kukus dalam 15 minit. Bila merekah je atasnye..cucuk lidi test dah masak lum dalamnya.. siap!!!


Yang ni dah last... malas nak colour, jadi pusing2 guna lidi. Oklah mcm santeq :P

Tadaaaa...................!!!


Selamat Mencuba!

p/s: Walaupun guna gula pasir mcm banyak tp rasanya tak manis sgt. Makan dengan kelapa lah macam selalu..tapi sy try sapu peanut butter. Lagi sedap!!!



Terima Kasih

Hobi jadi sumber pendapatan...

Hampir setahun majlis pertunangan berlalu... bila tangan yang biasa memegang stetoscope beralih arah, inilah hasilnya. Hihih... pertama kali dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan hantaran. Kalau bukan kerana abang... sudah tentulah sy tak akan cuba buat :P

Tepak sirih, bunga rampai dan cincin tunang ...sekali jimat!!!!hehehe

Gambar pertama tu adalah tepak sirih yang tak ada tepaknya. Sebab masa tu entah macam mana..tak cukup pulak peralatan tepak. Jadi last minit kena create something supaya menepati adat iaitu mesti ada sireh, kapur, pinang. Dalam gambar ni xnampak..tapi ada kalau view dr atas. Mendapat kelulusan abah selaku pemegang adat :P ahhahaha...


Tak sangka pula, bermula dengan majlis pertunangan abang, ada pula permintaan nakal dari sahabat baik sy untuk majlis pernikahannya pula. Agak terikat dengan masa,... jadi akhirnya sy setuju untuk siapkan 3 dulang hantarannya. Bukan main gembira tuan punya badan! Sy agak bimbang... bimbang hasilnya tak menepati citarasa sebab sy bukanlah 'yg arif' tentang hal-hal hiasan hantaran ni. Lebih-lebih lagi bekas hantaran dah disediakan dan sizenye agak kecil, jadi agak terhad idea sy untuk menepati tema 'Fairytales' yang diberi. Syukurlah hasilnya memuaskan hati pengantin :)

Yang ni tema Fairytales, karektor Si pari-pari.. ada Cinderella dan Snow White untuk dulang lainnya tapi xsempat ambil gambarnya.

Kuasa mulut ke mulut, sy mula dapat pujukan dan rayuan orang yg tak dikenali untuk siapkan hantaran mereka. Hihihi... daripada percubaan, sy jadikan hobi yang menjadi sumber pendapatan part-time! Happy lah sangat-sangat bila 'pelanggan' (ye ke..?? hehehe) puas hati dengan hasilnya. Untuk Disember ni.. sudah ada yang membuat tempahan. Masa agak terhad jadi yang terawal saja diterima. Semoga mereka nanti berpuas hati dengan hasilnya.

Sy menitikberatkan soal konsep. Dari konsep atau tema barulah boleh difikirkan element yang sesuai.. Insha Allah nanti sy kongsikan gambar-gambar lain. Mungkin boleh jadi inspirasi anda kat luar sana. Bagi sy tak salah berkongsi idea... idea tu datang dari Allah, takkan putus idea selagi niat di hati tu ikhlas.


Tiada yang mustahil untuk dilakukan. Hidup hanya sekali..buatlah apa yang anda rasa memberi manfaat kepada diri dan org lain :)

p/s: tuah manusia siapa tahu kan?


Terima Kasih

10 November 2014

Resepi Apple Pie Goreng Yummy!!!

Apple Pie????



Malam ni teringin pula nak makan apple pie... Tadi nampak berkotak-kotak epal hijau terus nafsu nak buat membuak-buak walaupun jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi :P. Gigih nak buat version goreng.. kalau baked dah biasa buat, cuma yang goreng ni..first time. Takut juga dalamnya tak masak..

Sy tunjukkan step by step yer supaya mudah untuk anda buat nanti !

'Imm' Fried Apple Pie 

Bahannya;

Kulit
3 cawan tepung gandum (kalau ada superfine atau serbaguna boleh je..)
1 buku butter frozen
secubit garam
1 cawan susu segar (anggarkan ya..agak-agak lembut)





Inti
3 biji epal hijau (buang kulit , potong dadu)
gula pasir secukupnya
serbuk kayu manis atau kayu manis sebatang
2 sudu butter
1 biji perahan lemon (memang sedap letak lemon!)



Step 1 : campurkan tepung, butter yang keras tu..potong kecil2 supaya senang nak uli guna hujung jari, garam dan susu. Azab juga uli dengan tangan...kalau nak guna mixer pun boleh. Tapi sy saje nak kasi air tgn lebih kat dlm doh :P

Uli sampai boleh dicanai. Simpan dalam peti ais dlm 1 jam (sy tak sabar..so 30 minit like2 je simpan)


Step 2: Siapkan intinya. Campur semua bahan dalam periuk or kuali, Masak sampai likat. Bagi crispy2 sikit epal tu jgn smp benyek... (betul ke wording ni??) Pastu angkat dan sejukkan.




Step 3 : Ambil doh dalam peti ais tadi, uli balik...wat macam ni..



Step 4 : Kepilkan dengan lekatkan air paip...pastu tekan sikit dan tekan lagi guna garpu nak kasi cun.


(yang besar tu feeling2 Apple Pie Mc Donald's)

Step 5 : Goreng deep fried yer... pastu siap!!!


Senang kan? Tunggu ape lagi.. yummy!!!! Inti dia memang delises sesangat...jangan manis sgt nt muak.. like2 je..dah nyamai (kata org Iban sini..)

Selamat Mencuba!!!

p/s : abaikan rupa yang buruk selepas digoreng, sebab lupa nak adjust api tu... excited punya pasal terus ada ala2 penggelapan kulit :P


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati