30 April 2014

Adamstory : Rejab & Mak Abah..


Ada lebih kurang dua minggu lagi untuk balik ke darat. Terasa rindu dengan suasana di rumah biarpun hanya bertiga (saya, mak dan abah..). Hari ni dah masuk bulan Rejab. Pasti suasana di rumah berbeza sebab mak abah sudah mula berpuasa sunat pada hari-hari tertentu. 


Kalau dulu, balik kerja dah tak nampak minuman petang, bila ditanya rupanya mereka berdua berpuasa. Loving sangat-sangat .... (saya juga yang jarang-jarang berpuasa sunat...) Maklumlah...penat dan berpanas seharian selalu jadi alasan. hehehee.. yang best, mak abah tak pernah sekali memaksa. 


Best bila join mereka berbuka... (kalau bulan Ramadan xpuasa..alamat kena menyorok dalam bilik time berbuka! haha... confirm mak abah xkasik join sama! .. masa tu mulalah sendu2 kat atas katil..teringat juadah takut habis seh...keji sangat sangat perangai time tu...)

Kalau xnak puasa sunat pun, kita sama-samalah baca doa ni ya;


 Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Saya sertakan untuk sama-sama kita ambil tahu kebaikan bulan Rejab ni ya berdasarkan hadis rasulullah SAW ;



  • Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa i. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan

Tiada syarat tertentu perlu dipenuhi untuk buat kebaikan dan tiada paksaan juga untuk melakukannya... :D



Terima Kasih

29 April 2014

Adamlicious : Grilled Epal Hijau & Kek Tersisih...






Ni ada idea ringkas guna barang sedia ada iaitu sos caramel dengan cake pound (lebihan petang tadinyer...).









Grilled Epal Hijau & Kek Tersisih...
(haiyoooo...... nama resepi ala-ala hazabbbb sangat )


2 biji epal hijau dipotong bulat-bulat macam dalam pic atas ni. Rendam sekejap dalam air garam tau sebelum potong (basuh dulu sebelum rendam). Pastu di grill kan macam ni.. (nasib baik Chef tak menjerit tengok saya menyibuk pukul 1.00am kat dapur gasak grill dia! haha....). Agak-agak dah cun colournye..boleh angkat. (tengok kanan kiri ada orang nampak tak.. hahaha)

Hias dengan cake pound atau apa-apa kek, pastu creeeeetttt kan dengan whipping cream dan renjis dengan sos caramel untuk bagi mood omputeh sket..!! ( renjis-renjis dipilis gitoooo....) Pling....!!! Sekejap je dah jadi... (ni chef tolong deco konon-konon)



Terima Kasih

Adamhealth/Tips : Amalan makan epal hijau


Sekarang ni memang saya tengah amalkan makan green apple... sejak dapat call daripada mak di darat.. mak kata specialist nasihatkan supaya amalkan makan buah ni untuk bantu reduce kan blood pressure disamping ubat-ubat lain. Lepas sebulan..mak dah dapat hasil. gitoooooo... teruslah saya ke dapur ambil berbiji-biji epal hijau masuk dalam bilik! hahaha....


Lepas saya baca dari banyak sumber, inilah sedikit ringkasan tentang kebaikan green apple kepada manusia (ceh... habislah...cikgu sains sekolah dah xleh cari makan... :P )






1. Tentulah serat atau fiber (lawas kan buang air besar.bagus untuk penghadaman dan xdelah sembelit lagi!!)

2. Mengurangkan tekanan darah (mak saya amalkan minum jus dari 2 biji green apple, next appoinment dengan Doctor, terus dapat pujian... 'BP makcik baguslah hari ni.....')

3. Bagus dalam rawatan bagi orang yang ada Gout mahupun pencegahannya.. (elok cegah dari kena telan ubat tiap hari.. ye x?)

4. Mengandungi carbohydrates untuk provides energy dan protein. (sebelum excercise gym segala... saya makan sebiji lebih kurang 30 minit sebelum senam. So..bye bye lah untuk energy bar yang mahal itew!! ahaah... nak promote kawan-kawan gym melantak epal hijau.. weuuuuuuuu.....)

5. Apple hijau ada banyak vitamin C, vitamin A, Riboflavin dan Vitamin B6.

6. Mineral pun ada banyak dalam apple hijau ni macam calcium, iron, maegnesium, potassium dan zinc.

7. Antioksida yang boleh mencegah risiko cancer.

8. Apple hijau ni kurang cholesterol jadi sangat bagus untuk yang tengah diet (nak kurangkan mana terlebih.... sejak dah 30an ni makin susah nak turun kalau dah naik.. haishhh... )

9. Membantu pencegahan penyakit berkaitan liver (kalau dah antioxidant memanglah bagus untuk liver segala..ye x?)



p/s : sebelum makan atau buat juice, pastikan basuh bersih2 tau...rendam air garam atau gosok je dengan garam ala2 scrub.. pastu buat juice jangan buang kulitnya.. :)



Terima Kasih

Adamstory : Konsert Tradisional Pertama... Dato Siti Nurhaliza


Baru je saya register Instagram sebelum mulakan pelayaran semula pada March lepas. Antara Instag terawal yang saya follow tentulah Dato Siti Nurhaliza. Kebetulan sedang on the way ke Melaka Bandaraya Bersejarah masa tu .. terus singgah Speedy di AEON Melaka bila Dato Siti post album Konsert Lantera Timur release kat pasaran melalui Ig nya... Wah..tak sia-sia saya buka account Ig sebab cepat sangat dapat info direct daripada Dato Siti!


Semasa konsert tradisional pertama Dato Siti berlangsung tahun lepas, saya dah mulakan kerjaya di laut biru. Memang ternganga lah baca facebook kawan-kawan yang xjemu update pasal konsert terhebat ni! Bila dijual dalam bentuk CD, dapat jugalah feeling2 konsert. Teringin sangat nak dengar lagu Laksama Raja Di Laut dinyanyikan Dato Siti, dan album ni telah menjadikannya kenyataan dengan duet khas Dato M Daud Kilau. 

Vocal Dato Siti sentiasa segar , walaupun tone nya agak besar.. mungkin suara dari perut. Nak maintain berjam-jam dengan lenggok Melayu memang memenatkan. Saya sangat berpuas hati dengan album ni cuma setiap lagu tak banyak ucapan dialog Dato Siti menyebabkan kepuasan feeling ala konsert tak capai klimaks! hehehe... Apa pun.. orang Iban dan orang putih dalam ship ni pun dah layan suara gemersik Dato Siti! terbaiklah..!! Bila ombak beralun ... terasa seiring dengan lenggok Melayu Dato SIti mendayu dalam album ni.. terawang-awangan yang mendengarnya...

Siapa lagi yang nak menyokong budaya Melayu kalau bukan kita sendiri.. ya tak? Walaupun saya keturunan Jawa Latin, irama budaya Melayu tetap menebal... (gitooo.. ferfeeling Dato SM Salim sangat!!).

Tahniah Dato Siti dan teamnya!!!! Terbaik!

p/s : Khabarnya album baru Dato Siti bakal menyusul pertengahan tahun ni dengan gandingan komposer hebat dalam dan luar negara.


Terima Kasih

28 April 2014

Adamlicious : Diet Bubur Oat Merembes



Haaa... ngences tak tengok bubur atas ni? Saya memang suka bereksperimen dengan oat. Maklumlah... terpengaruh sangat-sangat dengan iklan Quaker Oat yang ala-ala span menyedut lemak dan cholesterol dalam badan tu! Bestnye oat kalau diet nak rendahkan cholesterol tu memang dah lama tahu tapi nak implement dalam diri tu memang ambil masa. Lama-kelamaan dah jadi routine dah makan oat cuma cara penyediaannya memang beza (yelah...tekak ni kalau sama je memanglah dah xmau nyer nak telan benda alah ni!)


Bubur Oat Merembes..! 
(menggelegak kan nama?? hahaha....)

Mula-mula sediakan bahan menumis. Haa..ni untuk dua orang nye hidangan okey!

Bawang putih 3-4 ulas (dicincang tapi saya suka tumbuk dengan batu lesung.. ada bau2 batu..tu yg sedapp...dap..) + bawang merah kecil dua + 1/2 inchi hirisan halia + rempah sup sikit sesudu dua kecil.., tumis dengan minyak zaitun atau minyak jagung ( rahsia muda remaja katenyer...). Dah naik bau masukkan isi hayam yang dipotong kiub ( nak banyak mana ikut suka.. jangan letak kulit, pantang susuk yer..). Tumis kejap lagi. Masukkan air (agak2 untuk banyak mana oat.. banyak sangat nanti cair moyer...)

Dah boil, masukkanlah segala topping sayur yang disukai, saya letak carrot, baby kailan, batang celery, dan ape yang ada.. (curi kat galley..tapi chef kasi okey! siap bagi photoshoot guna Note 3 sajer...). Masukkan oat bila sumer topping dah half cooked. Oat dalam 3 cawan je tau. pastu letak garam dan serbuk pati ayam. Jangan lama sangat, dah lembut je oat tutup api. jeng..,jeng..jeng.....


Tips :

1. Oat kalau letak banyak sangat nanti dia kental2 , rasanya muak. kalau jadi kental tambah air panas tau kacau cepat-cepat.

2. Saya tak letak telor pecah sebab dah try, baunye hanyir... uweek.. xsedappp..!

3. makan masa panas-panas, kalau sejuk memanglah dah xberapa sedap. Kalau panas sampai licin yer..

Sekadar hobi!



Terima Kasih

27 April 2014

Adamstory : Detik-detik cemas di Offshore


Baru saja saya nak lari-lari hamster di gym petang tadi dalam pukul 3.30pm. Tetiba alarm kecemasan berbunyi. Ingatkan latihan kebakaran.. rupanya.. makluman dari Radio Operator, ada kebocoran gas di platform berdekatan kapal. Haiyoo... memanglah cemas.. sangat-sangat. Dengan pantas , terus saya sarung coverall dan berkumpul di tempat yang ditetapkan (sempat tengok cermin .. presentable ke x... macam encem je.. :P)

Masing-masing berwajah cemas dan xkurang yang sedih.. Sorang-sorang saya perhatikan. Ada yang cuba berlagak tenang, ada yang diam termenung jauh, ada yang pegang handphone (scroll gambar wajah-wajah orang tersayang rasanya.. touching sangat saya tengok..), ada yang patuh menunggu arahan dan macam-macam lagi. Saya..? Saya sibuk dengan peralatan sokongan yang perlu disediakan untuk sebarang kemungkinan.

Dalam hati saya berkata ' inilah harga yang perlu dibayar bila bertugas ditengah lautan' . Rasa gusar kurang, dalam keadaan begini selain usaha dan tindakan pantas juga bertenang, hati xlekang dari berdoa agar semuanya selamat..aminn.. Andainya berlaku letupan rasanya kami semua tak dapat lari ke mana... (saya dah plan nak terjun ke laut ala2 Si Luncai tapi Captain bagitau position saya ni..kena terjun antara yang last.. ala... menchikkk!!). Kurang 40 minit, kebocoran gas berjaya diselesaikan. Alhamdulilah... barulah saya lihat wajah crew ni gembira..


Selesai saja semua.. baru saya hubungi abg kamal.. Saya tak nak keluarga risau, jadi jalan terbaik, dah selamat baru bagitahu. Kalau apa-apa berlaku.. biarlah tinggal tanda tanya (gitooo....hehehe...) Ajal maut di mana-mana. Benar bertugas di tengah lautan sangat berisiko tinggi, tapi bukankah kita ada Allah yang selalu menjaga? yeahh....!!! Alhamdulillah..

p/s : saya tiada dalam gambar ok!




Terima Kasih

Adamlicious : Kuih Africa Like-Like

Bila mata tak boleh nak tidur, pusing kanan..pusing kiri.. xlelap jugak! Memang ke galley ler jawabnya.. Ha.. hari ni saya ada curi masa kejap belajar buat sejenis kuih. Chef kata kuih orang diet lemak berkrim katanya.. (lantaklah labu...asalkan bukan lemak gelemair kat perottt sudehh,... ). First time saya tengok minggu lepas..2nd time.. haaaa... tengok hasil air tangan saya! Menjadi yer... rasanya memang sedap dan manisnya lain.. sebab tak guna gula pasir, jadi manis lemak-lemak.


Chef kata dia xtau nak bagi nama apa.. hahah... kalau ikut rasanya yang meletop dan warnanya yang ala African itew... mmm.. inilah namanya..

Kuih Africa Like-like 

Bahan utama dia gula apong. Hah...macam ni gulanya..ada di Malaysia sajer... (Chef bagi info macam tu.. kalau tipu...dia yang tipu yer...)


500gm tepung ubi/ sagu (tepung ubi ke..tepung kanji ke... tepung sagu.. sama je yer...) + 500gm tepung beras, campurkan dalam bekas dan masukkan 'gula Apong' satu cawan + gula Melaka 2 biji (size besar tu tau.. kiranya size asal sb sekarang kan gula Melaka ada yang comel... cairkan dulu dengan air dalam 200ml). Masukkan air sikit-sikit kacau sampai dia jadi cair macam sos.. Xyah pukul.. kacau je... Pastu masukkan dalam acuan (tak kisah acu ape.. janji leh bentuk... atas ship ni ada bekas ni.. h...layan je... comot2 sket...)

Ha...lepas tu kukus dalam 15-20 minit sajer(seb baek muka tak terbakar tadi kena wap panas.. hati2 yer u olls kat luar tu).... dan hasilnya... 


Yang ni dah siap banyak.. berkilat kan.. macam xcaya je saya yang buat.. hahah... best sebab xada santan atau gula pasir. Jadi siapa2 yang diet tu.. jemput cuba!


Rasanya kos buat benda alah ni xsampai RM15.00 kot.. congak2 je lah.. rasanya sedap sangat.. manis lemak.. kiranya ala2 melting dalam mulut.. weeeu... heaven sangat!

Sekadar hobi!

p/s ; saya tak minat kuih-kuih kukus.. tapi yang ni memang sedap! hahahaha..


Terima Kasih

26 April 2014

Adamstory : Pensyarah Vs Student

'Mengajar di kolej mana?'

Saya jawab, 'I-systems College', 

Sure orang yang bertanya akan buat muka macam tau padahal otak tu ligat fikir kat mana yer kolej tu.. tak pernah dengar punnnn.... ??  :P hihihii...

Kenangan mengajar selama 3 tahun di sana banyak memberi kenangan manis dan ilmu yang tak mungkin saya dapat ditempat lain. Keputusan untuk bekerja di sebuah kolej swasta kecil (memang tak popular pun... tapi i confident je...) memagut pelbagai persepsi tentang jaminan kerjaya. Saya cuma fikirkan di sinilah kerjaya saya bermula. Inilah tapaknya untuk saya berkongsi sedikit ilmu dan kasih sayang yang ada. Masa zaman saya, program ni hanya ada dalam kolej tajaan kerajaan, sekarang dah diperluaskan di kolej/universiti swasta. Itu yang saya sangat teruja!!
 

Bermula dengan hanya dua buah kumpulan pelajar (lebih kurang 20 orang setiap kumpulan), saya mengajar. Benar.. sangat berbeza approach untuk mendidik anak remaja 18-24 tahun dengan remaja sekolah. Mereka sudah sampai tahap kematangan yang tak perlu diajar. Usia saya ketika itu baru menginjak 26 tahun + , jadi atas sebab tertentu usia sebenar dirahsiakan hinggalah pada hari terakhir. Ada di kalangan pelajar saya yang usianya sebaya dengan saya (sudah punya anak 3 ya.. Roy Nelson). Approach penuh kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan apa juga perkara menjadikan hubungan pelajar dengan saya agak rapat, (tapi jangan harap nak pijak kepala ya... ehhehe...) Alhamdulilah, jumlah pelajar yang bermasalah boleh dikira dengan jari saja (kalau semua baik mesti bosan kan dunia ni..?)


Berkumpulan atau mengasingkan diri adalah ragam biasa pelajar kolej.. (kadang-kadang jammed je tengok diaorang best ke sana ke mari together-gether.. teringat zaman saya dulu! huh...)  Saya selalu anggap mereka ini adik-adik yg perlu dipimpin (bukan hadek-hadek yew...euw..!). Tiap kali saya tengok gelagat mereka...cukup mendamaikan.  karenah mereka yang suka bertanya itu ini, benar-benar beri kepuasan! (selalunya memang out of topic lah...gedik tau budak2 nih.. ) Setiap batch  ada identiti masing-masing (sini panggil cohort). Saya sempat mengajar sehingga Cohort 8.


Cohort 1 rata-rata adalah pelajar dari Sabah. Agak lucu bila mula-mula saya biasakan diri untuk bercakap dengan mereka. Lebih-lebih lagi pengalaman pertama mengajar dengan mereka! Comel sangat bah..bah..bah.. bila saya ajuk, ada yang kata,' Sir, ni..macam indon bah...' haahah.. Memang best bila mereka memasak masakan tradisi dan sayalah yang paling selera untuk makan. Setakat ambuyat, tuhau, bambangan dan umai tu,bukan lagi pelik pada lidah Jawa Latin saya nih.. Kesepakatan mereka adakala sampai saya tabik spring .. Mereka ni ibarat abang long dan kak long untuk adik junior. (Yap, Ronlie, Lydia..Lc..dan ramai lagi...)

Cohort 2 pula adik-adik manja dari latar belakang gadis dan teruna desa pedalaman. Penuh warna warni.. Emosinya agak sensitif, sopan santun terletak pada arasnya..(ramai pula ciri-ciri gegirl Melayu terakhir..) Cuma ada 3 orang lelaki daripada 18 orang pelajar (lelaki semakin pupus... yang ada pun like2 sajer...). Paling comel bila demi hari.. badan masing-masing makin sihat.. montel .. kalau ditegur ada saja jawapan lucu. Ada sesuatu yang saya kagum. Level of respect mereka pada orang tua xkiralah lecturer atau siapa saja..sangat tinggi. Zaman sekarang agak sukar nak jumpa budak muda yang hormat orang tua dengan sempurna (terasa tua sangta dah ni... hahaha). Wondergurl.. (Ain, Nyza, Bahin, Dayang, Fatin,Nazmah, Mimie..), Logesh Kumaran Nanthu.. dan ramai lagi..memang 1 Malaysia habis kumpulan ni.. nakalnya..mmm..memang boleh tahan! (ferfeeling kat Primary School pun ada juga..)


Haa.. dua kumpulan ni sempatlah saya mengajar sampai qualified dan berdaftar dengan Malaysian Medical Assistant Board. Cohort lain hanya dapat mengajar sehingga separuh kursus sahaja tapi tetap ada dalam hati. Cohort paling akhir,  latar belakang pelajar cemerlang (ada yang dapat 8A dalam SPM tu.... ) seakan masih jelas lagi wajah-wajah sayu mereka bila saya umumkan akan meninggalkan kolej dan berhijrah ke tempat lain (ala2 press conference gitoooooo....). Sedu sedan Ila,Zakiah, Yoges, Fatin, Mas, Ayu (montel), Shamala, Aizat dan lain-lain.. (kalau tulis memang xcukup) kalau saya layankan memang saya takkan tinggalkan kolej. hehehe... tapi demi perkembangan kerjaya yang lebih baik, saya tekad. 

Di sini juga saya dikelilingi rakan sekerja yang sangat baik pelbagai bangsa. (credits to Eddy, Miss Lim,Siti, Fazrul, Sini, Shila dan ramai lagi...) Saya percaya, keluarnya saya dari kolej ini akan membuka ruang lebih luas kepada delegasi yang masih ada di sana. Enggan melayan segala nista yang mula wujud. Rezeki Allah sangat luas di bumi ini... Keikhlasan usaha dan doa adalah kunci kepada pintu rezeki. 

Teringat kata-kata akhir Ketua Program yang sangat saya respect, Papa Dean (saya dah anggap macam abang sendiri..sangat baik!) ,

 'Jadilah diri awak ke mana saja awak pergi. Just be yourself, i'm proud of you.. awak akan disenangi, pergi mana-mana pun orang akan sayang,' 

Sungguh....kata-kata itu menusuk jauh ke dasar hati, menghilangkan sebak dada.. hihihii.. terima kasih papa Dean! Langkah saya ketika itu sangat yakin penuh kesyukuran atas rezeki yang tertulis. Tenang dan bahagaia...sampai ke hari ini..Alhamdulillah..


p/s : Buatlah apa saja yang anda mahu dengan ikhlas, hanya anda yang tahu di mana kebahagiaan anda!  







Terima Kasih

Adamlicious : Golden Cheese Pasta


Untuk resepi kali ni...western lah pulak. Tapi ni antara favourite saya dan adik-adik Wonderdut. Siap wife member dipaksa menuntut belajar okey.. Nak xnak kenalah ajar jugak.. hehe.. maklumlah sesenang alam sangat nyer..

Golden Cheese Pasta

Kita wat sos dulu. Sos ni dipanggil white sauce mungkin sebab colournya putih gebu. Senang sangat campak-campak je jadi! 

Bawang holland sebiji dicincang atau potong cube + 1 labu bawang putih (cincang jugak ala2 rasukan ablasa ! lagi cepat hancur..). Tumis dalam periuk dengan 1/2 buku butter yang dicairkan. Api sederhana je..sampai wangi .. jangan sampai ireng yek....

Masukkan tepung gandum (tak yah nak campur air yer.. jgn memandai!) tumis sekali dan letak sehelai je daun Bay (kalau xde Bay leave ni ok je rasanya.. tak tau apa motif..bau kot ..). Kalau agak2 macam kering sangat kena letak minyak masak sket pun okey. Kacau guna whisk tau.. saya guna senduk kayu je tapi punyelah laju kacau supaya x berbiji (seb baik biceps i ketul-ketul). Lepas dah wangi masukkan susu segar sket... dalam 300ml.. agak-agak je.. masuk sikit-sikit sambil kacau non-stop!!! kalau pekat letak lagi sampai dia likat ala2 sauce. Letak garam secubit. Tutup api. . Tadaaa..... jadi dah white sauce ala2 snow white.. putih kan?

Sepeket macaroni dalam 400gm (leh je guna spiral ke, angel hair ke... ikut suka lah.. jangan hair bangla sudeh....) yang dah direbus sampai lembut (masa rebus jgn lupa letak minyak masak sikit dgn garam..kalau tak.. anyep lah rasanya...)

Dalam satu bekas (saya guna bekas kaca mak.. curik kat bilik belakang..) letakkan macaroni + tuna chunks - bukan chucky yer.. xde kena mengena!  (beli dalam tin je senang yang kecil tu..., tin tulis tuna in water) + daun celery dan batangnya yang dipotong kecil2 halus (ala2 crunchy like2 kalau makan lah...).

Campurkan semua ni gaul...letakkan white sauce tadi. Jangan banyak2... letak sket2... sampai semua macaroni rata kena sauce itew.. tak perlu habiskan. Parutkan mozarella cheese tabur atas pasta sampai rata. Kalau nak lagi best letak cheddar cheese juga..kasik masin sket.. bakar dalam oven dalam 15 minit je.. tengok2 lah..kalau cheese dah melt dan colour brown , yabeda bedooo... siap!!





Saya buat dua kali, satu guna microwave, hasilnya sangatlah xcantek sebab bakarnya dalam 8minit je... xbape kick lah..  Walaupun dah tabur2 daun sup... konon kasi green presentation sket ala2 Duta Alam Sekitar..







Batch kedua saya guna oven. Haa..barulah cun melecun... macam Masterchef seh...







Tips :

1. Bakar mesti guna oven kalau nak sedap dan cantek.
2. Makan dengan tabasco atau cili sos pun lazat berkrim disukai ramai.. yummy!

Sekadar hobi!


Terima Kasih

25 April 2014

Adamstory : Ajaibnya doa restu mak ayah



 Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki maka hendaklah dia melestarikannya. (HR. Al-Baihaqi)


Tersenyum sendiri bila teringat detik-detik sebelum SPM 14 tahun lalu. Saya merupakan pelajar kategori sederhana di SMK Dato Penggawa Timur, Masai (dasat sekolah ni sekarang..!! hahah ). Saya buat sendiri keputusan untuk berpindah dari sekolah agama swasta. Jadi saya perlu buktikan sesuatu kepada mak abah bahawa pilihan saya tepat. Dugaan demi dugaan datang tanpa henti menimpa kami sekeluarga sehingga saya hampir diberhentikan sekolah kerana ponteng. 


Hal sebenarnya saya bergilir-gilir dengan abang Wan,( dia Form 6) untuk menjaga mak di wad HSA (selalu juga bertekak dibelakang mak abah sebab masing2 nak ke sekolah). Mujurlah rayuan abah diterima Pengetua. Masa tu mak dimasukkan wad kerana komplikasi Diabetes.

Sambil menyisir rambut mak, saya beritahu mak, saya bimbang gagal SPM nanti sebab tak masuk class banyak, lagipun saya slow dalam subjek Matematik, English dan Science (saya tak pernah lulus pun subjek ni sampailah peperiksaan SPM sebenar... tapi yang best abg kamal yang terror Maths sanggup ajar saya time dia cuti sem-UiTM , ajar sambil marah2 sebab saya xfocus.. bukan xfocus sebenarnya, tapi geli hati tengok cara dia ajar.. hahaha.. ferfeeling jadi cikgu :P  bluerkkkk.... ). 

Mak dengan tenang pujuk saya;

'Adam... kalau mak sihat, mak xminta Adam jaga mak. Adam belajar sungguh2 ya, mak takkan berhenti doakan Adam dan anak-anak yang lain berjaya dunia akhirat,' Sebak hati saya seketika. rasa menyesal pula luah pada mak (haisshh... kitaorg adik beradik allergy tengok mak abah sedih ..!). 

Pernah saya kongsi keadaan saya dengan cikgu yang paling saya sayang, Puan Zaleha Bt Othman (cikgu paling baik dan cun!! Eh..ada sorang lagi yang cun..Cikgu Suzanna Tarmizi). Kata-kata yang saya ingat sampai hari ni;

'Besar pahala jaga mak, Adam. Pelajaran pun jangan dilupa, doa ibu banyak keajaibannya, redha, usaha dan berdoa selalu ye,'.

Kemudian.... bermulalah satu demi satu keajaiban yang saya terima dan lihat hasil ketaatan pada mak abah dan keberkatan doa mereka.

1. Keputusan SPM yang xdijangka dengan 7A dan 2B 1C, (C untuk Sejarah..hihii.. bebal sangat!), paling memeranjatkan subject yang tak pernah lulus sehingga percubaan kedua SPM, Maths dan BI - gred B untuk keduanya. Alhamdulilah... mungkin biasa untuk pelajar sekarang, tapi sangat luar biasa untuk pelajar aliran Sastera 2 ketika itu yang rata-rata mempunyai rekod disiplin teruk dan kerap mendapat jolokan pelajar GAGAL (walaupun diaorang belajar xpandai tapi kreatif sebenarnya, banyak kebaikan yang saya intai2 ada dlm diri samseng2 class saya..haha) 

2. Perjalanan diteruskan bila diterima masuk belajar di Medical Assistant College, Seremban di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk program diploma. Pada awalnya saya berkira-kira mana mungkin pelajar sastera melayu boleh join kursus perubatan (teringat ada seorang cikgu kata... awak nak kemana dengan sastera awak ni? subjek khayalan semua ni... hihihi..) Inilah keajaiban doa mak abah.. dan akhirnya saya dinobatkan sebagai Best Student (gituuuuu... hamek kaw yang kerek2.. hihih.. astaga!) sekali lagi saya buat mak abah dan adik beradik lain tersenyum. Syukur....

3. Tiga bulan tamat kursus,saya bertugas sebagai Assistant Medical Officer di Kuala Lumpur, Alhamdulilah sepanjang menjalankan tugas dan amanah, pesan mak abah selalu bermain diminda saya; 
'rawatlah pesakit dengan ikhlas, anggaplah mereka tu mak abah atau keluarga, insha allah..tugas Adam jadi mudah nanti.... pesakit akan mendoakan Adam...' pesan mak masa mula-mula nak mulakan kerjaya. 
Kepuasan bekerja ketika itu sukar digambarkan dengan kata-kata. (ye lah..kerap sangat dapat reward dari pesakit..rasa macam rasuah pun ada. heheh... tak la! paling best sebab disayangi pesakit..perasan lebey..) Selepas dua tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang jadi buah tangan buat mak abah.. (yeay..dapat duit raya sakan masa tu !!  hiihi.. kejayaan ni pun banyak sokongan padu sahabat2, sekecil-kecil kejayaan akan lebih bermakna dengan bersyukur. Alhamdulilah..)

4. Perkembangan kerjaya diteruskan apabila saya menamatkan pengajian dalam program ijazah selama 2 tahun dalam masa bertugas (memang agak perit, pengorbanan masa dan wang ringgit dan lain-lain walau pada mulanya cuma impian dan cakap-cakap kosong dengan sahabat handai ..). Doa mak abah tak pernah lekang... semuanya menjadi mudah seperti air yang mengalir.. Syukur..tamat dengan jayanya.

5. Selepas 5 tahun berkhidmat, saya mengambil keputusan meninggalkan uniform kakitangan kerajaan apabila mendapat tawaran sebagai Pensyarah di sebuah kolej swasta untuk program Diploma In Medical Assistant.(pendapatan yang tiada dalam tangga gaji untuk Gred jawatan saya ketika itu..walaupun sampai pencen... wow! konon... tak banyak yang perlu difikirkan, saya hanya memilih jalan yang saya ingin lalui) Maaf saya tidak boleh menunggu....(katakan TIDAK kepada birokrasi dan segala mak nenek yang perlu diturutkan untuk maju ke depan...hehehe). Ada juga suara-suara keji menuduh saya tamak dan sebagainya. Kata nista orang hanya akan melumpuhkan kita (jangan dengar yer... biarkan sajer...) Saya lakukan segalanya dengan hati dan niat yang ikhlas (nak baiki ekonomi keluarga.. ) Mak abah restu tanpa ada halangan kerana mungkin mereka yakin pilihan saya dan faham cara saya bekerja.

Lakukan tugas lillahi Ta'ala semua jadi mudah!

 Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki maka hendaklah dia melestarikannya. (HR. Al-Baihaqi)

Grab saja peluang selagi ada...yang penting rezeki halal. (yeay..!!! Alhamdulilah..)

6. Saya pernah berbual dengan mak abah, saya teringin beri sedikit 'kemewahan' kepada mereka suatu hari nanti (berangan ajer....) Tapi mak abah macam biasalah.. akan kata apa yang diberi anak-anak sekarang dah lebih dari mencukupi. Siapa sangka angan-angan mendapat gaji 5 angka jadi kenyataan! Berkat doa mak abah, pada September 2013 saya ditawarkan bekerja jauh.. dengan pendapatan impian.(walau jauh ...berbaloi-baloi... hihih) Program Master yang saya ikuti separuh masa juga terpaksa diberhentikan seketika. (sob..sob.... sedih jap..... )

Kali ini saya tidak menunggu pesanan daripada mak abah.. sebaliknya saya berpesan pada diri sendiri dan berdoa supaya rezeki yang Allah beri tidak merubah kekuatan hati saya dan menjadikan saya orang yang lebih bersyukur (Jangan bongkak2 na..... tuhan xsuka.. hehehe ...) Betapa indah dan ajaibnya doa ibubapa kita... Syukur Ya Allah kerana dikurniakan mak ayah terbaik! Keberkatan doa mereka membuatkan perjalanan hidup menjadi lancar dan mudah..adakala tak disangka-sangka! 

Tatkala melihat kejayaan abang-abang dan kakak, rasa syukur yang tak terucap kerana terpilih untuk menjadi insan yang mendapat manfaat keajaiban doa ibubapa (gituuu.,.. heheh....) Cuma saya terfikir... suatu masa bila mereka tiada nanti... di mana boleh saya dapatkan doa-doa itu.....



Biarlah dicop 'anak emak', jika ini lebih mulia pada pandangan Allah dari mata yang hanya memandang sinis dan tidak membantu. Kasih sayang mereka terlalu banyak sepanjang perjalanan hidup sampai ke hari ini... Semoga kasih kalian akan terus berakar.. aminn... 

Sekadar berkongsi tentang hebatnya doa ibubapa!!! (jangan marah aaa.........)

p/s : definisi 'berjaya' bukanlah pada kejayaan akademik semata tapi juga kejayaan menyusuri kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Biarpun hanya bekerja sebagai pemandu lori, jika beroleh ketenangan dan dapat jalankan tanggungjawab sebagai khalifah, dikira berjaya juga kan? hihihih.. peace!




Terima Kasih

Adamlicious : Diet Chicken SlimSoup Excelsior



Teringat abg kamal saya, dia pernah cakap, 'hey...xde benda lain ke nak makan? Bak kut teh tu kan khinzir..lagi nak halalkan jadi chic kut teh!' marah betul dia masa tu..lepas tengok packet rempah bawah ni kat Tesco Ampang dulu.. hahaha... bluerkkkkkk ..!

Sepanjang saya berada dalam ship ni, banyak yang dipelajari daripada Cook kat sini. Termasuklah menu ni. Bila saya amati ramuan digunakan, amatlah mudah dan biasa jerrrr rempahnye. Tapi rasanya... homaaaakkk... mabeleeeeessss.. hehehehehe..jangan terkejut yer dengan rasanya yang sangat ummphh!. Resepi ni sesuai untuk semua orang lebih-lebih lagi yang berbadan 'sihat' macam wonderdut (adik2 angkat saya yang confident level sangatlah over yer..) atau sape-sape yang berniat nak diet. hahaha.. jaminan kesedapan ialah 5 dari skala 6 bintang. (curlass kau jah! ala2 Hotel Royal Chulan gituuuhhh )
So nak bagi selera, saya ubah nama resepi ni.. resepi asli xperlu pakai rempah packet atas ni hockey..!!

Chicken SlimSoup Excelsior (sempena nama ship yang saya naik hari tu)
(untuk seekor hayammmmsss)

2 batang kulit kayu manis (kadang-kadang bau dia bacin kan? hahahah) + 1 labu bawang putih (kopek dulu kulitnyer..pastu ketuk2 ajer..ketuk2..... ramadan) + 1 labu bawang merah (hiris sajerr...). ha... semua benda alah ni rebuskan dalam periuk dengan air separuh.

Boil je masukkan 1/2 cawan kicap cair (selalunya ada tulisan cina..hehehe..carik yang halal ye bebeh!) + kicap pekat sikit.. sampai kuah nya colour coklat cair like2. Jangan banyak sangat nanti jadi macam sup kicap! Pastu masukkan hayammm ..mak hayam..anak hayam..segala.. heheheh.

Bila ayam dah empuk ala2 bantal bucuk kita yang confident empuk siap peta tu... boleh masukkan hirisan cilipadi (potong mcm cili potong yang kita selalu mintak kat mamak tu..tak pun kat kedai awe..) lagi pedas lagi meletup yer rasanya. cendawan shitakae , tauhu kering atau apa2 yang nak diletak sebagai topping, pastu letak garam, perasa (mak aji sket je..tapi saya guna chicken stock), gula xpayah yer.... tadaaaaa... siap dah ! Boleh tabur daun ketumbar..pun like2 jer...


Masa makan confirm hingus meleleh okey!! Pastikan tisu ada..

Tips :

1. Kicap jangan banyak sangat nanti xsedap.
2. Cili potong boleh letak sebanyak yang boleh , saya letak segenggam . Sangatlah meletup rasanya hingga terpaksa minum gaviscon nak sejuuukkkkan perot. hehehhe

Selamat mencuba!






Terima Kasih

Adamstory : Sekolah vs Kerjaya



Usia dah menjengah 30++ tahun, tiap kali berjumpa sahabat-sahabat zaman sekolah ada sesuatu yang unik dikekalkan tanpa disedari. - Bahasa dalam percakapan. 

Abah kata dia suka sangat tengok saya dan sahabat-sahabat sekolah bila berjumpa. Abah teringat zaman dia bujang..(tersengih-sengih....)  mak akan mencelah, 'awak ni perasan mudalah tu...'  Dengkilah tu mak saya kan... sebab abah tetap tampan mapan segala... biarpun dah lebih 65++ tahun! Baby face gitutt..! (leher tetap kedut hahaha...)

Untungnya saya ni sebab sahabat-sahabat zaman sekolah saya walaupun dari jauh (terpaksa melintas 3-4 negeri tu...), tetaaaaaaap kerap berkumpul di rumah saya. Sekurang-kurangnya setahun dua - tiga kali. Best kan? Memang riuhlah rumah yang sederhana luasnya ni (rumah sewa pun... :P) mengalahkan suasana time raya Aidilfitri. Tiap kali mereka datang, abah dan mak antara orang paling gembira. Kadang-kadang saya confuse.. diaorg pula over. ahhaha.. gelak tawa jangan ditanya pada skala berapa kuatnya.. mau bergegar dinding! Paling best bila kami berbual, mak tiba-tiba mencelah.. (nak jugak...ferfeelinglah tu nak join! haha) Walaupun mata dah tak nampak, mak akan cuba komen fizikal sahabat-sahabat saya..mana yang montel..yang kurus...yang mantap.. hehehehe.... jangan marah aaa.. :P

Di saat sukar, mereka inilah yang selalu ada untuk beri semangat. Bukan mahu apa pun..sekadar mesej, panggilan telefon dah memadai.. cukup terasa tak keseorangan dalam menghadapi dugaan. Secara peribadi, saya lebih mementingkan kualiti dari kuantiti dalam bersahabat biarpun ada pepatah 'berkawan biar seribu...'. Bukan menidakkannya, sebaliknya berhati-hati sebab zaman sekarang ni kawan yang mengambil kesempatan lagi ramai kat luar sana.. shuuuhhhh... hihiii...

Pejam celik dah hampir 18 tahun usia persahabatan ini. Masing-masing dengan kerjaya berbeza.
Asfi dah jadi guru sekolah sukan yang berjaya (gila kau.. anak murid badan macam malek Noor sumer...!),
Coral setia sebagai ustaz kat sekolah agama JDT (ustaz ni baik... cakap sopan jerk..anak murid akan angkat tangan tinggi2 kalau nak tanya soalan sebab ustaz ni kecil dan comel sangat.. ehheheh),
C'ley pula bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi (siapa call service centre mesti dengar suara emas dia nih! merdu okey! ),
Saya? Saya berkhidmat jauh di tengah samudera demi mencari sesuap nasi... Biar apa pun, persahabatan ini tetap pada liganya tersendiri dan sangat istimewa! (xkisahlah perubahan fizikal yg agak ketara antara kami!!! ahhahah). Semuanya penuh keceriaan! Alhamdulillah...

Tips dalam persahabatan :

1. Terimalah sahabat kita tu seadanya. semakin digamit usia semakin banyak kekurangan dan kelebihan yang nyata. terimalah dengan redha.

2. Bersikap jujur dan bertanggungjawab terutama dengan apa-apa janji yang dibuat. (kadang-kadang tipu seh sebab nak jaga hati.. ahha.. tapi jarang yer...)

3. Sentiasa 'available' kan diri untuk mendengar apa juga masalah (walaupun kadang-kadang diri sendiri pun pening, ahhaha.. kadang-kadang bgtau macam ni, u.. call i jap lagi. ada Polis depan tu!')

4.  Kalau ada kelemahan , tegurlah secara personal, jangan malukan dia depan orang. tegurlah dengan tujuan nak baiki atau jaga maruah dia.. jangan syok sembur je walaupun dah terbiasa macam tu! ho yeahhh!!

5. Banyak lagi... apa-apapun, semuanya dari hati. Bersihkan hati..insha Allah semua akan diberkati.

Tanyalah pada hati..di mana letak budi.



Penghujung 2013, konvokesyen Master,  Asfi di UKM, Bangi. Saya tak dapat hadir sebab baru mulakan kerjaya di tengah kebiruan laut.. walaupun dah janji berbulan-bulan, maaf ya.. sebaik-baik planner adalah Allah S.W.T.
Tahniah sahabat!!!










Terima Kasih

24 April 2014

Adamlicious: Sos Cheese Meletop!

Lama betul saya google untuk dapatkan resepi sos cheese terbaik (kengkononnn.....). Akhirnya selepas add on itu ini, terhasillah sos cheese yang dap dap dap ala2 kay-epsi tu. hihihihi... Memandangkan batch pertama dah licin dihabiskan kawan-kawan (bukan semuanya kenal pun...xpelah rezeki sama dikongsi! ye x? time masak nilah ramai wat muka baik... shuuuhh... haha ) saya akan upload step by step lambat sket yerk!

Sos Keju Meletop !!! 

Bahan-bahannya amatlah mudah. Salin jangan tak salin. kalau dah buat tak menjadi nampak sangatlah menipunyer yer... 

1/2 buku butter + 500ml susu segar (Adam guna dalam kotak)
meltkan butter + susu segar dalam periuk jgn sampai mendidih..agak2 dah panas. - api sederhana yek! kalau besar nanti terbakar lah pulak.. jaga-jaga Cik Salmah... :P

1 kiub ayam (brand apa pun xkisah..jangan guna mak aji yer... tak moh!!! nanti abam badannyer.. hahah ) + lada sulah serbuk sikit
masukkan bahan-bahan ni perlahan-lahan kacau sambil menyanyi riang. Lelaki nyanyi tak apa.. tak ada pantang larang.

12 keping slice cheese (Adam guna cheese yg ala2 je brandnya.. save budget tapi nak sedap!)
masukkan sekeping demi sekeping , kacau sampai cheese cair  dan likat boleh tutup api. kalau ala-ala tercair, boleh tambah tepung gandum yang dibancuh dgn air sikit. Bila sejuk nanti sos akan pekat yer. Bawa bersabar!



Tips :

1. Janganlah cuba-cuba nak letak garam sebab memang dah masin keju dgn kiub ayam.

2. Kacau je yer jangan ditinggal nanti tak cantik..ala2 melekat lekat. 

3. kalau nak colour sos tu cun, letaklah pewarna kuning. Kalau tak nanti kuning dia ala-ala gigi kuning Adamnye abang kat rumah. hahaha... dia xsuka gosok gigi masa sekolah dulu!

4. masa memasak tu niatlah dalam hati nak bagi orang kenyang dan gembira. barulah masakan tu sedap! 

Sekadar hobi!





Terima Kasih

Adamstory : Mother's Day 2014 datang lagi...

'Aku hanya menduga tidak mampu merasa sebenar-benar perasaanmu...
Pengorbanan yang kau lakukan untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu...'


Masih terngiang-ngiang lagi lagu Airmata Ibu yang saya hadiahkan untuk mak pada penghujung 2003 kalau tak silap. Jelas sangat airmata mak mengalir bila saya bisik kat telinga mak (mak tengah siang ikan bilis masa tu kat rumah arwah atuk),

'Mak... Adam tak dapat belikan mak apa-apa sempena Mother's Day ni..sebab Adam belum kerja. Adam ada lagu ni..khas untuk mak,mak dengar tau.....'

Saya terus keluar rumah , meninggalkan mak sendirian dengan lagu dipasang dalam rumah. Dari jauh saya mengintai, mak menitiskan airmatanya. 

Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan saya. mak bukanlah seorang yang mudah melafazkan kasih sayang kepada anak-anak (orang dulu-dulu kan sangat pemalu..) kecuali disaat saya sakit ala2 macam nak mati konon. Masa tu memang best kalau dengar mak cakap, Adam...mak sayang Adam tau.. sambil lap dahi dengan tuala sejuk. hihihihi... 

Dalam adik beradik yang lima orang ni, sayalah yang paling kerap lafazkan kasih sayang kat semua orang tak kira keluarga atau pun siapa saja. Buat apa nak malu, seseorang itu akan rasa lebih bermakna bila ada orang yang menzahirkan kasih sayang. betul x? agaknya lah... lagipun hidup tanpa kasih sayang kan sangat kosong... kosong..kosong..kosong... pinjam lagu Najwa Latiff jap!

Sekarang dah 2014, mak;

yang selalu masakkan saya makanan (semua sedap kecuali kuih yang dikukus macam apam kukus.. yeek... hahahaha mak pernah amuk sebab kuih kukus dia masak saya tak makan! haloo... i omputeh,....i makan yang deep fried nyer kuih je mcm epok2.. haha),

yang selalu menjeling penampilan saya setiap hari (mak paling anti sy pakai baju warna hitam. entah kenapa..saya pakai hitam sebab kat majalah kata boleh nampak kurus.. hahaha),

mak yang selalu 'bergosip' dengan saya (macam-macam gosip artis. haha... tapi mak marah dulu bila saya kata nak jadi wartawan Melodi! mak kata jangan..!! nanti buat dosa je fitnah orang! haha)

.....mak saya sudah semakin dimamah usia. 

Biarpun sekarang mak sudah didaftarkan sebagai OKU gara-gara kaki kanannya dipotong akibat komplikasi Diabetes (tak silap saya tahun 2005- belum habis study medic :P), kasih sayang mak tetap sama. Mata mak yang selalu menyejukkan hati saya pun dah diambil nikmatnya lebih kurang setahun lalu. Biarpun mak sudah tak dapat melihat saya sekarang, tapi mata hatinya masih terang!! Lebih terang dari mata hati saya.... mungkin sebab saya banyak dosa..dan mak..wanita suci.. hehehehe

Bila mengingatkan kembali saat-saat mak hilang penglihatan 100%, seakan baru semalam mak komen tentang perubahan badan saya. Mak kata dah macam Hulk Hogan! hahaha... lucu betul. Sejak saya aktif main gym mak lah juri paling arif selain abah (komen abah selalu nak jaga hati jerkk.... bluerkkk!) Saya akan jawab... iyeeekk...dengkilah tu.... hhahhah.. kejam sangat saya kan?

2010. Pagi tu saya nak bersiap untuk ke tempat kerja. Saya buka mata bangun dari tidur... terasa sunyi sangat rumah (selalunya tidur saya akan dikejutkan alunan gemersik vocal husky mak dan abah mengaji Al-Quran, hari ni tak ada pula.. pelik!) Saya mengintai dari tirai langsir bilik mak (ala-ala skodeng sangat!!!) Abah tengah berbaring di sebelah mak atas katil, manakala mak pula duduk bersila dengan al-quran beralas bantal ada di pangkuannya (loving habis mak abah ni!). Saya tak nampak apa-apa yang pelik, mungkin saya terlewat bangun dan mak abah dah habis mengaji. Mak tutup mata rapat-rapat.. ferfeeling kot..

Selesai siapkan diri, dah habis confident ni nak pergi kerja. Saya belek-belek kedut kemeja saya kat pinggang. Sebelum mak komen baik saya check! hahaha... Saya ke bilik mak. Saya tengok mak masih dalam keadaan macam tadi. 

'Mak.. Abah... Adam nak salam. nak g keje ni mak...., ' seperti biasa saya buat suara nakal mengusik mak abah sambil menghimpit mak atas katil. Tiba-tiba mak bersuara sambil menangis,

'Adam..mak dah tak nampak apa.. mak dah buta... adam..mak takut... ' 
mak terus menangis... 

Ya Allah... tak ada kata-kata yang saya boleh lafazkan ketika itu. Saya cepat-cepat peluk mak. Sedu dan airmata mak tenggelam dalam kemeja biru laut yang saya pakai. Speechless. Abah bangun nak menenangkan saya. Kami bertiga berpelukan. Pagi tu sangat hening... Abah tak mampu bersuara. Abah terlalu sedih. Wanita yang dicintai sudah buta. Besar sungguh dugaan mak. Saya hubungi abang-abang dan kakak saya. Alhamdulilah saya dikurniakan adik beradik yang sangat menyayangi keluarga antara satu sama lain. Sebelum tengahari, semua dah sampai di rumah mak.

Mak dibawa ke hospital dan pakar mata mengesahkan mak telah buta. Pembedahan boleh dilakukan tapi kebarangkalian untuk boleh melihat semula sangat nipis memandangkan mata mak sudah mengalami pendarahan sepenuhnya. Kehilangan deria penglihatan ini juga disebabkan Diabetes yang sudah 25 tahun mak hidapi. Saya tak lepas berada disisi mak. Saya tak nak saat begini dia keseorangan. Mak tak pernah membiarkan saya sendirian. Saya berpesan kepada semua adik beradik supaya tidak menangis depan mak. Kalau nak nangis pun jangan sampai mak dengar. nanti semangat mak hilang....  Wajah mak yang masih jelita saya pandang lama-lama. Airmata tak boleh dikawal.. kerap kali kedua kelopak mata mak saya cium. 

Bila adik beradik berpandangan, masing-masing menitiskan airmata secara senyap..

Saya cium dahi mak, dan saya bisikan...

'mak..mak ada suami yang cintakan mak, mak ada anak-anak yang menyayangi mak sepenuh hati. mak jangan sedih ya!. Adam ada kat sini. Adam akan selalu ada untuk mak... ' airmata mak menitis laju. bibirnya tidak bergetar.

Abah memandang sepi.. mungkin terfikir apa yang akan berlaku selepas ini. 

Semuanya sudah tertulis dan tiada apa yang perlu disesalkan. 







Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati