25 April 2014

Adamstory : Ajaibnya doa restu mak ayah



 Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki maka hendaklah dia melestarikannya. (HR. Al-Baihaqi)


Tersenyum sendiri bila teringat detik-detik sebelum SPM 14 tahun lalu. Saya merupakan pelajar kategori sederhana di SMK Dato Penggawa Timur, Masai (dasat sekolah ni sekarang..!! hahah ). Saya buat sendiri keputusan untuk berpindah dari sekolah agama swasta. Jadi saya perlu buktikan sesuatu kepada mak abah bahawa pilihan saya tepat. Dugaan demi dugaan datang tanpa henti menimpa kami sekeluarga sehingga saya hampir diberhentikan sekolah kerana ponteng. 


Hal sebenarnya saya bergilir-gilir dengan abang Wan,( dia Form 6) untuk menjaga mak di wad HSA (selalu juga bertekak dibelakang mak abah sebab masing2 nak ke sekolah). Mujurlah rayuan abah diterima Pengetua. Masa tu mak dimasukkan wad kerana komplikasi Diabetes.

Sambil menyisir rambut mak, saya beritahu mak, saya bimbang gagal SPM nanti sebab tak masuk class banyak, lagipun saya slow dalam subjek Matematik, English dan Science (saya tak pernah lulus pun subjek ni sampailah peperiksaan SPM sebenar... tapi yang best abg kamal yang terror Maths sanggup ajar saya time dia cuti sem-UiTM , ajar sambil marah2 sebab saya xfocus.. bukan xfocus sebenarnya, tapi geli hati tengok cara dia ajar.. hahaha.. ferfeeling jadi cikgu :P  bluerkkkk.... ). 

Mak dengan tenang pujuk saya;

'Adam... kalau mak sihat, mak xminta Adam jaga mak. Adam belajar sungguh2 ya, mak takkan berhenti doakan Adam dan anak-anak yang lain berjaya dunia akhirat,' Sebak hati saya seketika. rasa menyesal pula luah pada mak (haisshh... kitaorg adik beradik allergy tengok mak abah sedih ..!). 

Pernah saya kongsi keadaan saya dengan cikgu yang paling saya sayang, Puan Zaleha Bt Othman (cikgu paling baik dan cun!! Eh..ada sorang lagi yang cun..Cikgu Suzanna Tarmizi). Kata-kata yang saya ingat sampai hari ni;

'Besar pahala jaga mak, Adam. Pelajaran pun jangan dilupa, doa ibu banyak keajaibannya, redha, usaha dan berdoa selalu ye,'.

Kemudian.... bermulalah satu demi satu keajaiban yang saya terima dan lihat hasil ketaatan pada mak abah dan keberkatan doa mereka.

1. Keputusan SPM yang xdijangka dengan 7A dan 2B 1C, (C untuk Sejarah..hihii.. bebal sangat!), paling memeranjatkan subject yang tak pernah lulus sehingga percubaan kedua SPM, Maths dan BI - gred B untuk keduanya. Alhamdulilah... mungkin biasa untuk pelajar sekarang, tapi sangat luar biasa untuk pelajar aliran Sastera 2 ketika itu yang rata-rata mempunyai rekod disiplin teruk dan kerap mendapat jolokan pelajar GAGAL (walaupun diaorang belajar xpandai tapi kreatif sebenarnya, banyak kebaikan yang saya intai2 ada dlm diri samseng2 class saya..haha) 

2. Perjalanan diteruskan bila diterima masuk belajar di Medical Assistant College, Seremban di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk program diploma. Pada awalnya saya berkira-kira mana mungkin pelajar sastera melayu boleh join kursus perubatan (teringat ada seorang cikgu kata... awak nak kemana dengan sastera awak ni? subjek khayalan semua ni... hihihi..) Inilah keajaiban doa mak abah.. dan akhirnya saya dinobatkan sebagai Best Student (gituuuuu... hamek kaw yang kerek2.. hihih.. astaga!) sekali lagi saya buat mak abah dan adik beradik lain tersenyum. Syukur....

3. Tiga bulan tamat kursus,saya bertugas sebagai Assistant Medical Officer di Kuala Lumpur, Alhamdulilah sepanjang menjalankan tugas dan amanah, pesan mak abah selalu bermain diminda saya; 
'rawatlah pesakit dengan ikhlas, anggaplah mereka tu mak abah atau keluarga, insha allah..tugas Adam jadi mudah nanti.... pesakit akan mendoakan Adam...' pesan mak masa mula-mula nak mulakan kerjaya. 
Kepuasan bekerja ketika itu sukar digambarkan dengan kata-kata. (ye lah..kerap sangat dapat reward dari pesakit..rasa macam rasuah pun ada. heheh... tak la! paling best sebab disayangi pesakit..perasan lebey..) Selepas dua tahun, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang jadi buah tangan buat mak abah.. (yeay..dapat duit raya sakan masa tu !!  hiihi.. kejayaan ni pun banyak sokongan padu sahabat2, sekecil-kecil kejayaan akan lebih bermakna dengan bersyukur. Alhamdulilah..)

4. Perkembangan kerjaya diteruskan apabila saya menamatkan pengajian dalam program ijazah selama 2 tahun dalam masa bertugas (memang agak perit, pengorbanan masa dan wang ringgit dan lain-lain walau pada mulanya cuma impian dan cakap-cakap kosong dengan sahabat handai ..). Doa mak abah tak pernah lekang... semuanya menjadi mudah seperti air yang mengalir.. Syukur..tamat dengan jayanya.

5. Selepas 5 tahun berkhidmat, saya mengambil keputusan meninggalkan uniform kakitangan kerajaan apabila mendapat tawaran sebagai Pensyarah di sebuah kolej swasta untuk program Diploma In Medical Assistant.(pendapatan yang tiada dalam tangga gaji untuk Gred jawatan saya ketika itu..walaupun sampai pencen... wow! konon... tak banyak yang perlu difikirkan, saya hanya memilih jalan yang saya ingin lalui) Maaf saya tidak boleh menunggu....(katakan TIDAK kepada birokrasi dan segala mak nenek yang perlu diturutkan untuk maju ke depan...hehehe). Ada juga suara-suara keji menuduh saya tamak dan sebagainya. Kata nista orang hanya akan melumpuhkan kita (jangan dengar yer... biarkan sajer...) Saya lakukan segalanya dengan hati dan niat yang ikhlas (nak baiki ekonomi keluarga.. ) Mak abah restu tanpa ada halangan kerana mungkin mereka yakin pilihan saya dan faham cara saya bekerja.

Lakukan tugas lillahi Ta'ala semua jadi mudah!

 Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki maka hendaklah dia melestarikannya. (HR. Al-Baihaqi)

Grab saja peluang selagi ada...yang penting rezeki halal. (yeay..!!! Alhamdulilah..)

6. Saya pernah berbual dengan mak abah, saya teringin beri sedikit 'kemewahan' kepada mereka suatu hari nanti (berangan ajer....) Tapi mak abah macam biasalah.. akan kata apa yang diberi anak-anak sekarang dah lebih dari mencukupi. Siapa sangka angan-angan mendapat gaji 5 angka jadi kenyataan! Berkat doa mak abah, pada September 2013 saya ditawarkan bekerja jauh.. dengan pendapatan impian.(walau jauh ...berbaloi-baloi... hihih) Program Master yang saya ikuti separuh masa juga terpaksa diberhentikan seketika. (sob..sob.... sedih jap..... )

Kali ini saya tidak menunggu pesanan daripada mak abah.. sebaliknya saya berpesan pada diri sendiri dan berdoa supaya rezeki yang Allah beri tidak merubah kekuatan hati saya dan menjadikan saya orang yang lebih bersyukur (Jangan bongkak2 na..... tuhan xsuka.. hehehe ...) Betapa indah dan ajaibnya doa ibubapa kita... Syukur Ya Allah kerana dikurniakan mak ayah terbaik! Keberkatan doa mereka membuatkan perjalanan hidup menjadi lancar dan mudah..adakala tak disangka-sangka! 

Tatkala melihat kejayaan abang-abang dan kakak, rasa syukur yang tak terucap kerana terpilih untuk menjadi insan yang mendapat manfaat keajaiban doa ibubapa (gituuu.,.. heheh....) Cuma saya terfikir... suatu masa bila mereka tiada nanti... di mana boleh saya dapatkan doa-doa itu.....



Biarlah dicop 'anak emak', jika ini lebih mulia pada pandangan Allah dari mata yang hanya memandang sinis dan tidak membantu. Kasih sayang mereka terlalu banyak sepanjang perjalanan hidup sampai ke hari ini... Semoga kasih kalian akan terus berakar.. aminn... 

Sekadar berkongsi tentang hebatnya doa ibubapa!!! (jangan marah aaa.........)

p/s : definisi 'berjaya' bukanlah pada kejayaan akademik semata tapi juga kejayaan menyusuri kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Biarpun hanya bekerja sebagai pemandu lori, jika beroleh ketenangan dan dapat jalankan tanggungjawab sebagai khalifah, dikira berjaya juga kan? hihihih.. peace!




Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati