29 April 2014

Adamstory : Konsert Tradisional Pertama... Dato Siti Nurhaliza


Baru je saya register Instagram sebelum mulakan pelayaran semula pada March lepas. Antara Instag terawal yang saya follow tentulah Dato Siti Nurhaliza. Kebetulan sedang on the way ke Melaka Bandaraya Bersejarah masa tu .. terus singgah Speedy di AEON Melaka bila Dato Siti post album Konsert Lantera Timur release kat pasaran melalui Ig nya... Wah..tak sia-sia saya buka account Ig sebab cepat sangat dapat info direct daripada Dato Siti!


Semasa konsert tradisional pertama Dato Siti berlangsung tahun lepas, saya dah mulakan kerjaya di laut biru. Memang ternganga lah baca facebook kawan-kawan yang xjemu update pasal konsert terhebat ni! Bila dijual dalam bentuk CD, dapat jugalah feeling2 konsert. Teringin sangat nak dengar lagu Laksama Raja Di Laut dinyanyikan Dato Siti, dan album ni telah menjadikannya kenyataan dengan duet khas Dato M Daud Kilau. 

Vocal Dato Siti sentiasa segar , walaupun tone nya agak besar.. mungkin suara dari perut. Nak maintain berjam-jam dengan lenggok Melayu memang memenatkan. Saya sangat berpuas hati dengan album ni cuma setiap lagu tak banyak ucapan dialog Dato Siti menyebabkan kepuasan feeling ala konsert tak capai klimaks! hehehe... Apa pun.. orang Iban dan orang putih dalam ship ni pun dah layan suara gemersik Dato Siti! terbaiklah..!! Bila ombak beralun ... terasa seiring dengan lenggok Melayu Dato SIti mendayu dalam album ni.. terawang-awangan yang mendengarnya...

Siapa lagi yang nak menyokong budaya Melayu kalau bukan kita sendiri.. ya tak? Walaupun saya keturunan Jawa Latin, irama budaya Melayu tetap menebal... (gitooo.. ferfeeling Dato SM Salim sangat!!).

Tahniah Dato Siti dan teamnya!!!! Terbaik!

p/s : Khabarnya album baru Dato Siti bakal menyusul pertengahan tahun ni dengan gandingan komposer hebat dalam dan luar negara.


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati