26 April 2014

Adamstory : Pensyarah Vs Student

'Mengajar di kolej mana?'

Saya jawab, 'I-systems College', 

Sure orang yang bertanya akan buat muka macam tau padahal otak tu ligat fikir kat mana yer kolej tu.. tak pernah dengar punnnn.... ??  :P hihihii...

Kenangan mengajar selama 3 tahun di sana banyak memberi kenangan manis dan ilmu yang tak mungkin saya dapat ditempat lain. Keputusan untuk bekerja di sebuah kolej swasta kecil (memang tak popular pun... tapi i confident je...) memagut pelbagai persepsi tentang jaminan kerjaya. Saya cuma fikirkan di sinilah kerjaya saya bermula. Inilah tapaknya untuk saya berkongsi sedikit ilmu dan kasih sayang yang ada. Masa zaman saya, program ni hanya ada dalam kolej tajaan kerajaan, sekarang dah diperluaskan di kolej/universiti swasta. Itu yang saya sangat teruja!!
 

Bermula dengan hanya dua buah kumpulan pelajar (lebih kurang 20 orang setiap kumpulan), saya mengajar. Benar.. sangat berbeza approach untuk mendidik anak remaja 18-24 tahun dengan remaja sekolah. Mereka sudah sampai tahap kematangan yang tak perlu diajar. Usia saya ketika itu baru menginjak 26 tahun + , jadi atas sebab tertentu usia sebenar dirahsiakan hinggalah pada hari terakhir. Ada di kalangan pelajar saya yang usianya sebaya dengan saya (sudah punya anak 3 ya.. Roy Nelson). Approach penuh kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan apa juga perkara menjadikan hubungan pelajar dengan saya agak rapat, (tapi jangan harap nak pijak kepala ya... ehhehe...) Alhamdulilah, jumlah pelajar yang bermasalah boleh dikira dengan jari saja (kalau semua baik mesti bosan kan dunia ni..?)


Berkumpulan atau mengasingkan diri adalah ragam biasa pelajar kolej.. (kadang-kadang jammed je tengok diaorang best ke sana ke mari together-gether.. teringat zaman saya dulu! huh...)  Saya selalu anggap mereka ini adik-adik yg perlu dipimpin (bukan hadek-hadek yew...euw..!). Tiap kali saya tengok gelagat mereka...cukup mendamaikan.  karenah mereka yang suka bertanya itu ini, benar-benar beri kepuasan! (selalunya memang out of topic lah...gedik tau budak2 nih.. ) Setiap batch  ada identiti masing-masing (sini panggil cohort). Saya sempat mengajar sehingga Cohort 8.


Cohort 1 rata-rata adalah pelajar dari Sabah. Agak lucu bila mula-mula saya biasakan diri untuk bercakap dengan mereka. Lebih-lebih lagi pengalaman pertama mengajar dengan mereka! Comel sangat bah..bah..bah.. bila saya ajuk, ada yang kata,' Sir, ni..macam indon bah...' haahah.. Memang best bila mereka memasak masakan tradisi dan sayalah yang paling selera untuk makan. Setakat ambuyat, tuhau, bambangan dan umai tu,bukan lagi pelik pada lidah Jawa Latin saya nih.. Kesepakatan mereka adakala sampai saya tabik spring .. Mereka ni ibarat abang long dan kak long untuk adik junior. (Yap, Ronlie, Lydia..Lc..dan ramai lagi...)

Cohort 2 pula adik-adik manja dari latar belakang gadis dan teruna desa pedalaman. Penuh warna warni.. Emosinya agak sensitif, sopan santun terletak pada arasnya..(ramai pula ciri-ciri gegirl Melayu terakhir..) Cuma ada 3 orang lelaki daripada 18 orang pelajar (lelaki semakin pupus... yang ada pun like2 sajer...). Paling comel bila demi hari.. badan masing-masing makin sihat.. montel .. kalau ditegur ada saja jawapan lucu. Ada sesuatu yang saya kagum. Level of respect mereka pada orang tua xkiralah lecturer atau siapa saja..sangat tinggi. Zaman sekarang agak sukar nak jumpa budak muda yang hormat orang tua dengan sempurna (terasa tua sangta dah ni... hahaha). Wondergurl.. (Ain, Nyza, Bahin, Dayang, Fatin,Nazmah, Mimie..), Logesh Kumaran Nanthu.. dan ramai lagi..memang 1 Malaysia habis kumpulan ni.. nakalnya..mmm..memang boleh tahan! (ferfeeling kat Primary School pun ada juga..)


Haa.. dua kumpulan ni sempatlah saya mengajar sampai qualified dan berdaftar dengan Malaysian Medical Assistant Board. Cohort lain hanya dapat mengajar sehingga separuh kursus sahaja tapi tetap ada dalam hati. Cohort paling akhir,  latar belakang pelajar cemerlang (ada yang dapat 8A dalam SPM tu.... ) seakan masih jelas lagi wajah-wajah sayu mereka bila saya umumkan akan meninggalkan kolej dan berhijrah ke tempat lain (ala2 press conference gitoooooo....). Sedu sedan Ila,Zakiah, Yoges, Fatin, Mas, Ayu (montel), Shamala, Aizat dan lain-lain.. (kalau tulis memang xcukup) kalau saya layankan memang saya takkan tinggalkan kolej. hehehe... tapi demi perkembangan kerjaya yang lebih baik, saya tekad. 

Di sini juga saya dikelilingi rakan sekerja yang sangat baik pelbagai bangsa. (credits to Eddy, Miss Lim,Siti, Fazrul, Sini, Shila dan ramai lagi...) Saya percaya, keluarnya saya dari kolej ini akan membuka ruang lebih luas kepada delegasi yang masih ada di sana. Enggan melayan segala nista yang mula wujud. Rezeki Allah sangat luas di bumi ini... Keikhlasan usaha dan doa adalah kunci kepada pintu rezeki. 

Teringat kata-kata akhir Ketua Program yang sangat saya respect, Papa Dean (saya dah anggap macam abang sendiri..sangat baik!) ,

 'Jadilah diri awak ke mana saja awak pergi. Just be yourself, i'm proud of you.. awak akan disenangi, pergi mana-mana pun orang akan sayang,' 

Sungguh....kata-kata itu menusuk jauh ke dasar hati, menghilangkan sebak dada.. hihihii.. terima kasih papa Dean! Langkah saya ketika itu sangat yakin penuh kesyukuran atas rezeki yang tertulis. Tenang dan bahagaia...sampai ke hari ini..Alhamdulillah..


p/s : Buatlah apa saja yang anda mahu dengan ikhlas, hanya anda yang tahu di mana kebahagiaan anda!  







Terima Kasih

2 comments:

hIDupKU, CaRAkU..... said...

salam sir~~
teremosi jap bace entry nie~~
kami amat merindui sir....huhuhuhu

Adam Fahmy said...

thanks dear... jaga diri baik2.. Sir selalu ada di blog.. rajin2lah blogwalking ke sini :D

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati