30 April 2014

Adamstory : Rejab & Mak Abah..


Ada lebih kurang dua minggu lagi untuk balik ke darat. Terasa rindu dengan suasana di rumah biarpun hanya bertiga (saya, mak dan abah..). Hari ni dah masuk bulan Rejab. Pasti suasana di rumah berbeza sebab mak abah sudah mula berpuasa sunat pada hari-hari tertentu. 


Kalau dulu, balik kerja dah tak nampak minuman petang, bila ditanya rupanya mereka berdua berpuasa. Loving sangat-sangat .... (saya juga yang jarang-jarang berpuasa sunat...) Maklumlah...penat dan berpanas seharian selalu jadi alasan. hehehee.. yang best, mak abah tak pernah sekali memaksa. 


Best bila join mereka berbuka... (kalau bulan Ramadan xpuasa..alamat kena menyorok dalam bilik time berbuka! haha... confirm mak abah xkasik join sama! .. masa tu mulalah sendu2 kat atas katil..teringat juadah takut habis seh...keji sangat sangat perangai time tu...)

Kalau xnak puasa sunat pun, kita sama-samalah baca doa ni ya;


 Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Saya sertakan untuk sama-sama kita ambil tahu kebaikan bulan Rejab ni ya berdasarkan hadis rasulullah SAW ;



  • Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa i. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan

Tiada syarat tertentu perlu dipenuhi untuk buat kebaikan dan tiada paksaan juga untuk melakukannya... :D



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati