25 April 2014

Adamstory : Sekolah vs Kerjaya



Usia dah menjengah 30++ tahun, tiap kali berjumpa sahabat-sahabat zaman sekolah ada sesuatu yang unik dikekalkan tanpa disedari. - Bahasa dalam percakapan. 

Abah kata dia suka sangat tengok saya dan sahabat-sahabat sekolah bila berjumpa. Abah teringat zaman dia bujang..(tersengih-sengih....)  mak akan mencelah, 'awak ni perasan mudalah tu...'  Dengkilah tu mak saya kan... sebab abah tetap tampan mapan segala... biarpun dah lebih 65++ tahun! Baby face gitutt..! (leher tetap kedut hahaha...)

Untungnya saya ni sebab sahabat-sahabat zaman sekolah saya walaupun dari jauh (terpaksa melintas 3-4 negeri tu...), tetaaaaaaap kerap berkumpul di rumah saya. Sekurang-kurangnya setahun dua - tiga kali. Best kan? Memang riuhlah rumah yang sederhana luasnya ni (rumah sewa pun... :P) mengalahkan suasana time raya Aidilfitri. Tiap kali mereka datang, abah dan mak antara orang paling gembira. Kadang-kadang saya confuse.. diaorg pula over. ahhaha.. gelak tawa jangan ditanya pada skala berapa kuatnya.. mau bergegar dinding! Paling best bila kami berbual, mak tiba-tiba mencelah.. (nak jugak...ferfeelinglah tu nak join! haha) Walaupun mata dah tak nampak, mak akan cuba komen fizikal sahabat-sahabat saya..mana yang montel..yang kurus...yang mantap.. hehehehe.... jangan marah aaa.. :P

Di saat sukar, mereka inilah yang selalu ada untuk beri semangat. Bukan mahu apa pun..sekadar mesej, panggilan telefon dah memadai.. cukup terasa tak keseorangan dalam menghadapi dugaan. Secara peribadi, saya lebih mementingkan kualiti dari kuantiti dalam bersahabat biarpun ada pepatah 'berkawan biar seribu...'. Bukan menidakkannya, sebaliknya berhati-hati sebab zaman sekarang ni kawan yang mengambil kesempatan lagi ramai kat luar sana.. shuuuhhhh... hihiii...

Pejam celik dah hampir 18 tahun usia persahabatan ini. Masing-masing dengan kerjaya berbeza.
Asfi dah jadi guru sekolah sukan yang berjaya (gila kau.. anak murid badan macam malek Noor sumer...!),
Coral setia sebagai ustaz kat sekolah agama JDT (ustaz ni baik... cakap sopan jerk..anak murid akan angkat tangan tinggi2 kalau nak tanya soalan sebab ustaz ni kecil dan comel sangat.. ehheheh),
C'ley pula bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi (siapa call service centre mesti dengar suara emas dia nih! merdu okey! ),
Saya? Saya berkhidmat jauh di tengah samudera demi mencari sesuap nasi... Biar apa pun, persahabatan ini tetap pada liganya tersendiri dan sangat istimewa! (xkisahlah perubahan fizikal yg agak ketara antara kami!!! ahhahah). Semuanya penuh keceriaan! Alhamdulillah...

Tips dalam persahabatan :

1. Terimalah sahabat kita tu seadanya. semakin digamit usia semakin banyak kekurangan dan kelebihan yang nyata. terimalah dengan redha.

2. Bersikap jujur dan bertanggungjawab terutama dengan apa-apa janji yang dibuat. (kadang-kadang tipu seh sebab nak jaga hati.. ahha.. tapi jarang yer...)

3. Sentiasa 'available' kan diri untuk mendengar apa juga masalah (walaupun kadang-kadang diri sendiri pun pening, ahhaha.. kadang-kadang bgtau macam ni, u.. call i jap lagi. ada Polis depan tu!')

4.  Kalau ada kelemahan , tegurlah secara personal, jangan malukan dia depan orang. tegurlah dengan tujuan nak baiki atau jaga maruah dia.. jangan syok sembur je walaupun dah terbiasa macam tu! ho yeahhh!!

5. Banyak lagi... apa-apapun, semuanya dari hati. Bersihkan hati..insha Allah semua akan diberkati.

Tanyalah pada hati..di mana letak budi.



Penghujung 2013, konvokesyen Master,  Asfi di UKM, Bangi. Saya tak dapat hadir sebab baru mulakan kerjaya di tengah kebiruan laut.. walaupun dah janji berbulan-bulan, maaf ya.. sebaik-baik planner adalah Allah S.W.T.
Tahniah sahabat!!!










Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati