24 April 2014

Adamlicious: Sos Cheese Meletop!

Lama betul saya google untuk dapatkan resepi sos cheese terbaik (kengkononnn.....). Akhirnya selepas add on itu ini, terhasillah sos cheese yang dap dap dap ala2 kay-epsi tu. hihihihi... Memandangkan batch pertama dah licin dihabiskan kawan-kawan (bukan semuanya kenal pun...xpelah rezeki sama dikongsi! ye x? time masak nilah ramai wat muka baik... shuuuhh... haha ) saya akan upload step by step lambat sket yerk!

Sos Keju Meletop !!! 

Bahan-bahannya amatlah mudah. Salin jangan tak salin. kalau dah buat tak menjadi nampak sangatlah menipunyer yer... 

1/2 buku butter + 500ml susu segar (Adam guna dalam kotak)
meltkan butter + susu segar dalam periuk jgn sampai mendidih..agak2 dah panas. - api sederhana yek! kalau besar nanti terbakar lah pulak.. jaga-jaga Cik Salmah... :P

1 kiub ayam (brand apa pun xkisah..jangan guna mak aji yer... tak moh!!! nanti abam badannyer.. hahah ) + lada sulah serbuk sikit
masukkan bahan-bahan ni perlahan-lahan kacau sambil menyanyi riang. Lelaki nyanyi tak apa.. tak ada pantang larang.

12 keping slice cheese (Adam guna cheese yg ala2 je brandnya.. save budget tapi nak sedap!)
masukkan sekeping demi sekeping , kacau sampai cheese cair  dan likat boleh tutup api. kalau ala-ala tercair, boleh tambah tepung gandum yang dibancuh dgn air sikit. Bila sejuk nanti sos akan pekat yer. Bawa bersabar!



Tips :

1. Janganlah cuba-cuba nak letak garam sebab memang dah masin keju dgn kiub ayam.

2. Kacau je yer jangan ditinggal nanti tak cantik..ala2 melekat lekat. 

3. kalau nak colour sos tu cun, letaklah pewarna kuning. Kalau tak nanti kuning dia ala-ala gigi kuning Adamnye abang kat rumah. hahaha... dia xsuka gosok gigi masa sekolah dulu!

4. masa memasak tu niatlah dalam hati nak bagi orang kenyang dan gembira. barulah masakan tu sedap! 

Sekadar hobi!





Terima Kasih

4 comments:

Iola said...

sedapnya !! nantu nak cuba hee

Adam Fahmy said...

memang sedap... boleh cuba... lebih terjamin kebersihannya :D

F I E Q A said...

sedap nye .. tengok gmbr pown leh terliur .. haha .. my fvrte .. nak cbe larh nnt .. ^^

Adam Fahmy said...

fieqa, boleh saja..mudah dan gerenti jadi :P

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati