26 May 2014

Adamhealth : Sakit Kepala dan Anda?


Setiap hari kes sakit kepala antara yang banyak dan kerap diadukan di klinik. Tak kiralah semasa bertugas di klinik kerajaan mahupun di hospital dalam kapal tengah laut. Gambar di bawah ni mungkin dapat membantu anda memahami dengan mudah.



Sinus Headache - biasanya dikaitkan dengan radang pada ruang sinus kita, jenis ni perlukan ubat khas selain dari paracetamol atau ubat tahan sakit lain. Kadang2 disertai dengan selsema dan pedih mata.

Cluster headache - sakit kepala ni menyerang pada waktu pagi , atau semasa tidur sehingga kita boleh terbangun! Berlaku dalam masa agak panjang.. kurang 30minit dengan denyutan semakin kuat. Perlu rawatan lanjut di hospital untuk diketahui puncanya.

Tension Headache - haaa... ni paling famous berlaku, bila terlalu tension atau penat bekerja, mudah untuk kita kena ...lebih-lebih lagi kalau kurang waktu rehat. Rawatannya selain dari ubat tahan sakit, rehat yang cukup dan teknik relaksasi sangat membantu.

Migraine - Berlaku pada bahagian sebelah kepala. Disertai dengan gangguan visual atau penglihatan. Perlu ubat khas untuk rawatannya. Migraine juga adalah diagnosis terakhir pengamal perubatan sekiranya punca sakit kepala tidak diketahui selepas semua ujian penyiasatan dijalankan.

Perlu anda tahu juga, sakit kepala biasanya adalah tanda awal untuk kebanyakkan jenis penyakit. Jadi , kalau dah makan ubat tahan sakit masih xok dan kerap berulang lagi, bolehlah ke klinik dengan kadar segera ok!

Pencegahan adalah terbaik!

p/s : elakkan dari didik tubuh anda dengan ubat tahan sakit terlalu kerap... banyak komplikasi yang tidak baik. Insha Allah say akan kongsikan dalam entri seterusnya.


Terima Kasih

Adamstory : Zikir Munajat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam


Jalan-jalan cari Grella's kat Subang Jaya, sempat saya singgah Plaza Alam Sentral (dulunya sangatlah popular untuk rakaman rancangan TV3.... masa saya sekolah rendah di Johor...jadi selalulah dengar nama plaza ni :P). Dapat juga barang yang dicari iaitu speaker portable bluetooth, murah juga harganya di level 3.

Sebelum balik, pengunjung disajikan dengan persembahan zikir munajat adik-adik dari rumah anak yatim di Selangor. Persembahan ini berlangsung setiap hujung minggu. Menarik. Merdu sunggguh alunan zikir mereka. Terus mengingatkan saya bulan Ramadan yang bakal menjelma xlama saja lagi. Mudah-mudahan kita sama-sama membuat persiapan rapi untuk menghadapinya. Insha Allah...





Terima Kasih

Adamstory : Harvey Norman AEON Bukit Tinggi ... mmmmm..




Bila sebut Harvey Norman’s memanglah terkenal sangat2 dengan barang2 berjenama dan exclusive. Selalunya saya memilih ke sana bila ada barang elektrik yang susah nak cari kat tempat lain, contohnya macam mixer Kenwood yang colour2 tu.... Baru-baru ni saya pergi bukanlah untuk mencari barang electric tapi sekadar window shopping mulanya. Lokasi di AEON Bukit Tinggi jadi pilihan. Bila terpandang tower fan Tefal, terus rasa nak belikan mak abah kat rumah (maklumlah kipasnya dah agak season.. heheh). Tak buang masa terus saya dapatkan staff yang jaga bahagian situ…

Jeng..jeng..jeng….. haaa… nak tau apa berlaku?

Seorang staff lelaki melayan saya dengan ‘malas2’ (agaknya sebab saya datang dengan t-shirt dan short lusuh… dan crog beli kat uptown :P xsesuai dengan harga barang2 yang membuntangkan mata...). Bila saya tanya tentang beberapa model tower fan, dengan lirik mata dan facial expression seakan terpaksa melayan (halooo.. kalau penat pun baru pukul berapa masa saya datang? Bukan lewat dah nak close pun…). Saya tak nak buang masa, terus pilih model yang saya nak. Bila dah dapat terus je saya bagitau staff yang sama. Sekali lagi dia tarik muka … sebab kena ambil barang yang saya nak dalam kotak kat bahagian tengah… ala2 lecehlah nak keluarkan (kalau xnak angkat..saya boleh ambil sendiri..tapi over lah pulak kan kalau saya pandai2 punggah.. kang tersalah pulak! Hehe)

Akhirnya kotak barang saya nak tu berjaya diambil, yang xbest kotak tu dihempas ke lantai (biarpun tak kuat tapi cukup rasa nak sepak je muka dia! Kalau rosak nt satu hal saya nak kena datang lagi hantar barang.. komponen electronic kan sensitive..). 

Saya masih senyum lagi masa tu… sabar saja.. then bila saya minta dia buka kotak untuk saya tengok barang, dia kata ‘ barang ni susah kalau buka nak kemas nanti! Kalau barang xok, you boleh pulang sini,’ 
Bestkan ayat dia……………??? Rasa nak sound dah ni tapi saya cool dulu konon. Barang saya pun diangkat dan ditulis bil. 

Saya cuba minta kali kedua dan ketiga jasa baik dia untuk test barang.. dia xnak lagi. Saya pun minta kawan yang temankan saya untuk minta test pula (dia sibuk usha tv ..heheh..) Staff tu macam cuak je lepas kawan saya minta test dan cakap kalau barang rosak susah nak datang, mentang-mentang kawan saya tu bodybuilder…. Oooo… cengginih yer layanannya.. 

Dia terus test barang, memang perilakunya menjengkelkan..rasa macam nak cancel beli pun ada. Buat dalam terpaksa jadi anda boleh bayangkan? 

Bila dah test, saya minta supaya remote control pula ditest sebab dia terus masukkan barang saya dalam box dengan keadaan xmacam masa barang dikeluarkan. Semua gabus dibuang, so kalau saya bawa dlm kereta sure terhentak2 dan boleh pecah. Kurang ajar kan? Pasal remote control dia pandang saya dia cakap, ‘sini xde bateri… check lah kat rumah!’ sekali lagi saya ditempelak…
  
Oklah saya da xleh sabar, saya pun sound sikit, 'awak ingat barang ni RM3? Takkanlah Harvey Norman xada bateri spare untuk test? Saya xminta battery free, saya minta awak test saja’ nada saya agak serius masa tu.. ceh! 

Tak guna tul,..penat je sabar tp xjadi, hehehe…  Terus dia ke hulu ke hilir sambil jeling2 saya.. last2 dapatlah bateri dan dia test jugak, pastu buat muka lagi..xpuas hati lah tu kena sound. Sikit je saya sound,.,.bukan apa pun kan? 

Saya rasa dia masih selamat dapat customer macam saya. Malas nak layan sangat saya ikut je sampai bayaran dibuat. Sempat dia wat muka kat saya dan cakap ‘ ada apa2 lagi you nak??????’ dengan nada sindiran. Kurang ajar sangat kan??? Saya plan nak beli oven pun tak jadi..cukuplah satu ni.. (Maaf ya,. Bau badan dan mulut sangat tidak menyenangkan. Harvey Norman patut dapatkan staff yang personal hygiene pada skala baik dan cemerlang. Saya xselesa!!!!! )

Saya gelengkan kepala dan bagi senyuman paling manis. Biarlah dia…. saya terus ke kedai electric lain (kedai XX – famous sangat) untuk beli sebuah oven pula. Ternyata layanannya jauh lebih high class dari Harvery Norman. Siap Oven saya dimasukkan dalam kereta oleh staff walaupun saya halang. Bila teringat pengalaman kat Harvey Norman terus saya senyum dan cakap kat staff kedai XX, tadi saya pergi Harvey Norman AEON tapi layanan macam kucing kurap je saya dapat… hehehe…. Xmahu ke sana lagi. Serik!

Sekadar berkongsi.


Terima Kasih

22 May 2014

AdamChoice : Saloon PILIHAN - Monsoon-ID



Bagi anda yang tercari-cari salon dengan service sangat memuaskan (termasuklah layanan, harga dan creativity potongan rambut....), saya cadangkan sepenuhnya berkunjung ke salon Monsoon-ID. Semalam saya mendapatkan service hair wash, cut & blower (rambut pendek saya dah macam sarang tebuan akibat 59 hari tidak berpotong.....).

Apa yang menarik, dari awal saya muncul di pintu masuk seawal 10.40am, terus disapa mesra dan dilayan sebaiknya. Bukan tidak pernah mendapat layanan begini di salon lain tapi saya kira pihak salon sangat sensitif dengan keadaan semasa saya (saya datang dengan bonda yang buta dan menaiki wheelchair, abah terus ke Popular..). Seolah faham gusar hati dengan meninggalkan bonda sendirian di hadapan kaunter, bonda saya dialihkan mereka untuk berada disebelah saya sepanjang saya di sana.

Staff juga sangat memahami, tanpa disoal..memandang saya sebagai Melayu Islam, stylist perempuan yang menyambut saya pada mulanya terus mendapatkan khidmat stylist lelaki tanpa perlu request dan lain-lain. Layanan mesra dengan senyuman dan persekitaran tenang..xkedengaran riuh rendah berbual kosong.. Sangat memahami.. Pelawaan minuman.. perbualan dengan stylist, membuatkan saya xperasan masa dah berlalu hampir sejam lebih.

Oh ya, agak murah disini ya, hanya RM50.00 untuk semua ni. (Harga yang wajar dengan service yang sangat memuaskan! yang sangat penting... style rambut buatkan saya di awal 20an :P hehehe...jgn marah aaa..)

Jika anda tercari-cari atau ingin mengubah citarasa, bolehlah berkunjung ya! Click Monsoon ID sini!

Moonson ID, AEON Bukit Tinggi Klang
Hair stylist : Alast Chong


p/s: pertama kali saya memilih saloon ini, selalunya saya setia dengan Saloon Academy *** . lepas ni sure saya datang lagi!



Terima Kasih

21 May 2014

Adamstory : Kualiti makanan Malaysian Airlines Systems

Perjalanan dari Miri ke Kuala Lumpur xdelah ambil masa terlalu lama.. dalam 1 jam 55 minit sajer.. (ikut announcement pilot la....). Super excited yer nak balik kampung kali ni.. rindu kat semua yg tengah menanti..gituhhhhh

Bila flight dah berlepas mata ni mengantuk sangat2 smp tlelap. Sedar2 je pramugari kejutkn pelawa makan. (Pelik kali ni.... sebab muka cabin crew mcm keje under stress.... adakah gara-gara isu MAS di  ambang bankrup??? Sejujurnya saya xnak berlaku begitu sb MAS lah satu-satunya syarikat penerbangan negara yg gah satu masa dulu...)

Meal malam tadi ialah nasi putih ..kari ayam.. sayur goreng dan sepotong kek buah. Bila tengok presentation makanan.. terus teringat komen2 meletop chef Wan suatu masa dulu.m ya..saya seakan membenarkan komen2 itu..bukanlah xnk bersyukur sebaliknya saya kira agak tak wajar hidangan beberapa keping daging ayam dipotong dadu...dalam kari konon2. alahai..sedih..dgn sayur ada 3 ketul kacang buncis dan carrot 2 ketul..tersenyum saya tengok... rindu kt Ijan Burger depan rumah membuak2m.. rindu kt nasi bryani AirAsia pun menjelma... dgn harga tiket yg mahal berganda berbanding penerbangan tambang murah..memang xwajar hidangan mkn MAS..

Bukan kali pertama dengan perkhidmatan MAS.. trip bussiness class lepas pun makanannya tetaaaaapp...sama mcm kualiti yg saya maklumkn tadi.. aduhai...


Terima Kasih

20 May 2014

AdamChoice : Siti Nurhaliza & Majalah Nur Edisi Ramadan



Okey semua... jom dapatkan di pasaran edisi Dato Siti Nurhaliza dan kisah Ramadannya. Hanya RM7.50 senaskah. Dapatkan sebelum kehabisan. hihihi.... Iklan sekejap khas sebagai peminat setia! Jangan mara aaa...


Terima Kasih

AdamTag : Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.


Terima Kasih

AdamChoice : Mencari designer blog Mr. Cupid



Esok akan tiba hari yang dinanti iaitu kunjungan boat untuk bawa saya pulang ke Miri sebelum meneruskan perjalanan ke bumi Selangor. Malam ni diam tak diam usia blog ni dah 24 hari. Alhamdulilah... jumlah viewers pun makin meningkat dengan purata 300-350 viewers setiap hari... Mungkin jumlah ni tersangat kecil untuk senior2 kat luar sana tapi bagi saya, sudah cukup menjadi perangsang saya untuk terus menulis entri lagi biarpun hanya sekadar hobi. Apa juga yang dikongsikan, insha allah ada manfaat bersama.

Setelah saya scroll mencari-cari designer blog, akhirnya saya terpikat dengan contoh hasil kerja blogger Maisarah. Berdebar menanti hasil memandangkan saya dalam waiting list beliau. Terima kasih sangat2 sudi membuat design blog Mr.Cupid! Kalau anda nak tengok contoh hasil kerja beliau, boleh click sini Designer Blog Pilihan .

Selamat berblogging kepada rakan-rakan di luar sana!



Terima Kasih

AdamTag : Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]
Jom memeriahkan Giveaway kali ini!!...


Terima Kasih

19 May 2014

Adamstory : Bulan kemuliaan...


Lagi beberapa hari saja lagi Syaaban akan menjelma.... nampaknya dah boleh  pre-fasting practice... Kalau Rejab lepas dapat sehari dua.... Syaaban ni lebih sikit lah sebelum sebulan penuh Ramadan nanti. Petikan hadis kat pic ni diambil dari web http://www.islam.gov.my/e-hadith/amalan-amalan-sunat-di-bulan-syaaban . Mudah-mudahan kita sama2 dapat manfaat ya!

p/s : semoga apa yang datang dari hati disertai dgn keikhlasan dan dijauhkan sifat tidak elok.... :D


Terima Kasih

Adamstory : Teman Blogger Mr.Cupid di Facebook



Hai ... berita baik kepada viewers semua, hari ni saya telah melancarkan group blogger di facebook untuk membantu blogger-blogger berkongsi entri dan aktiviti masing-masing. Terbuka kepada semua blogger yang baru atau yang lama ...sangat-sangat dialu-alukan. Smeoga perkongsian kita akan memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang! War-warkanlah ya.... :D

Jumpa anda di sana sini Teman Blogger Mr.Cupid


Terima Kasih

Adamhealth : Khasiat green tea untuk anda!


Teh hijau atau green tea banyak di pasaran sekarang. Ada yang xpernah mencuba dan ada yang dah pun jadikan ia sebagai minuman sampingan setiap hari. Saya juga tak terkecuali mengambil green tea tapi kekerapan bukan setiap hari, sebaliknya seminggu 1-2 kali. Tindakan antioxidants teh hijau ni memang memikat saya untuk gunakannya sebagai ramuan semasa bersauna. Sauna? Ya... saya mengamalkan mandian sauna jika di rumah. Selepas bersauna dengan green tea, badan jadi wangi dan terasa ringan. maklumlah..toksin2 badan sudah dikeluarkan sedikit.... (caranya mudah, campurkan greentea dalam periuk sauna dengan bahan-bahan rempah lain).


Selain itu, green tea juga boleh memberi manfaat berikut (berdasarkan kajian Reader's Digest) :

1. Kawalan berat badan
2. Perlindungan dari cancer
3. Mengurangkan risiko stroke
4. Kesihatan gusi

Anda ada pilihan untuk lebih sihat, mengapa perlu pilih minuman manis dan bergas?

Tepuk dada tanya selera.


Terima Kasih

18 May 2014

AdamTag : Liebster Award - Si Tracey Tag!!!




Okeylah.. harap2 lepas ni tak kena tag lagilah ya.. untunglah Si Tracey tag Mr. Cupid. Ini soalan yang diberi dan saya cuba jawab dengan baik ya! Nasib baik 5 soalan saja bah!

Diharapkan blogger2 berpuas hatilah dengan jawapan saya :D

  1. Sepanjang jadi Blogger, apa event blog yang paling korang tak boleh nak lupa? - belum pernah join lagi.. tapi ada juga intai2 event Nuffnang..hihi
  2. Rasa-rasanya sampai umur berapa atau bila korang akan berhenti buat blog? - selagi viewers ada dlm 10 orang pun jadi lah..
  3. Pernah tak ada rasa menyesal buat blog? Atau ada entri yang korang rasa nak tarik balik. - setakat ni tekad nak berblogging.. kalau entri xde viewers means xbest. heheh
  4. Rasanya kalau takda blog, korang tengah watpe sekarang? - tulis novel kot..sambungan ....Dia Lelaki Itu
  5. Berikan satu perkataan untuk describe blog korang sekarang ni. - fresh from garden :P



Terima Kasih

Adamstory : Kedai supplement harga berpatutan dan original PILIHAN


Menghitung hari nak balik bercuti sebulan selepas beebrapa bulan melayari lautan ciptaanNya..(ewaahhh!!!) Hari2 tengok calendar... tinggal lebih kurang 2 malam saja lagi sebelum boat tiba untuk menjemput ke darat... (besar jugalah boat tu boleh penuh 50++ orang). Supplement untuk 'susuk' pun dah tinggal bekalan 3 hari jer... haiyooo..... heehhe

Saya baru cuba supplement ni beberapa bulan, memang ada banyak hasilnya. Sebelum ni puas juga bertukar 'stokis' untuk dapatkan supplement pada harga terbaik. Mujurlah... ada kenalan yang perkenalkan Musclemania. Setakat ni saya jadi pelanggan setia. Sebab stock yang dijual diimport terus dr luar negara dan dijual pd harga mampu milik (cer bezakan dgn harga yg online lain..... heheh.. jauh yer..dekat RM30-50 jugakss......).

Bila saya ke kedainya, layanan crew memang tak pernah mengecewakan. Tapi selalu yang menyampah sesama customer lah... baru nak mula makan supplement, muka nak kerek semacam..mengalahkan Sazali Samad! huh.... :P (kalau badan memang meletop xpe jugak.. heheh) Selalunya saya akan pergi dgn kawan2 yang memang body mantap meletoplah... bolehlah berlindung ...haha...

Ok, nak details boleh click sini PILIHAN Mr.Cupid ~ Musclemania

p/s : supplement hanya sampingan saja..excercise tetap nombor 1 ya! 


Terima Kasih

AdamTag : Liebster Award - FiQa


Macam lawak pula.. ada yang tag saya utk game ni. Oklah...saya pilih sorang dulu utk jawab semula soalan yg diberi oleh FiQa : Belum ada blogger yang nak tag lah.. ehhe.. saya langgar dululah rules :P
  1. lagu apa yang paling korang minat? - Uncontrollable - Adrienne Bailon
  2. kenapa korang minat lagu tu? - muzik fresh dgn lyric simple (mcm kena mengena kot..hehe)
  3. cerita / movie /drama apa yang paling korang suka? - Confessions of Shopaholic
  4. kenapa korang suka sangat cerita tu? - Watak yang jujur... Rebecca Bloomwords
  5. dah kahwin belum? kalau belum, apa umur yang korang rancang nak berkahwin? - belum lagi..32 kot.
  6. pendapat korang mengenai blog korang? - baru bernafas xsampai sebulan tapi oklah dengan jumlah viewers :P *semangat!
  7. pendapat korang mengenai blog fiqa? - comel sangat dan update terkini kpop kaw!
  8. status pekerjaan korang sekarang? - Medic Offshore
  9. apa impian korang? - Buka gym sendiri untuk yang 'mampumilik'.  sumer org boleh bayar
  10. pernah terserempak dengan hantu tak? kalau pernah, ceciter sikit. hehe - tak lagi
  11. pengalaman pahit dan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang korang berblogging? - newbie lagi



Terima Kasih

Adamhealth : Penggunaan Steroids Injection untuk membentuk otot Part 2



Okey entri kali ni sambungan Steroids Injection Part 1 pasal introduction anabolic steroids dan satu contoh yang famous untuk cutting. Next ;

Deca Durabulin - untuk add lean muscle (toing..toing....musclenyer..mcm spring dan ketul2..heheh)

Kesan sampingan paling ketara, penghasilan hormon testosterone semulajadi akan dikurangkan, dada akan membesar.. istilah dia gynaecomastia (macam breast perempuan) dan pengecutan testis. Tanda amaran perlu dihentikan bila mulanya ada cirit-birit, loya muntah dan insomnia (susah nak tidur...). So stoplah segera ya...


Dianabol - bukan setakat increase in size dan muscle strength.. paling best boleh maintain muscle walaupun tak workout beberapa hari .. 
(kalau normal lepas pump  muscle tu kembang..esok bagi je kecut kan.. hihiih)

Kesan sampingannya boleh meningkatkan tekanan darah (boleh dapat hypertension) dan juga sebabkan gynaecomastia.

Untuk gunakan steroids ni semua ada regim tertentu (jangkamasa bila nak kena ambil dan sampai tempoh tertentu). Melalui pembacaan dari google saja tidak cukup untuk membolehkan kita gunakan sesuka hati. (maaf ya..saya tak beri regim kat sini.... nanti macam menggalakkan lah pulak...). Kesan steroids ni berbeza mengikut individu...

Semoga dapat membantu anda!

Sekadar berkongsi.

p/s : tablet atau injection sama saja kesan sampingannya. berhati-hati ok. Ada banyak lagi contoh steroids.. tapi saya jelaskan antara yang biasa digunakan.


Terima Kasih

17 May 2014

Adamhealth : Penggunaan Steroids Injection untuk membentuk otot Part 1


Sudah terbiasa dengan pertanyaan tentang steroids injection tiap kali melakukan cardio di gym (kacau seh..orang tengah lari-lari hamster nih!) Pertanyaan-pertanyaan yang mulanya merimaskan, lama-lama saya ambil sebagai satu platform untuk membantu rakan-rakan di gym. Saya cuma salurkan maklumat dan terpulang kepada mereka untuk ambil atau tidak. Sebagai pengamal perubatan bertauliah, rasanya agak kejam kalau saya diamkan diri bila ditanya, walhal saya tau tentang perkara tu. Betul kan...?

Kalau dulu yang gunakan injection steroids ni orang yang hardcore, tapi sekarang ni yang baru sebulan dua workout pun dah susah payah nak cari sumber steroids untuk dapat hasil express yang diidamkan. Hadoi...dik..silap langkah, padah menantimu.... (gituuuu... hihhihi). 

Apa yang menyeramkan, ramai juga yang berani suntik kawan2 tanpa tau lokasi dan teknik suntikan sebenar. (bahaya tau kalau tersilap cucuk.... boleh lumpuh bahagian tertentu anggota tau! ...tak pun otot yang dicucuk mengeras ..lagi keras dari tumit kaki kaw! hehehe...)



Ok, sedikit introduction tentang steroids yang biasa digunakan oleh mereka2 sama ada ditauliahkan atau tak.. heheheh....

Apa tu Anabolic Steroids?

Sejenis hormon synthetic (tiruan) testosterone (hormon seks semulajadi manusia.. body kita kaan produce setiap hari cuma jumlahnya tidaklah banyak, bergantung keperluan semasa badan). Biasanya digunakan athlete untuk membantu kekuatan dan mass otot (jisim atau... tak pasti perkataan sesuai :P)  sekaligus meningkatkan endurance, power dan speed otot.

Haaa... jelas tak? Itulah maknanya kalau orang sebut anabolic steroids, saya rasa cukuplah untuk pemahaman orang biasa .

Saya bagi satu dulu contoh yang popular...

Winstrol @ Stanozolol - digunakan semasa fasa cutting

Kemungkinan side effects ,  hair-loss dan jerawat ( kulit berbintik-bintik dulu macam ruam tapi lama kelamaan jadi jerawat... ala2 jerawat batu seketul dua...besar pun ada kadang-kadang! Tak macam jerawat biasa... luar biasa).

Kesan yang bahaya ialah hormon ni boleh meningkatkan LDL Cholesterol (boleh rujuk kat sini LDL & HDL ), Liver Toxicity (Keadaan hati bertoksik.. selalunya orang yang minum alcohol kena penyakit ni..) , Testicular Atrophy (Pengecutan Testis @ Zakar.. boleg google macam mana rupanya atrophy testicular itew yer....)

p/s : tunggu entri selanjutnya nanti ya. Masa agak terhad :D

click sini untuk entri seterusnya Part 2


Terima Kasih

AdamTips : Gantikan susu protein mass atau whey dengan protein semulajadi



Semua orang tahu sumber protein yang baik ada banyak dalam makanan harian. Tapi utuk pengunjung gym tegar yang nak bina otot ketul2 akan disogok dengan minuman protein dari pelbagai jenis jenama antarabangsa. Walaupun dalam makanan harian ada banyak kandungan protein, adakala cara memasak atau faktor tertentu boleh mengurangkan jumlah protein yang ada. Saya bukanlah orang yang gigih nak jadi bodybuilder ketul sana sini..tapi cukuplah untuk fitness dan bagi nampak mantap sikit untuk keyakinan diri :P

Saya memang teringin nak minum susu protein (baik mass atau whey..) tapi saya ada lactose intolerance.. jadi xboleh minum, kalau minum apa2 product minuman susu memang akan muntah dan pening. Jalan terbaik saya ambil protein natural dari beberapa biji putih telur dan ayam. Telur putih tiada saturated fat dan cholesterol free, jadi ini sumber protein terbaik mereka yang ada High Cholesterol!

Memang berbeza hasilnya kalau nak dibandingkan dengan minuman protein susu. Kalau diperhatikan.... orang yang minum susu protein, lepas minum dan workout sikit je ototnya jadi gebu dan bersinar-sinar.. wow!!! Tapi cuba kalau kehabisan stock susu protein? sure cuma nampak mcm biasa2 je ototnyer.. lepas tu jadi kecut... hihihi.. jadi yg terbaik kita campurkanlah protein synthetic dengan natural protein..ikut kemampuan lah ya!(Saya pilih natural.. :D)

Bagi saya yang penting bukan otot mantap express, tapi otot yang boleh maintain, segar dan sihat. Biarpun ambil masa untuk hasilnya. Untuk jangkamasa panjang bagi yang hangat2 je nak bodybuilder (ferfeeling lebih...) , baik fikirkan kos... 

Adakah anda sanggup memperuntukkan RM200-300 sebulan (minimum..) untuk supplement anda? 

Jika sanggup, agak2 berapa lama boleh bertahan dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang? 

( Lainlah jika anda memang memilih untuk jadi bodybuilder selamanya..dan sangat2 berkemampuan.... :D )

Untuk sihat, yang terbaik adalah fitness dan senaman regular yang baik untuk jantung. Miliki badan yang tegap berotot berurat segala... memang impian lelaki... tapi apa gunanya jika mendapat komplikasi akibat penggunaan steroid dan macam2 supplement illegal atau tanpa nasihat pakar perubatan (melalui google saja.. ramai yang mcm ni terutama muda remaja...). Saya ke gym untuk fitness iaitu untuk kesihatan jantung dan membentuk otot yang lebih mantap tanpa memasukkan apa2 bahan yang boleh mudaratkan tubuh. Anda bagaimana? 

Tepuk dada tanya selera!


p/s : mungkin entri seterusnya ada info untuk mereka yang berjinak-jinak guna steroids injection atau yang dah tegar :D




Gambar sekadar hiasan :P















Terima Kasih

16 May 2014

Adamstory : Peluang kerja di Offshore


Ramai yang tak tau ada banyak jawatan kosong untuk position-position tertentu kat Offshore. Cuma sanggup dengan xsangguplah menghuni laut selama beberapa bulan... hihihi.....

Untuk sesiapa yang berminat boleh lah apply dengan hati yang tulus....


p/s : Offshore tu bukan plantar minyak saja ya.. ada banyak tempat... laut dalam..laut luar..kapal..boat segala.. hehe....so sebelum nak keje sini kena google dulu pengalaman offshoreman gituhh :P


Terima Kasih

AdamTips : Tips hilangkan bau badan !



Bau badan??? hihihi.... hidung2 anda mesti sensitif kan kalau terbau something yang kurang lazat dari sesiapa. Kadang2 dah mandi kerap dgn pakai deodorant berkilo pun still ada bau badan. Bau badan kita ni boleh juga datang dari apa yang kita makan setiap hari. (makanan berbau macam petai..bawang putih dan lain-lainlah....). Kalau kita obes lagi senang berbau sebab byk pelipat yg jd lokasi menyoroks bacteria itew...

Entri kali ni just nak share petua yang saya amalkan dah lama juga.. memang berkesan dan jadi amalan. Sebab xmelibatkan kos mahal dan mudah. Mandi memang wajiblah ..

Seminggu sekali saya akan makan sebiji lemon. Makan dengan kulit sekali yer... mula2 memang pahit tapi xsepahit limau kasturi. Effect dia memang cepat... lepas makan sebiji... nanti bau badan akan kurang dan lama-kelamaan bau badan kita akan jadi luar biasa. (jadi ala2 tak berbau dan sedap yer.. heheheh). Saya makan sikit2 sampailah habis sebiji tu..., kalau xdpt seminggu sekali sy makan 2 minggu sekali.. kalau xpun..time order ice lemon tea... makan sekali dgn lemon hiasan tuh.. haa...


Jangan makan time perut kosong.. sebab asid kan..pedih pulak perut nt.. Yang best kan.. kalau berpeluh pun xberbau.. hehehehe... jom  beribu...ribuuuuu lemon!

Sekadar berkongsi!

p/s : petua ni saya dapat dr kawan yang obes.. tapi dia xbau seh....hhihihih...


Terima Kasih

15 May 2014

Adamstory : Peluang Pelaburan Saham Wakaf


Masa saya window shopping ala2 Zain Saidin dgn Che Ta bulan lepas kat shopping complex tetiba saya disapa seorang lelaki dengan pakaian semi formal sebuah bank 'Sotong' bukan bank Kipas. heheheheh..... Kena promote buat pinjaman untuk melabur di Amanah Saham Bumiputera. Hmmm... dah lama kan sebenarnya anda dengar pinjaman macam ni ditawarkan ? Ha.... saya cuma senyum sebab belum yakin dengan komitmen akan datang masa tu.


Haaa...yang saya nak kongsi ni pasal saham juga...namanya Saham Wakaf.. Kiranya Saham akhirat lah ni... Muda2 ni memang sesuai biasakan diri dengan benda mcam ni kan sebab xmahal mana... kadar seunit cuma RM10.. (top up kita lagi mahal kot..mau2 RM30 kan... dengan langgan data mobile segala..) Bukan apa, selain dari bersedekah mungkin ni juga satu cara yang bolehkan kita terus dapat pahala dalam xsedar... sehinggalah kita meninggal nanti. Jinak-jinakkan diri slow-slow.... nanti terbiasalah..insha allah :D


Nak tau lebih lanjut boleh click sini Saham Wakaf.

Setakat ni yang saya tau Lembaga Zakat Selangor ada anjurkan. Negeri lain xpastilah pula (nanti kita google okey!). Banyak kelebihannya dalam xsedar...cuma nak mula melabur kena register kat kaunter lah pulak.. hihihi..xpelah sekali sekala kan.. kalau ada masa trylah..

Resit jangan lupa simpan..boleh dapat pengecualian cukai LHDN nanti. (ya lah..dari bayar cukai baik wakafkan atau dizakatkan..betul x?)

Tepuk dada tanya iman :D

Sekadar berkongsi.

p/s: Lepas ada satu unit...mesti dada rasa lapang ...hihih..sekurang-kurangnya adalah benda baik yang ditinggalkan untuk selamanya..


Terima Kasih

Adamstory : Happy Teachers Day !!





Teringat masa mula-mula dapat hadiah Hari Guru pada tahun 2010.. rasa macam lawak je.. hhihihii.. maklumlah..ingatkan mengajar di kolej x celebrate.. Rupanya... hadoyai...siap ada event segala! kenangan yg manis sangat-sangat... syg student ketat2!!!

Kita wajar hargai mereka ..( masa time sekolah saya ada bagi bunga rose kat cikgu tersayang.. pastu cikgu2 berbaris.. cikgu paling best smp student tolong bawakkan bunga & hadiah.. kalau yg xbest dpt satu atau dua je hadiah.. hehehheehe..kesian .. bluerkk... heheheh..:P)

Untuk semua guru-guru kalau ada yg terbaca entri ni...Happy Teachers Day!!! Oh ya..sebelum terlupa.. saya ada beberapa rakan yang bertugas sbg guru dan pensyarah.;

Cikgu Asfi Anuar, Cikgu Dean Coral...Cikgu Fadhil...Cikgu Shahir... Cikgu Ako Seri
Sir Eddy, Sir Saifuddin, Sir Fazrul, Sir Asrul, Sir Hafiz, Sir Rani.. Miss Lim.. Sir Sinivasan dan ramai lagilah..

Kalian adalah antara yg terbaik!




Terima Kasih

Adamstory : Giveaway by FiQa Nsz MELETOP!


Ini adalah entri pertama giveaway dalam blog saya. Buat masa ni belum lagi untuk anjuran saya sendiri tapi saya menyokong penuh giveaway dari blogger FiQa Nsz. Untuk anda yang inginkan hadiah menarik..terutama yang minta kpop! boleh lah click entri ni ya;

http://fiqansz.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

Banyak hadiah menarik menanti anda! Insha Allah suatu masa nanti saya akan muncul dengan giveaway untuk semua pembaca blog ni. Terima kasih untuk sokongan!!!



Terima Kasih

14 May 2014

Adamstory : Kisah RM50 dan puasa mak abah


Entah kenapa hari ni saya terpandang note RM50.00 dalam wallet yg jatuh masa kemas luggage...

Tetiba hati berbisik;
kalau bukan kerana mak abah dulu berpuasa tiap kali anak-anaknya nak exam, belum tentu saya miliki apa yang ada sekarang.. 

Biarpun sudah berbelasan tahun semua berlalu, masih segar dalam ingatan....

'mak.. kenapa mak tak brekafast?' saya tanya mak sambil makan roti bakar dgn telor separuh masak yg mak sediakan.

'makanlah dulu... mak puasa hari ni dgn abah,'

'Puasa ape mak?' saya terus asak mak dengan soalan macam biasa.(kecik2 dah kecoh kan...?)

''minggu depan kan Kamal nak exam, jadi mak abah puasa..supaya dimudahkan jawab exam nanti,' jawab mak sambil mengemas dapur.

'kalau Adam exam, mak puasa jugak kan? penat seh jadi mak kena puasa je.. heheheh..' terus saya habiskan makanan dan cium tangan mak sebelum ke sekolah. Skrg rasanya seloroh saya masa tu, kurang asam sangat kan... tapi mak cuma senyum. Mungkin masa tu mak tak marah sebab mak tau suatu masa saya sendiri akan sedar.

Ya....betul semua tu..

Rasa syukur dipanjat bila tengok abang kamal.. kakak..dan abg wan masing2 berjaya dalam karier dan liga tersendiri. Saya antara adik beradik yg membesar lama depan mak abah, maklumlah abang2 dan kakak duduk hostel.... Tiap kali anak-anak nak exam atau interview apa2 mesti mak abah akan berpuasa. Dengan berpuasa doa kita akan lebih didengar ketika itu. Lebih2 lagi aras doa mereka berdua punya magis tersendiri.

Terima kasih mak abah...

Sama2 kita menghargai ibubapa. dengan kasih syg dan segala yg termampu. Esok lusa belum tentu ada peluang lagi... Kejauhan ini mengajar saya untuk menghargai dan menjaga kata-kata tiap kali dapat hubungi mereka di telefon.. Semoga ibubapa kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik.. aminn..

Wallet ni adalah hadiah daripada ex-student semasa saya mengajar dulu... masih ada pic mereka..



Terima Kasih

Adamhealth : Katakan shuuhhhhhhhhhh kepada selulit!



Selulit ataupun nama glamour nyer... 'orange peel' memang xdapat dielakkan untuk orang yang diet. Benda alah ni boleh disebabkan penurunan berat badan mendadak dan senaman yang x consistent. Lokasi-lokasi pilihan selulit biasanya di lengan dekat ketiak.. celah peha.. betis.. punggung dan perut (tempat lain ada juga tapi jarang kan.....)

Lelaki atau perempuan memang tak terkecuali tapi paling obvious memanglah perempuan kan.. Ada tips yang saya nak kongsikan dengan anda kat luar sana mcm mana saya atasi masalah kulit limau ni,....





1. Elakkan diet drastic keterlaluan sebab badan akan hilang banyak air.. bukannya lemak.. kulit pun jadi kendur. (hadoii..... seram yer menggelebeh..macam gelemair... kalau naik motor nampak mcm agar2.. hehehe...)

2. Sambil diet , senaman cardio sangat wajib. Lepas senaman cardio jangan lupa ambil dumbell atau buat regangan otot. (regangan otot kena buat betul2 tau..sampai rasa sengal atau sakit pada bahagian otot yang kita target.. jgn like2 jer...wat penat jew nanti...)

3. Calisthenic sangatlah berkesan untuk bantu menegangkan otot dan kulit pada anggota besar macam peha, punggung dan perut. Tapi tekniknya kena betul. Sampai hari ni pun saya masih bertukar2 sifu untuk buat calisthenic. (sajer.... nak tukar angin...kalau cara yang sama nanti bosan kan..)

Gambar sekadar hiasan....

Cuma 3 ni saja yang diamalkan dan memang jelas, selulit berkurangan.. lagi berusia ...makin banyak selulit kalau kita asyik amalkan diet yoyo (kejap diet habis-habisan mcm musuh gila lah dgn nasik dan minyak.. pastu lepas dua minggu gi balun sebaldi nasi lemak.. hahahah... kejap diet kejap x... xbagus utk jantung yer...).

Kalau ada duit lebih tu nak beli krim2 halia bara segala..terpulanglah... tapi yg memang mujarab ialah senaman regangan otot dan bebanan ala2..sebab otot dan kulit kita akan menegang. Selulit pun hilang.......

p/s : kalau banyak sangat duit leh wat sedut lemak.. ahha.... :P



Terima Kasih

13 May 2014

Adamlicious : Kudapan Peanut Butter Cornflakes



Jam 3 pagi saya merangkak ke dapur ... nak kudap2.. heheheh... Entri kali ni nak bagi recipe kudapan guna cornflakes. Senang jer... tengah malam , pagi buta pun leh wat.. janji kenyang :P

Lama tak ke dapur... tetiba je patient 'mengimarahkan' hospital sehari dua tiga ni.. jadi masanya terhad nak pegang periuk kuali segala,.... (curlass kaw... takkan nak masak sambil pegang jarum kot..!)

























Kudapan Peanut Butter Cornflakes 

1 kotak cornflakes
50gm butter unsalted (dlm 2 sudu je..)
2 sudu peanut butter yg free cholesterol
2 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula pasir

Meltkan butter dgn peanut butter, masukkan madu.. dalam periuk. (saya guna periuk besar supaya dah menjejes masa gaul..) bila berbuih masukkan cornflakes. Tekan2 kacau kerap..pastu masukkan gula pasir last sekali. Api kecil je..sini pakai conductor..saya pusing kat no 4. Kacau lama sikit... supaya crunchy nyer maintain...pastu angkat. siap!!  Xyah bakar dlm oven... masuk dlm bekas...dah sejuk leh tutup.

Saya tak sempat nak tutup dlm bekas... dah ada crew ngepaw.. terbau kuih raya katanya.. haloo??? Rejab yer skrg nih!!! nak xnak kenalah kasi.. ceh!

Ha...benda alah ni kategori kudapan kot sebab bila makan terkudap2.. ehhehe.. leh lah gantikan snack yg byk ajinomoto cap mangkuk tuh...

p/s : rasanya manis masin lemak merdu..... non-stop yer klu da makan.. bila habis tuduh org lain makan .. hehehe


Terima Kasih

Adamstory : Shopping Raya 2014










































Blogging ni sekadar hobby kat tengah laut... tapi rasanya macam makin best pula. Banyak ruang dan peluang dalam segenap segi terbentang.. Kali ni, terpandang satu program sukarelawan oleh blogger HH.

Nama program ni 'Shopping Raya 2014'. Menarik sebab dilestarikan oleh blogger (hamek kaw ayat..lestari segala!! hahaah). Objektif dia boleh click link ni ya:

http://www.hasrulhassan.com/2014/05/shopping-raya-2014-program-kebajikan.html


Anda boleh menaja seorang kanak-kanak dengan nilai RM195 (kurang pun xapa..lebih lagi dialu-alukan...) untuk tujuan shopping persiapan raya. Anak yatim dr rumah kebajikan berdaftar.  Cara nak wat amal jariah ala2 shopping online gituu... maybank2u.com .. hujung jari sajerrrr.....

Akaun maybank : 564810504003
Nama Persatuan : persatuan Kebajikan Projek IQRA' seMalaysia
Email : info@projekiqra.com
Reference : Shopping raya 2014
Bendaharai project : En. Suhaimi 019 217 5597

Jom semua!!!

p/s: awal lagi ni....belum Ramadan.. mesti ada duit lebih2 utk disedekahkan betul tak? jom! hihihih


Terima Kasih

12 May 2014

AdamTips : Tips Kulit sihat dan bersih semulajadi



Entri kali ni, saya nak kongsi tentang apa yang saya suka makan tiap hari. Mungkin juga anda makan tapi dalam xsedar...tak perasa pula beri kebaikan secara langsung kat kulit kita. Maklumlah..nak sapu2 lotion memanglah xberminat sangat.. nak2 satu badan.. makan saja sudah.. hehehe... Jom!


1. Almonds - Salah satu sumber vitamin E yang sangat penting, boleh campur dalam minuman atau makanan ok! (Please say goodbye to kacang tanah yer... heheh)






2.  Carrots - kunyahlah carrots yang banyak kandungan beta-carotine dan converte kepada vitamin A dalam tubuh. Ia membantu memperbaiki sel tisu kulit.





3. Pasta - tinggi dengan mineral selenium yang penting untuk kulit lebih elastic dan lebih sihat secara menyeluruh. Makanlah apa jenis pasta atau roti ya!.






4. Tentu-tentulah Broccoli.. - Kaya dgn vitamin C & E untuk aids collagen production dan maintain kulit sihat dan juga cell membrane kulit dari kerosakan akibat UV. (gigih makan hari2 :P)


p/s : Nak kesan pada kulit bukan makan sehari dua ya..tapi amalkanlah setiap hari atau sekerap yang boleh. Siapa lagi nak jaga diri kita kalau bukan diri sendiri..betul tak?


Terima Kasih

Adamstory : Rawatan hospital dan perubatan di tengah laut?


Gempak tak tajuk entri? heheheh.... gitulah gamaknyer..





Seronok memanglah seronok bila bertugas di tengah lautan untuk merawat pesakit. Karenah pesakit adakala sukar dijangka terutama bila melibatkan kelemahan emosi (kerinduan melampau kat family dan orang tersayang.... jangan tak percaya ya..ada yang sanggup terjun laut sebab tak dapat menahan rindu..).

Jarak lebih kurang 12 jam dari daratan untuk sampai ke lokasi hospital ni bukanlah dugaan besar (konon..padahal muntah ya amat,.,.seasick segala masa sampai!!) Bila mengingatkan orang tersayang, inilah harga yang perlu dibayar bila memilih kerjaya di tengah kebiruan.

Setting hospital lebih kurang sama dengan yang biasa kita lihat di darat cuma mungkin lebih 'mini'. Dengan keupayaan merawat 300 orang pesakit sehari... cukuplah dengan adanya saya bertugas setiap 12jam bertukar shift dengan partner.

Sebagai Medic.. persediaan psikologi mestilah kuat sebelum nak merawat pesakit. Maklumlah... bukan sebab berbilang bangsa dan negara..tapi disebabkan diri sendiri perlu kekuatan dalaman untuk menjalani 60 hari berterusan dalam keadaan bergoyang (kalau bad weather..alahai.... mcm dalam blender machine pun ada.. heheheh). Ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan dibekalkan setiap bulan dengan helicopter atau boat. (jadi xdelah masalah kehabisan stock ubat... zaman dah canggih... boleh online tu!)

Bila berhadapan keadaan berterusan begini, keikhlasan dan saling hormat menghormati akan menjadikan suasana kerja dan persekitaran jadi menyeronokkan. Apatah lagi bila terbiasa bantu membantu antara satu sama lain. Setiap wajah yang memilih kerjaya di sini..biar apa pun position..tetap menyimpan kisah tersendiri.

Berada di tengah lautan... meningkatkan rasa syukur yang lebih tinggi.. menyedarkan betapa kerdilnya diri ini.. Syukur Alhamdulilah...


Terima Kasih

11 May 2014

AdamTips : Tips hilangkan hitam celah peha



Celah peha anda hitam & gelap ? ehhehehee.... Saya ada petua yang boleh diamalkan untuk bantu mengurangkan kegelapan atau kehitaman pada celah peha. Bukan hanya perempuan perlu jaga...lelaki pun sama. Bukan apa..lebih keyakinan diri.. (kalau yang competition untuk bodybuilder... sure leh nampak hitam2 tu..hihihh..) 



Scrub Orange & Madu

Parut kulit oren sebiji atau dua biji (tengoklah besar mana peha tu.. hhahah..), satu biji kulit diparut campur dengan sesudu madu.(nisbahnya mcm tu ler..) Buatlah lebih boleh simpan dalam peti ais, nak guna senang.

Kulit oren kaya dengan Vitamin C dan bahan bleaching dan madu pula baik untuk kesihatan kulit.


Scrub Lemon, Oat & Madu

Parutkan kulit lemon sebiji dan campur oat 2 sudu, madu dua sudu. (lebih kuranglah..) Biarkan sekejap baru digunakan sebagai scrub.

Lemon agent bleaching dan vitamin c, oat pula agent exfoliating yang baik.





Dua campuran scrub ni, boleh digunakan 2-3 kali seminggu.. hasilnya bergantung kepada cara anda menggunakan.

Sental kat bahagian peha dalam 3 minit dan biarkanlah dalam 5 minit sampai bahan2 ni meresap.

Kalau tanya saya, ia memang berkesan!!! kalau tak hilang semua mesti ada berkurangan warna gelap tu...Dua pilihan scrub ni memang antara yang terbaik. Saya tak guna kunyit sebab xsuka... hehe.. orange dgn lemon baru feeling2 fresh.. ehhe

p/s : gambar ehsan google


Terima Kasih

Adamstory : Nasib lepasan Diploma dalam Sains Bersekutu dari kolej swasta


Baru saja dapat chat dengan ex-student... aduhai.... memang xdapat buat apa melainkan mendengar luhannya. Tamat saja kursus selang beberapa bulan surat hutang dari PTPTN pun sampai...sedangkan belum ada kerjaya tetap. Komitmen hidup pun mula datang satu persatu.. nak bayar itu ini....

Bila flashback semula semasa nak terima tawaran belajar... rupanya dijanjikan jaminan kerja secara verbal oleh pihak promoter college. Bukan itu saja macam2 kemudahan dan kelebihan ditabur. Kesiannya, bila tamat kursus pihak terlibat diamkan diri.. seolah xada usaha untuk membantu memberi ruang peluang pekerjaan kepadanya. Sabarlah ya... (seriously... sangat2 sedih dengan nasib ex student...nak tudingkan jari pun.. tak membawa makna dan perubahan..)

Kalau mengharap peluang jawatan dalam kerajaan, entah bilalah nak dapatnya.. persaingan ramai.. (walaupun cuma 5 kolej dan university ada program yang sama..) bila dah setahun berlalu..masih tak nampak tanda2 akan dapat kerja gov..saya cadangkan supaya mulakan kerjaya di mana-mana hospital atau klinik swasta. At least selang beberapa tempoh, alasan 'tiada pengalaman' dah lupus. Mudahlah nak minta kerja yang sesuai dan selayaknya.

Scroll Diploma dan license perubatan anda sangat bernilai... cuma keadaan semasa dan peluang belum menyebelahi.

Buangkan pemikiran anda tentang 'kerjaya terbaik hanya di gov'. Benar.. kerja dalam gov memang tempat terbaik utk dapat banyak benefits tapi pijaklah di bumi nyata.. rezeki anda belum tertulis di situ. Tak dapat offer gov bukan bermakna kerjaya dan impian anda tamat. Ramai yang berjaya di private sector.

Memang kerjaya dalam Sains Bersekutu (Medical Assistant, Nurse, Physiotherapist dll .... banyak ....) menjamin masa depan tapi dengan keadaan semasa, lambakan kolej swasta menjadikan kuantiti lebih byk dr kualiti. Majikan pula berhati-hati memilih pekerja. Bukan apa.. kerja melibatkan nyawa... Jadi kalau dapat peluang kerja dengan beza gaji seratus dua ratus, elok terima dulu. Jadikan platform untuk lebih berjaya. Setiap tempat yang kita kerja adalah sarang ilmu untuk kita explore dan kutip sebanyaknya... jangan ikut sangat kehendak hati dengan membeza-bezakan nasib orang lain yang lebih baik.. Inilah realiti kehidupan.. langkah anda baru bermula..



Tuhan itu adil, dengan usaha, kesabaran dan doa... ada sesuatu yang baik menanti. Jangan penat mencari peluang dan bila dapat peluang, manfaatkan dengan sepenuhnya. Jauhkan hasad dengki... dan iri hati dengan rezeki kawan2 lain ya! Jika ada peluang rezeki untuk dikongsi..sebar2kanlah.... membuka peluang kepada orang lain akan meluaskan lagi rezeki kita...

Insha Allah.


Terima Kasih

Adamhealth : Makanan yang mengandungi banyak HDL - cholesterol baik



Sibuk melayan pesakit di klinik... walaupun 'meriah' tetap tak sama jumlah pesakit jika di klinik darat. Feeling merawat pun lain....maklumlah tengah lautan biru .. adakala dibuai gelombang ombak kuat.. dengan ubat-ubat ni jatuh ke lantai :P

Okey seperti yang dijanjikan, saya senaraikan juga beberapa makanan yang ada kandungan HDL yang banyak. Boleh baca entri bawah ni jika ingin penerangan lanjut tentang HDL:

http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/05/adamhealth-fahami-konsep-cholesterol.html

Berikut adalah senarainya ya :


1. Minyak - minyak canola, minyak kacang dan olive oil.


2. Cold water fish macam mackerel, salmon , sardin ada banyak omega3-fatty acid yang boleh meningkatkan paras HDL.


3. Kacang pistachio tinggi protein, fiber, lemak dan ion. Kandungan antioxidant nya luteine boleh menurunkan LDL (cholesterol jahat) dan meningkatkan HDL anda!

Selain makanan di atas, amalkan gaya hidup sihat seperti senaman berjadual setiap minggu, elakkan merokok dan banyak lagi.

Sekadar berkongsi!


Terima Kasih

10 May 2014

Adamhealth : Fahami konsep Cholesterol






Cholesterol merangkumi 4 perkara iaitu LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein), Triglycerides dan Lp(a) Cholesterol. Maknanya setiap kali ujian darah untuk periksa cholesterol dibuat, empat benda ni akan terpampang atas kertas result tuh....







LDL - Cholesterol jahat yang akan melekat pada dinding salur darah dan sebabkan plaque atau tersumbat.. tu yang boleh dapat stroke!!!


HDL - Cholesterol baik yang akan membawa keluar cholesterol berbahaya dan melindungi jantung.



Triglycerides - Form lemak yang terbentuk dalam badan dan menyebabkan obesiti! (biasanya kalau orang yang Triglycerides tinggi secara automatic LDL - cholesterol jahatnya akan tinggi jugak!!) 
*Pesakit kencing manis dan heart disease biasanya tinggi paras triglycerides.

Lp(a) Cholesterol - merupakan variasi LDL (cholesterol jahat). Paras tingginya akan menunjukkan risiko pengumpulan lemak cholesterol pada dinding salur darah! (maknanya... kalau tinggi Lp(a) ni..salur darah kita dah banyak plaque dan bila2 masa boleh tersumbat!)

Saya harap jelaslah dengan penerangan ala kadar ni. Sekadar untuk faham konsep cholesterol.. yer x? Kalau harap nak baca buku medical  tebal-tebal tu belum tentulah fahamnyer... heheheh... Kesimpulannya, keputusan ujian Cholesterol yang bagus ialah apabila HDL kita tinggi dan yang lainnya rendah..   Untuk contoh makanan yang mengandungi LDL, atau HDL tinggi... insha allah saya akan post dalam entri berikutnya!

p/s : kurus xsemestinya sihat... obes tak semestinya sakit..tapi risiko tu haderrr.... :P

boleh click sini untuk entri makanan tinggi HDL :D

http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/05/adamhealth-makanan-yang-mengandungi.html





Terima Kasih

09 May 2014

Adamlicious : Diet Siakap Hot & Spicy Soup


Hai semua.... protein ikan memang baik untuk tubuh kita. Jangan takut untuk makan ikan (kecuali deep fried ler...utk yang diet!). Ikan tidak menggemukkan...tapi ada satu ikan yang xbagus untuk orang ada gout iaitu ikan tongkol... hati2 ya kalau makan..jgn banyak sangat! Pilih lah ikan lain ...(banyak lagi..ikan muka sebelah.. ikan puyu... ikan haruan.. anak ikan segala...) Entri ni untuk menu berasaskan protein ikan yer... Selamat mencuba!!

Siakap Hot & Spicy Soup



























Bahan tumisan :

4 ulas garlic + 1 biji bawang merah
cili padi beberapa batang ikut suka (kalau xsuka pedas ganti dgn lada merah la...)
semua ni diblend halus, 

2 batang serai diketuk (ketuk guna lesung batu lah sedap!)
serbuk kunyit 1/4 sudu kecil (like2 je...utk bau like2 jugak.. )
olive oil secukupnya

Seekor ikan siakap (dipotong)
4 biji terung
Daun ketumbar (potong kasar)

Tumis semua bahan kat atas dengan api sederhana sampai naik baunyer... Tutup api, toskan minyak berlebihan. Masukkan air untuk kuah. Hidupkan api semula. Bila mendidih lama masukkan terung (kat sini guna terung Sarawak..rasanya masam sikit), bila dah lembut baru masukkan ikan siakap. Last sekali masukkan garam iodin dan serbuk perasa kalau suka. Opps... daun ketumbar jangan lupa..tutup api masukkan terus. Siap!


























Kalau tengah diet, badan memang perlukan banyak air.. jadi kuah soup ni boleh jd sumber air tambahan untuk badan kita.

p/s: diet sederhana biasanya ada hasil berpanjangan dibandingkan diet drastic...xlama sure nafsu makan datang membaham! aumm...!!! seeloknya besederhana semasa diet.. Insha allah... boleh fit nanti!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati