22 May 2014

AdamChoice : Saloon PILIHAN - Monsoon-ID



Bagi anda yang tercari-cari salon dengan service sangat memuaskan (termasuklah layanan, harga dan creativity potongan rambut....), saya cadangkan sepenuhnya berkunjung ke salon Monsoon-ID. Semalam saya mendapatkan service hair wash, cut & blower (rambut pendek saya dah macam sarang tebuan akibat 59 hari tidak berpotong.....).

Apa yang menarik, dari awal saya muncul di pintu masuk seawal 10.40am, terus disapa mesra dan dilayan sebaiknya. Bukan tidak pernah mendapat layanan begini di salon lain tapi saya kira pihak salon sangat sensitif dengan keadaan semasa saya (saya datang dengan bonda yang buta dan menaiki wheelchair, abah terus ke Popular..). Seolah faham gusar hati dengan meninggalkan bonda sendirian di hadapan kaunter, bonda saya dialihkan mereka untuk berada disebelah saya sepanjang saya di sana.

Staff juga sangat memahami, tanpa disoal..memandang saya sebagai Melayu Islam, stylist perempuan yang menyambut saya pada mulanya terus mendapatkan khidmat stylist lelaki tanpa perlu request dan lain-lain. Layanan mesra dengan senyuman dan persekitaran tenang..xkedengaran riuh rendah berbual kosong.. Sangat memahami.. Pelawaan minuman.. perbualan dengan stylist, membuatkan saya xperasan masa dah berlalu hampir sejam lebih.

Oh ya, agak murah disini ya, hanya RM50.00 untuk semua ni. (Harga yang wajar dengan service yang sangat memuaskan! yang sangat penting... style rambut buatkan saya di awal 20an :P hehehe...jgn marah aaa..)

Jika anda tercari-cari atau ingin mengubah citarasa, bolehlah berkunjung ya! Click Monsoon ID sini!

Moonson ID, AEON Bukit Tinggi Klang
Hair stylist : Alast Chong


p/s: pertama kali saya memilih saloon ini, selalunya saya setia dengan Saloon Academy *** . lepas ni sure saya datang lagi!



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati