10 May 2014

Adamhealth : Fahami konsep Cholesterol






Cholesterol merangkumi 4 perkara iaitu LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein), Triglycerides dan Lp(a) Cholesterol. Maknanya setiap kali ujian darah untuk periksa cholesterol dibuat, empat benda ni akan terpampang atas kertas result tuh....







LDL - Cholesterol jahat yang akan melekat pada dinding salur darah dan sebabkan plaque atau tersumbat.. tu yang boleh dapat stroke!!!


HDL - Cholesterol baik yang akan membawa keluar cholesterol berbahaya dan melindungi jantung.



Triglycerides - Form lemak yang terbentuk dalam badan dan menyebabkan obesiti! (biasanya kalau orang yang Triglycerides tinggi secara automatic LDL - cholesterol jahatnya akan tinggi jugak!!) 
*Pesakit kencing manis dan heart disease biasanya tinggi paras triglycerides.

Lp(a) Cholesterol - merupakan variasi LDL (cholesterol jahat). Paras tingginya akan menunjukkan risiko pengumpulan lemak cholesterol pada dinding salur darah! (maknanya... kalau tinggi Lp(a) ni..salur darah kita dah banyak plaque dan bila2 masa boleh tersumbat!)

Saya harap jelaslah dengan penerangan ala kadar ni. Sekadar untuk faham konsep cholesterol.. yer x? Kalau harap nak baca buku medical  tebal-tebal tu belum tentulah fahamnyer... heheheh... Kesimpulannya, keputusan ujian Cholesterol yang bagus ialah apabila HDL kita tinggi dan yang lainnya rendah..   Untuk contoh makanan yang mengandungi LDL, atau HDL tinggi... insha allah saya akan post dalam entri berikutnya!

p/s : kurus xsemestinya sihat... obes tak semestinya sakit..tapi risiko tu haderrr.... :P

boleh click sini untuk entri makanan tinggi HDL :D

http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/05/adamhealth-makanan-yang-mengandungi.html





Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati