17 May 2014

AdamTips : Gantikan susu protein mass atau whey dengan protein semulajadi



Semua orang tahu sumber protein yang baik ada banyak dalam makanan harian. Tapi utuk pengunjung gym tegar yang nak bina otot ketul2 akan disogok dengan minuman protein dari pelbagai jenis jenama antarabangsa. Walaupun dalam makanan harian ada banyak kandungan protein, adakala cara memasak atau faktor tertentu boleh mengurangkan jumlah protein yang ada. Saya bukanlah orang yang gigih nak jadi bodybuilder ketul sana sini..tapi cukuplah untuk fitness dan bagi nampak mantap sikit untuk keyakinan diri :P

Saya memang teringin nak minum susu protein (baik mass atau whey..) tapi saya ada lactose intolerance.. jadi xboleh minum, kalau minum apa2 product minuman susu memang akan muntah dan pening. Jalan terbaik saya ambil protein natural dari beberapa biji putih telur dan ayam. Telur putih tiada saturated fat dan cholesterol free, jadi ini sumber protein terbaik mereka yang ada High Cholesterol!

Memang berbeza hasilnya kalau nak dibandingkan dengan minuman protein susu. Kalau diperhatikan.... orang yang minum susu protein, lepas minum dan workout sikit je ototnya jadi gebu dan bersinar-sinar.. wow!!! Tapi cuba kalau kehabisan stock susu protein? sure cuma nampak mcm biasa2 je ototnyer.. lepas tu jadi kecut... hihihi.. jadi yg terbaik kita campurkanlah protein synthetic dengan natural protein..ikut kemampuan lah ya!(Saya pilih natural.. :D)

Bagi saya yang penting bukan otot mantap express, tapi otot yang boleh maintain, segar dan sihat. Biarpun ambil masa untuk hasilnya. Untuk jangkamasa panjang bagi yang hangat2 je nak bodybuilder (ferfeeling lebih...) , baik fikirkan kos... 

Adakah anda sanggup memperuntukkan RM200-300 sebulan (minimum..) untuk supplement anda? 

Jika sanggup, agak2 berapa lama boleh bertahan dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang? 

( Lainlah jika anda memang memilih untuk jadi bodybuilder selamanya..dan sangat2 berkemampuan.... :D )

Untuk sihat, yang terbaik adalah fitness dan senaman regular yang baik untuk jantung. Miliki badan yang tegap berotot berurat segala... memang impian lelaki... tapi apa gunanya jika mendapat komplikasi akibat penggunaan steroid dan macam2 supplement illegal atau tanpa nasihat pakar perubatan (melalui google saja.. ramai yang mcm ni terutama muda remaja...). Saya ke gym untuk fitness iaitu untuk kesihatan jantung dan membentuk otot yang lebih mantap tanpa memasukkan apa2 bahan yang boleh mudaratkan tubuh. Anda bagaimana? 

Tepuk dada tanya selera!


p/s : mungkin entri seterusnya ada info untuk mereka yang berjinak-jinak guna steroids injection atau yang dah tegar :D




Gambar sekadar hiasan :P















Terima Kasih

1 comment:

Si Tracey said...

hai there MR Tagap :) Tag awak dalam entri ni

http://sitracey.blogspot.com/2014/05/liebster-award-3.html

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati