06 May 2014

Adamhealth : Kurma dan Ramadhan

Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum tibanya Ramadhan. Tak dinafikan buah kurma sangat-sangatlah popular bila tibanya musim berpuasa. Mungkin ada di antara kita yang masih samar-samar dengan kebaikan buah kurma atau nama saintifiknya Phoenix Dactylifera. Saya ada mencuba resepi gunakan kurma untuk kanak-kanak (dewasa pun suke kot.....). Insha allah , entri selepas ni saya akan upload.


Jom kita tengok kebaikan dates @ kurma !

1. Manisnya kurma  adalah disebabkan kandungan simple sugar seperti dextrose dan fructrose - boleh bekalkan tenaga ekspress mcm bus express tu! 

2. Diperkaya dengan dietry fiber, khasiat fiber yang xperlu disebut lagi!

3. Bahan antioxidants khas yang dipanggil Tannins - efektif sebagai agen anti-inflammatory, anti-haemorrhagic (elak pendarahan) dan anti infective.

4. Antioxidant flavonoids seperti  ß-carotene, luteine dan zea-xanthin melindungi sel dan struktur badan lain dari kesan oksigen radikal berbahaya. Pencegahan cancer pada organ penghadaman boleh dielakkan.

5. Kandungan potassium yang banyak akan memberi kesan baik kepada denyut nadi dan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko penyakit koronari (jantung!)

Semoga kita mendapat manfaat ya!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati