07 May 2014

AdamTips : Pucuk daun jambu & cirit-birit

Cirit-biri atau diarrhea memang azab lah kalau kena. Ada banyak faktor boleh sebabkan kita keluar masuk toilet. Pesanan saya, kalau kena cirit-birit jangan terlalu cemas. Ambil langkah bijak berikut:

1. Bila cirit-birit , badan kita akan kehilangan cecair badan termasuklah air.. jadi minum air masak lebih dari biasa dan banyakkan makan makanan berasaskan soup, sebolehnya bukan yang instant (nanti bahan pengawet dan perasa nya jadikan cirit-birit lagi teruk pulak!). Soup tu pun jangan yang berminyak sangat yer.. baik sebagai punca air dlm badan (nak gogok mineral 1.5liter tu memang azab kan,..so variaskanlah cara pengambilan cecair). 

2. Jangan tergesa-gesa ambil ubat tahan berak!! Kenapa....? Dalam rawatan pun saya memang xamalkan beri ubat tahan berak untuk pesakit. Konsep cirit-birit ialah berlaku apabila terdapat jangkitan dalam usus atau salur penghadaman. Berak2 tu cara semulajadi badan bertindakbalas untuk mengeluarkan kuman-kuman dan kotoran yg berkaitan dengan jangkitan tu. Kalau kita makan ubat stop berak awal2... berak memang berhenti tapi kuman2 dlm usus kita tu still ada dan merayap bebas ke bahagian tubuh lain (tulah nanti jadi hal macam2.. bisul lah... masalah kulit lah.. sakit itu ini.. macam2 lah..) 

3. Kalau nak makan ubat, makan ubat untuk hilangkan symptom sakit perut dan minum air garam saja (ORS). Rehatkan perut dari segala makanan berminyak, makanan minuman berasaskan susu..pedas dan berempah.. makanan pepejal mcm daging pun nanti dulu...(bagi ler rehat jap perut tu....) makanlah yang lembut2 je yer,., air gas jangan minum dulu ya!

4. Pastikan kerap mencuci tangan semasa cirit-birit. Selain personal hygiene, ia dapat mengelakkan kita spread kuman melalui sentuhan pada makanan atau tempat2 yang biasa disentuh oleh orang lain. (Mungkin juga anda kena cirit-birit sebab makan tak cuci tangan...kuman pun berlumba-lumba masuk dlm makanan anda... ehhehehe... sedap kan!)

Diarrhea biasanya boleh berlarutan sehingga beberapa hari dan betul2 pulih adakala sampai 2 minggu (bergantung kepada badan anda dan puncanya...selagi xelak punca berak2 lah terus yer....). Kalau anda cirit-birit sampai terlalu lemah dan xselera makan.. teruslah ke hospital. Jangan tunggu lagi!.(lebih2 lagi kalau ada muntah dan demam.. jaga2 ya!)

PETUA MAK KITA!!!


Ambil pucuk daun jambu (jambu yg keras tu,,..kaler hijau bulat), cuci bersih2... makan sikit ala2 ulam cecah dengan garam (kelat sangat rasanya... jangan konon2 terkejut lak!). Masa kecil2 mak suruh makan...memang diarrhea berhenti. (kalau logicnya... pucuk tu kan berserat... jadi konsepnya mungkin serat tu akan berjalan dalam usus dan kuman2 sumer melekat dan diberakkan semula.. heheh.. agaknyer ler...). Nama pun petua.... tepuk dada tanya selera! (ferfeeling nak try recipe guna pucuk jambu... hehehe.... )



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati