26 May 2014

Adamhealth : Sakit Kepala dan Anda?


Setiap hari kes sakit kepala antara yang banyak dan kerap diadukan di klinik. Tak kiralah semasa bertugas di klinik kerajaan mahupun di hospital dalam kapal tengah laut. Gambar di bawah ni mungkin dapat membantu anda memahami dengan mudah.



Sinus Headache - biasanya dikaitkan dengan radang pada ruang sinus kita, jenis ni perlukan ubat khas selain dari paracetamol atau ubat tahan sakit lain. Kadang2 disertai dengan selsema dan pedih mata.

Cluster headache - sakit kepala ni menyerang pada waktu pagi , atau semasa tidur sehingga kita boleh terbangun! Berlaku dalam masa agak panjang.. kurang 30minit dengan denyutan semakin kuat. Perlu rawatan lanjut di hospital untuk diketahui puncanya.

Tension Headache - haaa... ni paling famous berlaku, bila terlalu tension atau penat bekerja, mudah untuk kita kena ...lebih-lebih lagi kalau kurang waktu rehat. Rawatannya selain dari ubat tahan sakit, rehat yang cukup dan teknik relaksasi sangat membantu.

Migraine - Berlaku pada bahagian sebelah kepala. Disertai dengan gangguan visual atau penglihatan. Perlu ubat khas untuk rawatannya. Migraine juga adalah diagnosis terakhir pengamal perubatan sekiranya punca sakit kepala tidak diketahui selepas semua ujian penyiasatan dijalankan.

Perlu anda tahu juga, sakit kepala biasanya adalah tanda awal untuk kebanyakkan jenis penyakit. Jadi , kalau dah makan ubat tahan sakit masih xok dan kerap berulang lagi, bolehlah ke klinik dengan kadar segera ok!

Pencegahan adalah terbaik!

p/s : elakkan dari didik tubuh anda dengan ubat tahan sakit terlalu kerap... banyak komplikasi yang tidak baik. Insha Allah say akan kongsikan dalam entri seterusnya.


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati