11 May 2014

AdamTips : Tips hilangkan hitam celah peha



Celah peha anda hitam & gelap ? ehhehehee.... Saya ada petua yang boleh diamalkan untuk bantu mengurangkan kegelapan atau kehitaman pada celah peha. Bukan hanya perempuan perlu jaga...lelaki pun sama. Bukan apa..lebih keyakinan diri.. (kalau yang competition untuk bodybuilder... sure leh nampak hitam2 tu..hihihh..) 



Scrub Orange & Madu

Parut kulit oren sebiji atau dua biji (tengoklah besar mana peha tu.. hhahah..), satu biji kulit diparut campur dengan sesudu madu.(nisbahnya mcm tu ler..) Buatlah lebih boleh simpan dalam peti ais, nak guna senang.

Kulit oren kaya dengan Vitamin C dan bahan bleaching dan madu pula baik untuk kesihatan kulit.


Scrub Lemon, Oat & Madu

Parutkan kulit lemon sebiji dan campur oat 2 sudu, madu dua sudu. (lebih kuranglah..) Biarkan sekejap baru digunakan sebagai scrub.

Lemon agent bleaching dan vitamin c, oat pula agent exfoliating yang baik.





Dua campuran scrub ni, boleh digunakan 2-3 kali seminggu.. hasilnya bergantung kepada cara anda menggunakan.

Sental kat bahagian peha dalam 3 minit dan biarkanlah dalam 5 minit sampai bahan2 ni meresap.

Kalau tanya saya, ia memang berkesan!!! kalau tak hilang semua mesti ada berkurangan warna gelap tu...Dua pilihan scrub ni memang antara yang terbaik. Saya tak guna kunyit sebab xsuka... hehe.. orange dgn lemon baru feeling2 fresh.. ehhe

p/s : gambar ehsan google


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati