01 May 2014

Adamlicious : Diet Salad Ayam Caesar Low-Fat!!





Balik dari gym terus dapat idea nak share resepi untuk orang diet terutamanya yang aktif dan kaki gym! hehehe..... yang tersangatlah penting mesti senang dibuat. (ala2 pejam mata kejap... tadaaa..pling!! magic stick sgt!! Kalah Harry Potter .... )

Menu kali ni nama dia Salad Ayam Caesar, Low-Fat punya okey!! Maklumlah dah penat terkinja-kinja kat gym...sayang pulak nak tambah calorie bebanyak semula..

Salad Ayam CAESAR - Low-Fat
(Hidangan untuk seorang)

First kena buat 'croutons' (baru namanya caesar ada binatang crispy2 nih....).

Tumiskan bawang putih 2 ulas yang dicincang dgn minyak jagung sikit, dah garing sikit baru masukkan roti dan sedikit basil + rosemary. Pastu masukkan 1 keping roti kering atau roti bakar yang dipotong kiub. Letak garam halus sikit. Siap!


Potong lettuce ikut suka (kalau nak tambah salad lain pun boleh..ni budget sket...jgn ikut... :P), kalau pakai daun salad nasi ayam pun boleh..tp lagi best lettuce! + isi ayam bahagian dada (direbus empuk mcm bantal busyuk yg empuk itew..) + campurkan dengan salad dressing (saya guna lemon juice sebiji+olive oil +mayonaise vegie+mustard sikit je), Kacaukan semua pastu masuk croutons tadi, taburkan lada sulah ikut selera dan hias dengan parmesan cheese. Sedapnya...memang tak terkira.. rasa macam xcukup je buat sikit..

Tips :

1. Potong lettuce last sekali supaya fresh, jangan potong simpan dalam peti pastu guna petangnya. Tak best yer!

2. Garam kalau xletak pun okey, masin parmesan cheese dah cukup. 

3. Croutons ni kalau lagi garing lagi sedap, Tapi kalau dah guna roti keras, sekejap je yer masaknye!

4. Dressingnya jangan banyak sangat, sebab croutons ni kalau dah lembik xbape best!

5.  Kalau xnak letak cheese parmesan pun xapa, tu saje menyedapkan anak tekak ni ha... 






Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati