02 May 2014

Adamlicious : Diet Salad Tuna Pedas Aku Cili Mulut Kau!

haaaa... sengsara tak baca headline?  hihihiih.... bukan apa, saje kasi gegar.. orang Jawa Latin memang teruja dengan apa-apa masakan pedas. Sekarang ni walaupun menu diet tetap nak pedas ! WAJIB!

mmmm.. mungkin tak cantek dalam gambar tapi cuba dulu..percayalah gerenti licin!

Salad Tuna Pedas Aku Cili Mulut Kau!




Ambil 1 biji putih telur rebus dicincang + 1 tin tuna (buang airnya sampai kering , hancurkan kasar) + 1 biji putih telur (yang goreng jadi telur hancur dengan lada hitam sampai panas telinga kalau makan..minyak jangan banyak yer.. jeling2 sket perut tu,haaa.....) + 1/3 buah Avacado cincang (sedap wei....!! Omputeh sangat!) + 1 biji bawang holland dicincang + sedikit vegie mayonnaise (like2 je letak... ) + sprinkle dengan lada hitam lagi.. (xpakai cili sebab diet nanti perut panas..kalau nak add on pun boleh... nak kasi cili mulut orang kan?? hahahaa.....).

Campurkan semua dalam mangkuk. Siap!



Tips :

1. Tak perlu letak serbuk perasa sebab tuna dalam tin memang dah sedap lemak2 mak aji sedia ada.. ehhehe..

2. Nak cun..taburlah daun bawang .. (stereotype kan..)

Sekadar hobi!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati