01 May 2014

Adamlicious : Diet Scrambled Putih Mahsuri


Kaki gym yang ferfeeling nak bina otot memang kena banyak makan telur terutamanya putih telur. Kalau nak tau... putih telur ni ada separuh dari keseluruhan protein telur. Ada banyak kandungan riboflavin dan selenium (bagus untuk hasilkan energy dan membuang toxin ya! ).. Dalam 2 biji putih telur ada lebih kurang 6grams protein (tadi saya masak 6 biji putih telur kau..!! hahaha.... lafarrr...disamping ada beberapa crew yang mengendeng nak jugakkk walaupun pagi buta.. kat sini 4am pun orang dah bangun....  shuuhhh.. hahah...). Kelebihan putih telur ni dah pun saya post semalam. Boleh rujuk yer....

Scrambled Putih Mahsuri
(haiyoooo..janganlah ada yang tuntut royalti guna nama Mahsuri ni.. hihihi)

Scramble putih telur ala saya ni senang, cuma bezanya... ha... baca sampai habis baru tau bezanya.

Tumiskan 3 ulas garlic cincang dengan sedikit minyak zaiton. Kecilkan api bila dah wangi masukkan 2 biji putih telur (pukul ala telur dadar dulu tau campur garam dan lada sulah dan.... minyak bijan!! Ha.. tu lainnyer..).Tuangkan telur dan biarkan dulu sampai agak2 dah nak kering baru dikacau hancur (kalau nak effect macam dalam gambar ni ler.....). Lagi banyak yang 'geseng' lagi lah al-lazatnyer.. taburlah basil.. wat ala2 rancangan kat tv tu... hehehe

Tips :

Telor putih ni banyak kebaikannya. Nak tau boleh baca post semalam ok :D



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati