09 May 2014

Adamlicious : Diet Siakap Hot & Spicy Soup


Hai semua.... protein ikan memang baik untuk tubuh kita. Jangan takut untuk makan ikan (kecuali deep fried ler...utk yang diet!). Ikan tidak menggemukkan...tapi ada satu ikan yang xbagus untuk orang ada gout iaitu ikan tongkol... hati2 ya kalau makan..jgn banyak sangat! Pilih lah ikan lain ...(banyak lagi..ikan muka sebelah.. ikan puyu... ikan haruan.. anak ikan segala...) Entri ni untuk menu berasaskan protein ikan yer... Selamat mencuba!!

Siakap Hot & Spicy Soup



























Bahan tumisan :

4 ulas garlic + 1 biji bawang merah
cili padi beberapa batang ikut suka (kalau xsuka pedas ganti dgn lada merah la...)
semua ni diblend halus, 

2 batang serai diketuk (ketuk guna lesung batu lah sedap!)
serbuk kunyit 1/4 sudu kecil (like2 je...utk bau like2 jugak.. )
olive oil secukupnya

Seekor ikan siakap (dipotong)
4 biji terung
Daun ketumbar (potong kasar)

Tumis semua bahan kat atas dengan api sederhana sampai naik baunyer... Tutup api, toskan minyak berlebihan. Masukkan air untuk kuah. Hidupkan api semula. Bila mendidih lama masukkan terung (kat sini guna terung Sarawak..rasanya masam sikit), bila dah lembut baru masukkan ikan siakap. Last sekali masukkan garam iodin dan serbuk perasa kalau suka. Opps... daun ketumbar jangan lupa..tutup api masukkan terus. Siap!


























Kalau tengah diet, badan memang perlukan banyak air.. jadi kuah soup ni boleh jd sumber air tambahan untuk badan kita.

p/s: diet sederhana biasanya ada hasil berpanjangan dibandingkan diet drastic...xlama sure nafsu makan datang membaham! aumm...!!! seeloknya besederhana semasa diet.. Insha allah... boleh fit nanti!


Terima Kasih

2 comments:

Wafa Cw said...

ohhhh... boleh bau kuah ikan dengan daun ketumbar tu...wangi dan menyelerakan... elok nak diet kejap lagi hentam karbo sampai 2 -3 pinggan kut Adam..hahahahaha. Nak cuba juga ni... err..olive oil banyak mana nak bubuh yer... (secukupnya tu maksud dia macamana?)...

Adam Fahmy said...

hihi.... kena tahan abg wafa dr hentam karbo byk2.. hihihi.... secukupnya tu cukup2 untuk wat tumis... tukar dgn minyak jagung pun sedap :D

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati