11 May 2014

Adamstory : Nasib lepasan Diploma dalam Sains Bersekutu dari kolej swasta


Baru saja dapat chat dengan ex-student... aduhai.... memang xdapat buat apa melainkan mendengar luhannya. Tamat saja kursus selang beberapa bulan surat hutang dari PTPTN pun sampai...sedangkan belum ada kerjaya tetap. Komitmen hidup pun mula datang satu persatu.. nak bayar itu ini....

Bila flashback semula semasa nak terima tawaran belajar... rupanya dijanjikan jaminan kerja secara verbal oleh pihak promoter college. Bukan itu saja macam2 kemudahan dan kelebihan ditabur. Kesiannya, bila tamat kursus pihak terlibat diamkan diri.. seolah xada usaha untuk membantu memberi ruang peluang pekerjaan kepadanya. Sabarlah ya... (seriously... sangat2 sedih dengan nasib ex student...nak tudingkan jari pun.. tak membawa makna dan perubahan..)

Kalau mengharap peluang jawatan dalam kerajaan, entah bilalah nak dapatnya.. persaingan ramai.. (walaupun cuma 5 kolej dan university ada program yang sama..) bila dah setahun berlalu..masih tak nampak tanda2 akan dapat kerja gov..saya cadangkan supaya mulakan kerjaya di mana-mana hospital atau klinik swasta. At least selang beberapa tempoh, alasan 'tiada pengalaman' dah lupus. Mudahlah nak minta kerja yang sesuai dan selayaknya.

Scroll Diploma dan license perubatan anda sangat bernilai... cuma keadaan semasa dan peluang belum menyebelahi.

Buangkan pemikiran anda tentang 'kerjaya terbaik hanya di gov'. Benar.. kerja dalam gov memang tempat terbaik utk dapat banyak benefits tapi pijaklah di bumi nyata.. rezeki anda belum tertulis di situ. Tak dapat offer gov bukan bermakna kerjaya dan impian anda tamat. Ramai yang berjaya di private sector.

Memang kerjaya dalam Sains Bersekutu (Medical Assistant, Nurse, Physiotherapist dll .... banyak ....) menjamin masa depan tapi dengan keadaan semasa, lambakan kolej swasta menjadikan kuantiti lebih byk dr kualiti. Majikan pula berhati-hati memilih pekerja. Bukan apa.. kerja melibatkan nyawa... Jadi kalau dapat peluang kerja dengan beza gaji seratus dua ratus, elok terima dulu. Jadikan platform untuk lebih berjaya. Setiap tempat yang kita kerja adalah sarang ilmu untuk kita explore dan kutip sebanyaknya... jangan ikut sangat kehendak hati dengan membeza-bezakan nasib orang lain yang lebih baik.. Inilah realiti kehidupan.. langkah anda baru bermula..



Tuhan itu adil, dengan usaha, kesabaran dan doa... ada sesuatu yang baik menanti. Jangan penat mencari peluang dan bila dapat peluang, manfaatkan dengan sepenuhnya. Jauhkan hasad dengki... dan iri hati dengan rezeki kawan2 lain ya! Jika ada peluang rezeki untuk dikongsi..sebar2kanlah.... membuka peluang kepada orang lain akan meluaskan lagi rezeki kita...

Insha Allah.


Terima Kasih

2 comments:

Asrol Arifin said...

persatuan mahupun kesatuan takde pandng ke nasib pelajar swasta ni...kadang2 verbal je xleh pakaii

Adam Fahmy said...

itulah... bila mulut lebih laju dr tgn dan kaki.. terlupa kebajikan yang berhak.

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati