15 May 2014

Adamstory : Peluang Pelaburan Saham Wakaf


Masa saya window shopping ala2 Zain Saidin dgn Che Ta bulan lepas kat shopping complex tetiba saya disapa seorang lelaki dengan pakaian semi formal sebuah bank 'Sotong' bukan bank Kipas. heheheheh..... Kena promote buat pinjaman untuk melabur di Amanah Saham Bumiputera. Hmmm... dah lama kan sebenarnya anda dengar pinjaman macam ni ditawarkan ? Ha.... saya cuma senyum sebab belum yakin dengan komitmen akan datang masa tu.


Haaa...yang saya nak kongsi ni pasal saham juga...namanya Saham Wakaf.. Kiranya Saham akhirat lah ni... Muda2 ni memang sesuai biasakan diri dengan benda mcam ni kan sebab xmahal mana... kadar seunit cuma RM10.. (top up kita lagi mahal kot..mau2 RM30 kan... dengan langgan data mobile segala..) Bukan apa, selain dari bersedekah mungkin ni juga satu cara yang bolehkan kita terus dapat pahala dalam xsedar... sehinggalah kita meninggal nanti. Jinak-jinakkan diri slow-slow.... nanti terbiasalah..insha allah :D


Nak tau lebih lanjut boleh click sini Saham Wakaf.

Setakat ni yang saya tau Lembaga Zakat Selangor ada anjurkan. Negeri lain xpastilah pula (nanti kita google okey!). Banyak kelebihannya dalam xsedar...cuma nak mula melabur kena register kat kaunter lah pulak.. hihihi..xpelah sekali sekala kan.. kalau ada masa trylah..

Resit jangan lupa simpan..boleh dapat pengecualian cukai LHDN nanti. (ya lah..dari bayar cukai baik wakafkan atau dizakatkan..betul x?)

Tepuk dada tanya iman :D

Sekadar berkongsi.

p/s: Lepas ada satu unit...mesti dada rasa lapang ...hihih..sekurang-kurangnya adalah benda baik yang ditinggalkan untuk selamanya..


Terima Kasih

2 comments:

Kakizan Omar said...

Bagus nie Adam.. TQ atas perkongsian.. :D

Adam Fahmy said...

Kakizan Omar.. sama2.. manfaat pun samalah ya.. hihihi

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati