12 May 2014

Adamstory : Rawatan hospital dan perubatan di tengah laut?


Gempak tak tajuk entri? heheheh.... gitulah gamaknyer..





Seronok memanglah seronok bila bertugas di tengah lautan untuk merawat pesakit. Karenah pesakit adakala sukar dijangka terutama bila melibatkan kelemahan emosi (kerinduan melampau kat family dan orang tersayang.... jangan tak percaya ya..ada yang sanggup terjun laut sebab tak dapat menahan rindu..).

Jarak lebih kurang 12 jam dari daratan untuk sampai ke lokasi hospital ni bukanlah dugaan besar (konon..padahal muntah ya amat,.,.seasick segala masa sampai!!) Bila mengingatkan orang tersayang, inilah harga yang perlu dibayar bila memilih kerjaya di tengah kebiruan.

Setting hospital lebih kurang sama dengan yang biasa kita lihat di darat cuma mungkin lebih 'mini'. Dengan keupayaan merawat 300 orang pesakit sehari... cukuplah dengan adanya saya bertugas setiap 12jam bertukar shift dengan partner.

Sebagai Medic.. persediaan psikologi mestilah kuat sebelum nak merawat pesakit. Maklumlah... bukan sebab berbilang bangsa dan negara..tapi disebabkan diri sendiri perlu kekuatan dalaman untuk menjalani 60 hari berterusan dalam keadaan bergoyang (kalau bad weather..alahai.... mcm dalam blender machine pun ada.. heheheh). Ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan dibekalkan setiap bulan dengan helicopter atau boat. (jadi xdelah masalah kehabisan stock ubat... zaman dah canggih... boleh online tu!)

Bila berhadapan keadaan berterusan begini, keikhlasan dan saling hormat menghormati akan menjadikan suasana kerja dan persekitaran jadi menyeronokkan. Apatah lagi bila terbiasa bantu membantu antara satu sama lain. Setiap wajah yang memilih kerjaya di sini..biar apa pun position..tetap menyimpan kisah tersendiri.

Berada di tengah lautan... meningkatkan rasa syukur yang lebih tinggi.. menyedarkan betapa kerdilnya diri ini.. Syukur Alhamdulilah...


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati