30 June 2014

Adamlicious : Serunding Kelapa nasi Ambeng




SERUNDING KELAPA NASI AMBENG

Yuhuuuu... satu lagi resepi kampong yang memang best! Selalunya serunding kita makan dengan nasi himpit kan... tapi dalam nasi ambeng pun wajib ada! Ada banyak cara nak buat serunding ni.. resepi ni tiap tahun kena buat tak kira raya ke apa..sebab mak suka sangat2. Kiranya kalau mak saya tak selera makan...Nampak serunding je terus laju seh.. ajaib (perewangan seh...!)

Bahan-bahannya :

2 biji kelapa parut (putihnyer saja..xnak sampai kulit- pesan kat budak yang parut tu..)
6 biji bawang merah kecil (blender halus yer...)
2 ulas bawang putih (pun blender jugak..)
1/2 inci halia (ketuk sampai kemek ...)
3 batang serai ( ketuk jugak sampai sebenar-benar hancur...)
4 sudu besar ketumbar (kisar halus..)
4 sudu besar jintan manis (kisar sehalus kulitmu.. haha..kisar dgn blender mcm sama jer??)
2 sudu besar serbuk kunyit (ikut sukalah..nak kuning yer letak lebih lagi..)

*bahan blender tu jgn letak air banyak sangat.

Cara penyediaan (gitu kaw ayat..!) :

Dalam bekas letakkan kelapa parut dan campur dengan semua bahan. Ramas dan gaul sesuka hati sampai rata kalernyer. Pastu sangai atau goreng tanpa minyak dalam kuali sampai berderai (jangan kering sgt nanti jadi kerisik!). Masa dah masak letakkan 1/2 cawan minyak masak. gaul sebati dan..siap!!

p/s : serunding ni sedap juga kalau campurkan kacang tanah goreng atau ikan kering bulu ayam tu.. (bukan ayamnyer bulu okey! kang tersedak makan bulu vinatan tu.. hehehe..). Campur benda alah ni last sekali.


Terima Kasih

Adamlicious : Soto Madura ala Mr.Cupid




Dah agak lama juga saya tak post entri resepi-resepi sedap dan mudah kat sini. Ha.. kali ni sesuai untuk juadah anda berbuka puasa nanti. Resepi ni saya belajar dengan mak saya turun temurun sebab tak berminyak sangat dan rasanya tak muak. Boleh try naaa... (pic nie saya ambil masa saya masak kat umah hari tu..)

Soto Madura ala Mr. Cupid
entah kenapa namanya soto Madura pun xtau.. mak yang sebut mcm tu..

Bahan tumis:
2 labu bawang besar
3 ulas garlic
(semua ni ditumbuk halus atau blender sajerr....)

lengkuas seinci (diketuk-ketuk.....tung..tung..tung..)
2 batang serai (pun diketuk sampai luluh hatimu... tetiba..)
1 bungkus rempah sup (dicampur dengan air sikit kacau jadi mcm paste)
1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan lain:
1 ekor ayam dipotong 4. (senang nak siat2 nanti)
nasi himpit secukupnyer
1 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1/4 cawan santan kotak

Cara membuatnya:

Senang sgt yer... tumis je bawang yg diblender tu + serai dan lengkuas dengan minyak jagung (saya guna minyak bunga matahari). Dah naik bau.. masukkan pula rempah sup dengan serbuk kunyit. Bila dah mula melekat-lekat boleh tutup api dan buangkan minyak sampai tinggal paste tumisan tadi jer.. masukkan air utk kuah. Pastu dah mendidih masukkan ayam, Api sederhana yer... nanti terbakar pulak dapur u olls..

Masukkan garam gula.(ajinomoto atau perasa xperlu..sebab memang dah lemak sedap gituhh...) Angkat ayam bila dah empuk untuk disiat nanti bila sejuk. Last baru masukkan santan. Jangan banyak nanti rasanya muak. Ok..dah siap!

Untuk deco soto tu terpulanglah nak letak apa..yang penting ayam dari kuah tadi kena siat2. Lagi best kalau ada bergedil dan soo hoon goreng dan dan dan dan.... sambal kicap.

p/s : meleleh seh...puasa2 ni....


Terima Kasih

29 June 2014

Adamchoice : Ayuh!! Hulurkan tangan anda di bulan Ramadan ini...


Terkesan sungguh bila baca kenyataan2 yang dikeluarkan anak lelaki ni dalam akhbar.. Masih ramaikah di luar sana anak lelaki yang sudah berkahwin mahu melakukan perkara yang sama bersama isteri? Saya share entri untuk menyebarkan info.. kepada viewers yang terasa mahu membantu bolehlah click sini untuk info lanjut Demi Ibu..


p/s : esok lusa siapa tahu nasib kita pula...


Terima Kasih

28 June 2014

AdamChoice : Fragmen -Dato Siti Nurhaliza




















hadoiii.... mcm mana lah nak dapatkan album Fragmen kat tengah laut ni.. Oklah ...viewers semua dah boleh dapatkan kat pasaran mulai 30hb Jun 2014. (info dari Universal Music Malaysia). Excited nak dengar lagu 'Terbaik Bagimu'.... penantian sekian lama untuk album balada baru Mak Iti.... Biasanya Speedy paling cepat ada album Dato Siti... beli yang original ok!

p/s : setakat ni saya dah dengar 5 lagu dari album ni (melalui google dan segala..), best! tapi apa2 product Dato Siti akan jadi xbest kalau anda haters DCT... buang2lah rasa dengki tu yer :P


Terima Kasih

Adamstory : Doa untuk mak abah


Selfie dengan mak abah masa bercuti baru-baru ni....


Saya nak menggalakkan viewers untuk menjadikan routine setiap pagi dengan mendoakan ibubapa untuk kesejahteraan mereka tak kiralah duduk berdekatan atau berjauhan. Keberkatan hidup sangat penting. Terimalah mereka seadanya agar hidup kita sama-sama bahagia dunia dan akhirat. Selain berdoa selepas solat... ada banyak ketika kita boleh sama-sama berdoa. Sejauh dan setinggi mana pun kejayaan yg dikecapi..kalau bukan kerana doa mereka, kita bukanlah siapa-siapa.. Buangkan rasa angkuh yg ada.. Insha Allah lebih tenang..



Terima Kasih

Adamhealth : Ketone dalam air kencing?



Pagi-pagi ni ada patient datang untuk follow up  kes jangkitan saluran kencing (orang kata kencing kotor...) tapi dapat trace benda lain lah pulak.. dalam air kencing (kita orang medical sebut urine... ehhehe) ada KETONE. Rupanya patient ni memang ada Diabetes tapi xnak mengaku sebab takut kena hantar balik ke darat.. haiyooo.. macam2 hal kan..

 
Selfie selepas treat patient.. hahah... macam hampeh jerk patient tumpang pose!


Ok nak share info tentang ketone dalam urine.

Ketone ni sejenis bahan chemical yang terhasil dalam air kencing bila badan kita kekurangan hormone insulin dan tubuh menggunakan fat (lemak) untuk menghasilkan tenaga. Kiranya bila dapat trace ketone dalam urine maknanya badan kita tengah menggunakan lemak sebagai sumber tenaga, bukannya glucose dari insulin secara normal (maknanya ada gangguan pada tubuh hingga xcukup insulin.. bahaya tu adik2.. gituhhhh!)

Dalam keadaan normal, tidak ada ketone dalam urine. Kenapa boleh jadi begini? Ha... ada beberapa sebab;

1. Diabetes yg tak terkawal.
2. Diabetes Ketone Acidosis (keadaan emergency utk patient diabetes)
3. Kelaparan - tak makan 12-18jam, anorexia atau alcoholic.
4. Keracunan
5. Gangguan metabolic.
6. Dehydrated (kurang air dalam tubuh..)

Resultnya adalah dlm bentuk Negative (xde ketone), Trace, Small, Moderate dan Large. yang xberapa nak elok ialah moderate to large.

Jaga diri baik2 ya... banyakkan minum air masak tau!






Terima Kasih

27 June 2014

Adamstory : Syarat WAJIB kelayakan bekerja di offshore


Apa syarat asas selain kelayakan akademik untuk join offshore ni yer.... ? Haa.. nilah soalan famous boom boom boom yg selalu diletupkan kat inbox saya. Sekadar untuk perkongsian saja ya... anda perlu ada 'licence as seaman' kononnnnn... yg dipanggil BOSIET. Dalam bahasa panjangnyer... Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training. Tak kiralah siapa pun anda, apa juga jenis jawatan yang anda mohon ..selagi dalam arena offshore ni.. kapal ke..plantar ke..workboat ke.. mesti kena ada benda alah ni.

 

Course dia dalam 3 hari. Kat Malaysia ni ada banyak jugalah tempat yang ada tawarkan course ni siap dengan pengiktirafan international (kalau nak ke lautan oversea or platform luar ler....) Kosnya dalam RM 1800-RM2500.. tapi saya punyer yang paling murah (jimat u olls... even company sponsor haha..). Sijil ni valid 4 tahun saja. Lepas tu nak renew kena attend course dari awal semula. ada practical..teori dan exam (paling xbest exam sebab bayar mahal2 belum tentu balik dapat lessen nih!)

Apa yg anda akan lalui sepanjang course? Boleh click sini sebab saya buat kat sini Damansara

p/s : Agak mencabar kekuatan mental dan fizikal okey! So kena kuatkan semangat anda betul2. Oh ya.. untuk post medic, kena ada course special.. hihihi... pun ada exam yg mencengkam jiwa punyer... heheh


Terima Kasih

AdamTips : Jom niat puasa sebulan untuk Ramadan ni


Untuk rujukan viewers semua...


Terima Kasih

Adamstory : Salam Ramadan untuk viewers & blogger



























Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua viewers dan rakan blogger. Moga kita dapat manfaatkan Ramadan sebaiknya. Ada sedikit tips untuk viewers semua ya !

1. Elakkan minum terlalu banyak minuman manis semasa bersahur dan berbuka nanti untuk elak keletihan dan mengantuk yg melampau siang hari. (Punca tenaga dari nasi dan lain-lain sumber karbohidrat sudah cukup)

2. Lebihkan minum air mineral selepas berbuka nanti untuk kekalkan hydration tubuh.

Maaf Zahir & Batin..

Sayangi diri anda selalu.....
Salam Ramadan dari saya.

Mr.Cupid


Terima Kasih

25 June 2014

AdamChoice : Windmill Bukit Tinggi pilihan terbaik!!


Akhirnya angan-angan abah nak ajak saya lunch kat restoran pilihannya tercapai masa saya bercuti tempoh hari. Berbaloi-baloi penantian 2 bulan baru pergi restoran ni bila dapat layanan terbaik dan makan makanan yang sedap2 kat sini sampai tak habis! (haaa... ikutkan sangat nak itu..nak ini..... :P)

Ha.. nilah abah... beriya ajak ke sini...Windmill Restaurant di AEON Bukit Tinggi, Klang. (ada cawangan tapi xlah banyak macam KFC tu... boleh google)


Kat pintu masuk lagi dah disapa mesra dengan staff. Walaupun plastic..rasanya keikhlasan mereka senyum tu jelas.(abah kata senyum bisness ni... dengki sgt kan abah..)  Saya memang selesa sangatlah... mak pun dapat layanan super dupper classnyer tanpa diminta. Nak order pun dibantu pelayan dengan sangat mesra dan baik. Kenapa saya cakap mcm ni? sebab....pelayannya memang baik. Suggest kami mana yang terbaik, pastu xjemu pun walaupun macam2 saya tanya dia.. heheh  harganya tolak tepi dulu lah..sebab sekali sekala... :P


 
Ni lah dia pelayan yang baik sgt.. dia layan kami dari mula sampai bayar bil. Siap nak suapkan mak saya makan. hehehe... tak yah ler,..
 
 
Abah jeles sebab ice-lemon tea saya lagi besar dari dia punya (sebab abah order set..memanglah size regular.. makanan lain nt siapa nak makan? haha...:p)
 
 
Ha.. ni soup apa tah..lupa pulak. Delises sangat yer....
 
 
Muka abah yang ensem xsabar tunggu main course katenyer... tapi saya xsempat snap pic sebab abah dah makan.. mencik!
 
 
Mak dah dapat hidangannya..terus mamam.. Pelayan dia terus perhatikan mak masa ni. Caring sangat pastu kejap2 bagi tissue... dan ada saja yang dia perasan keperluan orang buta masa makan. Sangat alert.. thumbs up kat waitress ni!
 


Ni saya order..konon2 diet. (padahal petang nyer nak ke KL berjimba rama makan2 segala...)
 
 


Yang ni penutupnya... ni je yang sempat saya snap. Maklumlah.. lunch kul 2.30pm..memang dah lapar sgt.
 
 
Kpd viewers, boleh lah makan kat restoran ni. Selain menu yang macam2..kita juga boleh study jenis2 masakan western dan bahagian2 lembu yg dibuat steak. Kalau nak yg bukan western pun ada juga jangan risau. Pastu kalau agak2 tak reti order...pelayan sana berbesar hati yer nak tunjuk apa yg patut dimakan dan best... Jom!!!
 
 
Sekadar berkongsi.
 
 
p/s: jalan bertiga saja..sebab cintahati sibuk :P  #berangan

 
 
 
 
 
 
 


Terima Kasih

24 June 2014

AdamTips : Bila ada mangsa sawan BABI....apa nak buat?



Tengah syok google-google pasal plaster ceiling (eh..betul ke ejaan nih??) kat hospital..tetiba dengar bunyi berdentum kat bilik office sebelah. Macam bunyi benda berat jatuh! Pastu sayup-sayup dengar riuh rendah... (dup dap dup dap dah jantung ku ini..) tetiba ada anak kapal ni muncul kat pintu hospital:

'medic...ada orang kena rasuk!' haiyoooo.... apakah? rasanya xde lagi ilmu bomohkan org dirasuk nih! hahaha.... (kalau kena rasuk dewa laut.. I nak minta 3 permintaan! haha..)

Sampai kat lokasi kejadian.. ada orang tak sedarkan diri sambil terkujat-kujat menggelupur segala.. mulut berbuih sakan dengan mata uprolling..(pusing2 u olls ke atas bagai roller coster) weeuuuu.... yg xbest mangsa ni tersepit di antara perabot (meja dan segala mak nenek computer bagai....). Orang dah mula berkumpul nak tengok movie live la tu......maklumlah muka mangsa ni agak hot macam pelakon popular katenyer...

Rupanya mangsa ni dapat serangan seizures atau epilepsy atau dalam bahasa mudah sawan babi (babi ke tak...I xsure yer....). Kisahnya mangsa ni last kena sawan umur 11 tahun. Sekarang dah 28 tahun... wah... apakah????  jeng...jeng..jeng.....

Mesti ada trigger factor yang sebabkan dia kena seizures ni! Setelah disiasat..kemungkinan akibat terhidu bau cat dan chemical yang digunakan...cuaca pulak tengah membahang El Nino segala.. Oklah, ada tips kalau anda berhadapan dengan benda mcm ni:

1. Relax dulu.. tarik napas sampai idung kempas kempis.. ahhaha

2. Jauhkan mangsa dari benda berbahaya mcm bucu meja kerusi ,..barang kaca..jangan alihkan mangsa kalau xmampu atau mangsa tengah mengeras (boleh cedera nanti yer... kalau x mangsa.. u olls yg cedera!)

3. Perhatikan salur pernafasan.. (jangan gedik nak cium atau tiup mulut ke molottt...). Kalau terbengkok ke leher.. trylah ampu slow2.

4. Jangan nak masukkan sudu (konon nanti mangsa gigit lidah sampai putus..-mitos yer..)

Ok..itu je dulu. Serangan kejung2 seram ngeri ni biasanya dalam 5 minit atau kurang.. jadi kalau dah wat sumer yang di atas.. boleh tgk je..ala2 nonton kat tonton.my. ahhaha

Bila mangsa sedar, letakkan dalam posisi mengiring.. (ala2 mcm kita tdo peluk bantal busuk kat kelengkang tu..). Mangsa biasanya keletihan ya amat pas sedar.. pastu bawak g klinik. Settle!~!!


Terima Kasih

23 June 2014

Adamstory : Minat kerjaya di offshore ?


Akhir-akhir ni saya dihujani dengan mesej-mesej facebook dari rakan-rakan yang dikenali mahupun tak dikenali. Rupanya ramai yang berminat untuk mengetahui selok-belok dunia kerjaya di offshore dan yang soalan paling utama adalah tentang salary. Ya... memang tak dinafikan bayaran gaji untuk mereka yang bekerja di tengah laut ni memang berbeza dengan gaji di darat. Mengapa?  Mesti ada sebabnya....


Jika anda berminat untuk terjun ke bidang oil & gas atau pelayaran meredah lautan berbulan-bulan ke serata tempat, pastikan anda betul-betul tahu apa yang akan anda alami , sebarang risiko dan apa-apa berkaitan. kenalpasti istilah offshore yang sangat luas....Tak cukup sekadar minat.... kekuatan mental sangat penting. Badan yang tegap, suara yang garau dan macho, muka yang ganas bukan jaminan anda tabah mengharungi liku-liku di sini. Percayalah soal rezeki dan nasib yang ditentukan. Jika memang rezeki anda di sini, lambat atau cepat pasti impian anda menjadi kenyataan.

Rata-rata rakan sekerja dari disiplin berbeza mengakui masing-masing menyimpan kisah tersendiri sehingga membawa mereka ke meredah lautan.. Jika diberi peluang, ada yang mahu mengundurkan masa untuk kembali bersama keluarga tercinta. Benar atau tidak, biarlah rahsia :D,

Insha Allah entri seterusnya nanti saya akan update tentang peluang kerjaya di offshore.

Salam...


Terima Kasih

22 June 2014

Adamstory : Klang Bukan sekadar bandar Diraja

Berbulan tak berkunjung ke tempat lama mengajar. Klang Bandar Diraja.... Haaa..gambar atas ni main office tapi Medical Department ada kat bangunan lain (feeling campus sgt... :P). Sempatlah curi masa sekejap untuk melunaskan saman yang dituntut oleh bekas majikan tersayang (seriously..bunyi macam menyindir tapi bekas majikan memang ada baiknya...hihihi)

Memanglah ada sikit bengkak hati ni kalau ingat-ingat semula segala kepayahan dan pengorbanan lalu bila dihadiahkan dengan saman indah puluhan riban ni.. tapi  terpaksa relakan. Kena sucikan hati... anggap saja kifarah yang dikenakan untuk segala kesilapan yang tidak disedari..hihii.. Sebagai manusia kita selalu  xsedar ada dosa dah dilakukan...betul x.. Kena percaya soal rezeki yang telah Allah tetapkan..

Tersengih sendiri bila teringat satu demi satu kenangan... sejujurnya kenangan bersama student antara yang paling berharga di sini. Sekarang ni cuti semester jadi xdapatlah jumpa student yang masih belum tamat pengajian. Masa nak balik tetiba je disapa dua org ni.... ha... ni antara student terakhir yang sempat dengan saya, namanya Kasturi dan Punita... (seharum kasturi gituhhh.....)

Mereka ni tengah buat latihan amali untuk exam xlama lagi. Ada juga berkongsi cerita tapi tak lama sebab saya nak cepat. maklumlah masih banyak yang nak diuruskan.. (feeling artis sgt busy2 nih..!)

p/s : semua yang berlaku sudah tertulis dan mampu utk kita sebagai hambaNya mendepani perkara itu. Jadi ..redhalah :D




Terima Kasih

21 June 2014

Adamstory : Feedback daripada Harvey Norman Malaysia


Tentu anda masih ingat pengalaman ngeri saya di Harvey Norman kan? boleh rujuk sini story. Ada kawan blogger yang post di facebook Harvey Norman Malaysia. Thanks ya!

 
 
Esoknya saya pun fill up form aduan yang diminta. Dalam masa 24jam saya dapat email daripada pengurus AEON Bukit Tinggi. Beliau mohon maaf dan sedang menyiasat kes ni. Bagi saya mudah, pelanggan sekarang bukanlah bodoh dan diam bukan bererti rela dikonon-kononkan (gituhhh kaw ayat..! hahaha).
 
 
 
 
 
 
Saya anggap kes ni dah tak ada apa, at least jadilah pengajaran kepada company jenama besar ni supaya monitor betul2 staff dan jaga pelanggan anda walau siapa pun mereka. Bukan tunggu yang bergaya saja untuk dilayan... betul tak? Ok yang bawah ni email terakhir dari pengurusan Harvey Norman Malaysia.
 
 
 




Terima Kasih

Adamhealth : Komplikasi tekanan darah tinggi kepada 4 organ utama tubuh!

Hai semua... lama saya tak update entri tentang kesihatan. Pagi tadi saya beri Health Talk untuk 300 orang crew kapal.. Topik tentang komplikasi Hipertensi atau tekanan darah tinggi kepada tubuh kita.

Macam biasalah..penerangan saya dalam bahasa yang sangat mudah difahami. Kalau tak faham boleh baca sekali lagi ya.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh merosakkan salur darah dalam badan. Setiap hari, kalsium dan cholesterol akan terbentuk dalam salur darah (boleh rujuk sini untuk penerangan cholesterol 'apa itu cholesterol?'). Lama kelamaan salur darah akan menyempit (sebab cholesterol dan calcium dah tebal dalamnya), aliran akan tersekat dan boleh merosakkan organ utama seperti jantung, buah pinggang, mata dan otak.























Bagaimana kerosakan organ berlaku?

1. Jantung :

Otot jantung akan lebih thick atau menebal, bila sudah terlalu teruk tiada apa-apa tanda akan anda rasa. Lama kelamaan aliran darah akan tersumbat dan menyebabkan serangan jantung. Jika tidak dirawat segera .... anda mungkin mendapat heart failure atau kegagalan jantung yang menyebabkan kerosakan kekal pada otot jantung.

2. Buah Pinggang :

Hipertensi merosakkan salur darah dalam buah pinggang yang menyebabkan proses filtrasi atau penapisan dan pembersihan bahan terbuang dalam darah tidak berfungsi. Akibatnya kemungkinan anda terpaksa menjalani dialysis dan pemindahan buah pinggang baru (menerusi penderma organ).

3. Mata :

Dalam mata terdapat banyak salur darah halus. Tekanan darah tinggi akan menyebabkan pengembangan atau bengkak pada salur darah dalam mata dan akhirnya berlaku pemecahan salur darah. Bila terjadi pendarahan dalam mata, bukan hanya kabur malah anda berisiko untuk buta.

4.  Otak  :

Anda akan menderita stroke atau angina ahmar apabila belaku kerosakan tisu dalam otak akibat pemecahan atau penyumbatan salur darah dalamnya. kebiasaannya symptom seperti lumpuh sebahagian tubuh  atau tidak sedarkan diri boleh berlaku.

Apa yang penting sekarang, anda perlu pastikan adakah anda menghidap penyakit ini? Jika ya... patuhi segala ubat yang diberikan doctor dan jalani cara hidup berkualiti. Jika anda tidak menghidap penyakit ini, teruskanlah makan dengan sihat, relax, senaman berjadual dan elakkan merokok.

Sekadar berkongsi!

p/s : kawal kemarahan anda sebaiknya... jangan stress2 selalu ya..tidak bagus!


Terima Kasih

20 June 2014

AdamTag : Pencarian Bloglist 2 Hari by Tea & Coffee Lover




Sokongan padu sesame blogger!!!! Boleh click link ini ya : Tea & Coffee


Terima Kasih

AdamChoice : SPA pilihan Sauna De' Aroma


Saya nak share tentang spa yang pertama saya kunjungi di Banting. Almaklumlah..sebelum ni berkunjung di area Ampang dan sekitar Kuala Lumpur saja. Sejak dah berpindah, spa ni paling terdekat. Kunjungan ini bukanlah yang pertama. rasanya selepas treatment dan service yang diterima memang saya akan jadikan spa ni sebagai antara pilihan utama.
 
Walaupun terletak di kawasan kampung, spa ni boleh saya katakan sebaris dengan spa yang ada di kotaraya. Kenapa? sebab service....decoration... bahan-bahan yang digunakan.. berada pada skala 4 bintang dari 5 bintang. Therapist nya terlatih dan professional.. Biasanya kalau pakej okey tapi therapist macam haram... memang sekali je lah saya datang :P
 
Pertama kali dulu, saya datang untuk pakej 4 ; urutan badan, scrub badan, masker badan dan mandian susu (konon2.....feeling2 jer....) Ya lah.. berbulan di tengah lautan, sekali sekala tubuh ni perlu rehat dan dimanjakan (gituhhh!). Rawatan mengambil masa 2 jam lebih sampai tertidur dialunkan muzik Bali dan bau aromaterapi yang tak menyengat hidung.
 
Ada banyak juga treatment kat sini macam facial dan lain-lain (saya agak sensitive bab bahan2 sapuan kat muka.. jadi memang saya tak pernah wat facial kat mana-mana spa. Takut jerawat tetiba hadaa.... :P ) Boleh pilih mengikut keperluan anda. Harga untuk setiap pakej pun sangat berpatutan serendah RM 75.00 xsilap.
 
Jangan risau.. therapist anda adalah mengikut jantina. Untuk lelaki, kita perlu buat temujanji awal. By call atau whatsapp pun boleh...senang. Saya memang selesa berurusan di sana. Kalau anda berminat boleh click sini ya Sauna Herba de Aroma




p/s : maaf tak dapat upload banyak gambar due to connection internet atas laut :P



Terima Kasih

Adamtips : Apa perlu anda lakukan bila terlibat dalam kemalangan jalanraya?




Hadoii... malang tidak berbau kan? Baru-baru ni saya kemalangan jalanraya dengan sebuah motor (motor besar you ! langgar kereta I yang comel nih!) Walaupun bukan kali pertama pengalaman macam ni tapi setiap kali berlaku mesti berderau darah dan panic attack kaw! (xsemena-mena flushing face dan ketakutan menjelma bila tengok orang melambung dari depan kereta ke belakang!)

Seriously... ngeri... bila berlaku macam ni.. saya terus keluar tengok mangsa. Syukurlah mangsa boleh bercakap dan setelah penilaian dibuat, saya yakin tak ada kecederaan tulang belakang atau major injuries lain..terus saya angkat mangsa masuk kereta dan bawa ke Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Banting. Masa tu..orang ramai yang berkerumun bukan nak tolong, sibuk jadi hakim siapa salah.. kereta nak tarik bengkel.. ada insurans tak? dan segala macam suara2 mak nenek yang kedengaran... batu api segala ..semua ada. (mungkin memang macam ni kot budaya orang kita...sedih...)

Okeylah.. nanti saya update entri tentang kemalangan tu. Tapi sekarang ni saya nak kongsi apa perlu anda lakukan jika senasib dengan saya :P

1.  Relax jangan cemas walau hakikatnya memang xkeruan..(istighfar dan zikirlah dalam hati... walaupun lama xwat mcm ni kan... hihihih..)

2.  Kalau ada yang cedera, boleh call 999 atau minta bantuan orang lain jika xmampu.

3.  Hafal details pemandu lain yang terlibat, at least no plat kenderaan tu dan catat phone number...

4.  Jangan bincang siapa yang salah. Keadaan akan jadi lagi rumit sebab akan ramai saksi2 tak diundang atau samseng2 yang cuma nak menangguk di air keruh.

5.  Laporkan ke balai polis dengan segera sekiranya tiada kecederaan, kalau ada pergi hospital dulu dapatkan rawatan.

6.  Call centre insurans anda untuk towing kenderaan anda.

Ramai orang takut nak report polis sebab tak nak kena kompaun RM300 dan kesan kepada NCD kenderaan. Bagi saya, bergantung kepada keterukkan kemalangan. Jika kos baiki memang murah dan hanya kemalangan ringan ala2 je..dan ada persefahaman antara anda dengan mangsa kemalangan, bolehlah settle kat situ..tapi yang xbest kalau ada yang ambil kesempatan. Jika memang anda zero bab2 hal kereta atau kemalangan.. pergi je Balai Polis. Biar mereka putuskan dan siasat kemalangan ni. Banyak risiko kalau tak report seperti anda dipersalahkan masa akan datang.. mangsa create citer nasi tambah segala walhal xada apa..untuk kaut untung kat anda.. ugutan samseng2 jalanraya.. dan macam2 lagi...

Tepuk dada Tanya selera...

Sekadar berkongsi.



Terima Kasih

11 June 2014

Adamstory : Bila pertama kali menjejaki Kedah Darul Aman

Tak senonoh kan pic atas ni? hahaha... nilah bila dah lebih kurang 6 bulan xjumpa. Nilah 'anak-anak' kesayangan...  Sekarang masih mode bercuti lagi. Syukurlah penerbangan dari KL-Alor Setar tak ada masalah. Maklumlah pertama kali ke sini dan bawa mak yang buta dan berkerusi roda naik flight. Terima kasih sangat-sangat kat staff Air Asia yang ramah dan sopan santun.


Sampai di lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, kakak dan keluarganya dah menanti di balai ketibaan. kedengaranlah loghat utara sebenar kat sana sini! Hehehee.... orang sini lawa-lawa dan berkulit coklat. Ada juga yang cerah tapi xramai.. Agak ramah juga! Saya mula cari perbezaan loghat kedah dan penang.. rasanya macam lebih kurang. Mungkin beberapa hari lagi saya dapat jawapan!



Hari ni masuk hari ke-3. Banyak juga tempat dah pergi sekitar bumi Darul Aman ni. Selain berjalan-jalan, saya dibawa menziarahi saudara sebelah abang ipar. Dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan rumah kampung yang menenangkan. Insha Allah saya akan share dalam entri seterusnya nanti.

Bukan senang nak habiskan masa begini...kebetulan pula cuti sekolah. masih berbaki beberapa hari sebelum flight balik ke Kuala Lumpur semula. El Nino dah mula melanda... kepanasan siang dan malam (Berpeluh sakan walaupun tido depan kipas). Fanasss..... tapi tetap nak jalan!

Dalam jadual di sini, esok akan ke Pulau Langkawi. Pernah ke sana sebelum ni tapi sudah 10 tahun lepas, pasti banyak perubahan di sana :D

Cheers!











Terima Kasih

Adamlicious : Lala Soup Terangkat!


Masih bercuti-cuti Malaysia kat Kedah Darul Aman.. dengan anak-anak yang makin membesar bagai johan! (gituuhhhh.......!) Maklumlah jumpa sekali sekala.. melekat macam belangkas ja! Okey..entri kali ni ada resepi sedap yang nak dikongsi. Bukan saya yang buat tapi Brother In-Law gituttt...dibuat dengan kerinduan terlampau ! hahah...

Lala ni fresh! (bentuk dia kecil-kecil dan colour dia lain..xmacam kat Johor selalu..agak besar) Beli kat Pasar Sehari Bukit Pinang di Kepala Batas. Nanti saya share pengalaman ke sana, memang best dan xterjangka!

Lala Soup Terangkat!




Bahannya :
Lala secukupnya
2 biji Bawang besar (potong mcm wedges KFC)
4 ulas garlic (ketuk2 ajer..)
5 tangkai cili padi
segenggam lada hitam
3 batang serai (diketuk)
Air untuk kuahnya

Nak membuatnya saya tengok sangat senang. Bersihkan Lala... masukkan dalam periuk dan semua bahan-bahan. Bila Lala dah masak masukkan garam. Xperlu perasa sebab rasanya memang dah semulajadi mak ajinyer.... lelemak alam sangat!


Mungkin simple dan biasa bagi orang yang dah makan tiap hari. Tapi untuk saya yang teramatlah jakunnyer.. heheh... sedap hingga menjilat jari! Abg ipar saya ajar makan lala macam makan kacang. Malamnya tengok movie depan laptop sambil makan Lala. (feeling popcoron sangat2!)

p/s : senangkan... abg ipar saya ni ex-medic army. Resepi dia sumer sedap dan campak2 tapi mabelessss :P


Terima Kasih

10 June 2014

Adamlicious : Fried Mushroom ala Mr.Cupid


Cendawan rangup krap kung krap bila dikunyah memang jadi dambaan pilu sumer yang feeling2 nak buat sendiri kan? Haa... ni ada resepi yang saya buat (belajar dari chef okey... :P ) gerenti rangup dan dap dap dapppppp..... Jom!

Fried Mushroom ala Mr.Cupid

Tepung beras secukupnya (saya guna dalam 300gram)
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam halus
2 biji telor

cendawan secukupnya (siat2 sikit.. nanti besar sangat xmuat kuali ...)



Okey... jom kita buat. Campurkan semua bahan2 kecuali telor dalam bekas. Pukul telor dalam bekas lain. (pukul ala2 sajer....) Salutkan cendawan dalam telor tadi dan guling-gulingkan dalam campuran tepung tadi. Minyak dah panas boleh lah masukkan.. goreng sampai coklat sikit.

Ha... dah sejuk pun masih rangup!







Terima Kasih

09 June 2014

Adamstory & AdamTips : Pelan pemakanan sepanjang Ramadan




Tak lama saja lagi bulan Ramadan menjelma... seronoknya tak terkira! Walaupun saya akan berpuasa di tengah lautan nanti..tetap tak patah semangat! Ramadan pertama sebagai pelaut... hihihihi... apapun Alhamdulilah...

Setiap kali ramadan memang saya kawal cara makanan untuk pastikan berat badan tak naik mendadak akibat terlalu ikutkan nafsu makan! Maklumlah... bulan Ramadan banyak makanan lazat. Saya kongsikan dengan anda pelan pemakanan saya. Sebenarnya pelan ni sudahpun diamalkan sepanjang hari tapi untuk bulan ramadan akan lebih giat dan disiplin tinggi (wow.......... kononlah...). Paling penting makanan yang diambil cukup untuk bekalan tenaga di siang hari. Paling penting ialah pengambilan air masak yang cukup. Komponen kumpulan makanan yang dipilih pula mesti merangkumi keperluan nutrient dalam makanan seimbang. Ok jom !

a. Detary fiber - saya pilih bijirin ...tentulah oats & cornflakes (saya ambil sikit saja.. )

b. Protein - saya ambil ikan, ayam dan kekacang (makan sebebasnya... asalkan bukan jenis deep fried)

c. Kalsium - saya ada lactose intolerance jadi memang harapkan supplement utk kalsium!

d. Antioxidant & mineral - sudah tentulah buah-buahan seperti apple hijau, buah tin dan kurma!

e. Calorie - secara langsung dari hasil masakan yang menggunakan sedikit minyak ataupun dari makanan yang dipanggang.

Sekadar berkongsi...!

p/s : Apa pun yang akan anda makan, jumlahlah janganlah terlalu banyak... apa jenis makanan pun kalau ambil terlalu banyak pasti ada kesan buruknya.


Terima Kasih

Adamstory : Friendship Storybook - Photoshoot yang meriangkan !






















Gambar ni diambil sendiri dengan Samsung Note 3 oleh Bodyguard kami :P


Hari yang dinanti dah tiba... Temujanji dengan AshAnisPhotography  berjalan lancar biarpun ada sedikit kelewatan yang tak disengajakan. Nampaknya storybook idaman kami (Coral, C'ley, Asfi dan saya sendiri...) semua akan jadi kenyataan tak lama lagi (saat sekarang ni masih belum siap lagi.)

Melangkah ke Marina Park Putrajaya dan Pullman agak mendebarkan kami semua. Biarpun bukan kali pertama saya ke Pullman, keterujaan tetap xboleh disangkal. mana taknya... kali pertama melangkah untuk pose segala depan orang.. hehehe... sangatlah xbiasa :P

Sepanjang photo-shoot berlangsung dari 10.30am-4.30pm banyak perkara lucu berlaku. Tak terasa masing-masing dah 30an... bahasa kami tetap sama.. kenangan satu persatu dikongsi mengingatkan kembali zaman remaja yang penuh warna warni! Bila ada antara kami yang dah kehabisan mood akibat kehausan dan kepanasan, ada saja yang mengusik.. tawa tak henti hinggalah semua selesai. Memang agak letih dengan cuaca panas terik.

Paling mencabar bila terpaksa memanjat bukit dan maintain mood ceria untuk shoot terbaik. Hihihi..xkisahlah propa sajer senyum tu... Mujurlah cameraman santai dan memahami kami keletihan... Cameraman sangat sporting..permintaan kami nak pose melompat, terbang, baring, dan macam-macam lagi semua dipenuhi.. sesekali dia beri pendapat, ada pose yang kami nak tu dah outdated (malunyer... hahahha.... xpe2..dia lagi pro!) 

Tak dapat dipastikan lokasi taman yang sangat menerujakan tu.. masih di Putrajaya. Kesemuanya ada lima lokasi termasuklah Masjid Besi dan Palace of Justice yang menjadi lokasi terakhir.

Ada 4 slot photo-shoot Friendship Storybook ni (Era persekolahan, zaman remaja, dunia kerjaya dan yang akhir adalah tema Aidilfitri) Biar terpaksa berbaju melayu lengkap di tengah panas terik, bukan masalah besar sebab cameraman sangat sporting dan sanggup tunggu kami bersiap kat Masjid Besi (mandi.. solat dan menunaikan segala hajat yang ada) Tak henti-henti mengingatkan kami supaya maintain mood happy. Terbaiklah!

Insha Allah nanti saya update entri Storybook setelah siap nanti ok!

Persahabatan adalah sesuatu yang sangat berharga dan terlalu indah jika diwarna dengan kejujuran dan tolak ansur.. :D
Sekadar berkongsi.



Terima Kasih

AdamTips : Apa perlu anda lakukan jika berlaku kemalangan jalanraya?


Hadooiii...... sebut pasal kemalangan jalanraya memang agak meremang ler bebulu roma nih.. Entri kali ni saya akan share tentang apa yang perlu dibuat jika berlaku kemalangan jalanraya memandangkan baru-baru ni saya terlibat dengan kemalangan melibatkan kereta (saya le tu...) dan sebuah motosikal berkuasa vroooommm... (wow! model baru okey!).

Bila kemalangan berlaku.. beberapa perkara penting sebagai asas perlu anda tahu supaya tidak menjadi mangsa (tak kisahlah mangsa orang kereta tarik ke..mangsa orang pau ker..dan segala lah yer... masa saya accident kali hari tu ramai batu api.. bukan nak tolong pun.. ceh!). Inilah dia sedikit langkah bijak yang perlu anda lakukan! Ayuh......;

1. Relax dan jangan tenang (walaupun hakikatnya berderau darah tengok orang melambung depan kete kaw!!)

2. Jangan sibuk fikir siapa salah, fokus kan fikiran anda! hafal nombor plat kenderaan (kalau tau model xapa. Polis boleh check dengan tenang dalam systems dia.. )

3. Jika ada yang tercedera bolehlah call ambulance (saya angkat sendiri mangsa dan hantar ke hospital ..sebab orang lain tengok je..)

4. Masa kejadian sure ramai menyibuk bukan nak tolong tp nak jadi hakim siapa salah. Jangan layan!! Call orang penting yang boleh membantu dan menenangkan anda. (Lagi best kalau org yang kita call tu boleh advice apa yang patut)

5. Kalau pertama kali anda accident, tak payah nak fikir NCD ke haper... gi Police Station sajer... Lagi lama anda di tempat kejadian lagi banyak masalah akan timbul (kecurian... manipulasi... peras ugut... tumbuk menumbuk lebam segala...nak2 kalau kat kawasan samseng berlaku accident itew..)

Yang selebihnya boleh rujuk kat bawah ni okey! 


p/s: jika berlaku kemalangan.. mengucap dan beristighfarlah .. walau anda tak cedera apa :D


Terima Kasih

05 June 2014

Keropok Lekor Homemade Seluruh Cinta


Terpaksa re-edit dan post semula entri ni sebab entah apa jadi, semua gambarnya xkluar.. jadi simbol no entry. Thanks kpd viewer yang prihatin dan inform hal ni. Jadi sy kongsikan ya resepi homemade keropok lekor.

Resepi ni saya dapat hasil google beberapa blog dan saya finalize ikut citarasa sendiri. Lepas upload di facebook, memang ramai PM untuk dapatkan resepi. Oklah, ni lah dia resepinya dan step by step cara buat:

Keropok Lekor Seluruh Cinta

800gram ikan selayang atau ikan sardin
800gram jugak tepung sagu atau tepung kanji
3 ulas garlic (tumbuk lumat...)
1 1/2 sudu baking powder
Garam secukupnya
Perasa yang dibenarkan :P
Sedikit minyak masak

Step 1 : Siang ikan , basuh bersih dan asingkan isinya.


Step 2 : Asingkan macam ni... check balik tulang temulang. Nanti xpasal-pasal azab jemarimu tertusuk duri..gituuh! Pastu blender tapi saya nak feeling2 tradisional, saya tumbuk dengan batu lesung :P, nak lagi cantek boleh kisar dgn blender kering ya.


Step 3 : Campurkan tepung, baking powder, garam, perasa dan bawang putih. Gaul sebati sampai jadi doh.


Step 4 : Dah jadi doh macam ni boleh kepal-kepal jai bentuk yg disukai. Ikut imaginasi memasing lah yer... kalau malas leh je wat bulat-bulat.. tapi xfeeling lekor lak nanti :P (hati-hati yer...sure ada jumpa tulang halus masa ni.. heheheh)


Step 5 : Sapu minyak sikit.... 


Step 6 : Didihkan air..dah buble-buble.... baru masukkan. rebus lama sket supaya dalam dia betul2 masak.

Step 7 : Angkat toskan dan goreng.



Hasilnya mmmmmm... Bolehlah sape2 yang nak adjust resepi kasi lagi dap dap dap...... 

Sekadar berkongsi!

p/s : uli doh dengan kasih sayang..baru sedap :P


Terima Kasih

Adamstory : Balada Terbaik 2014 dari Dato Siti Nurhaliza



Sudah lama xdengar lagu baru Dato Siti Nurhaliza yang boleh menangkap halwa telinga dengan sekali dengar. Kali pertama dengar walaupun hanya rakaman di konsert tahun ini (ada di youtube), jelas lirik dan muzik yang membuai rasa. Terlalu lama beliau tidak muncul dengan lagu seperti ini. Lagu ni benar-benar menambat hati :D

Album penuh dijangka akan dipasarkan pertengahan tahun 2014. Setakat ini tiga lagu dah dimainkan di radio - Galau, Lebih Indah, Jaga Dia Untukku. Kalau anda follow instagram ctdk, pasti anda dapat dengar sedutan 3 lagi lagu iaitu 'Seluruh Cinta' feat Cakra Khan, 'Aku' ciptaan Faizal Tahir dan Terbaik Bagimu. Sama-sama kita nantikan ya!

Saya kongsikan sedikit lirik lagu ini:

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah 
Mencari bintang terang hidupku

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masihku rentak aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang...


p/s : kalau nak dengar boleh click sini Rakaman Konsert - Terbaik Bagimu


Terima Kasih

AdamTips & AdamStory : Notis Berhenti 24jam ,redha atau tekanan ?


Pernah tak anda mengambil keputusan untuk berhenti kerja 24jam? Adakah keputusan tersebut dibuat ketika anda sedang arah dan sangat tertekan? Apa kesannya kepada anda?

Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman yang saya lalui tentang hal ini. Empat tahun lalu saya adalah kakitangan kerajaan dan tindakan resign 24jam memerlukan saya membayar sebulan gaji pokok. Keputusan ini dibuat apabila saya tidak dibenarkan memberi notis 3 bulan berhenti kerja dalam tempoh bercuti tanpa gaji. Setelah membuat petimbangan (keadaan kewangan semasa dan lain-lain komitmen..) saya tekad.

Minat mendalam selain peluang dari kolej swasta untuk mengajar menyebabkan saya leka dengan banyak hal melibatkan dokumentasi semasa bekerja di swasta. Antara kesilapan saya ialah percaya dan menerima verbal consent (janji2..benefit kerja...secara lisan - saya percaya sebab dijanjikan akan ditulis dalam agreement 'nanti'). Keseronokan mengajar menyebabkan saya leka agreement saya tidak tertulis apa yang dijanjikan.Termasuklah hal berkaitan gaji dan tempoh notis berhenti.

Masuk tahun ke-3, mula berlaku ketirisan dan seangkatan dengannya... dipendekkan cerita, saya mendapat peluang kerjaya yang lebih baik. Saya pun mengambil keputusan untuk berhenti 24jam (memandangkan beberapa staff sebelum ini yang berhenti 24jam tiada apa-apa tindakan dikenakan... sangat yakin saya juga senasib..hehehe). Sebelum berhenti semua urusan kerja sudah di'hand over' sebaiknya.. jadi saya tidak berhutang apa-apa dengan pihak kolej (kononnya.... tapi semua plastic... dalam susah tak siapa nak bantu ok! ramai yang suka dengan kepayahan kita...ada yg ok tapi sukar dijangka..ingat tu... )

Selepas seminggu, saya terima surat minta bayaran 3 bulan gaji dari kolej. Terkejut juga... Tapi saya tak layan hinggalah sampai surat saman dari syarikat guaman. Kemudian saya bersemuka dengan pihak kolej dan lawyer. Dipendekkan cerita..saman ini akan ditarik jika saya join semula teaching..

Tidak berfikir panjang, saya hanya bayar saman yang dikenakan...(rezeki Allah ada di mana-mana.. asalkan kita kerja ikhlas..) Nak buat macam mana. memang silap saya tidak membaca agreement dengan jelas dan terperinci.



Kesilapan ini boleh dielakkan sekiranya:

1. Membaca dan memahami isi kandungan perjanjian dan surat tawaran atau pengesahan jawatan dari majikan.

2. Tidak mempercayai janji manis melalui verbal. Semua yang dijanjikan mesti ditulis dalam agreemet.

3. Berfikir dengan waras dan bijak sebelum membuat keputusan. Elakkan diri dari pengaruh rakan sepejabat yang sangat menyokong tindakan kita ketika itu.

Oh ya, jika anda pernah rasa tidak dihargai setelah memberi sepenuh komitmen dan pengorbanan dalam kerjaya dan macam-macam hal, adalah lebih baik pertimbangkan kata-kata abg Kamal saya;

'kerjalah dengan ikhlas dan minat tanpa mengharapkan balasan, kalau kita tak dapat apa yang diharapkan seperti penghargaan, kita akan kecewa nanti'

Ada betulnya kata abg Kamal saya... sebagai insan biasa... adakala jika keterlaluan dan unsur-unsur penindasan makin jelas, memang kita terpaksa cari jalan keluar yang jauh lebih baik supaya tidak over stress untuk pelbagai hal tak sepatutnya. Alhamdulilah....jalan yang dipilih hari ini, lebih baik dan lebih indah (bak kata dato Siti Nurhaliza... :P)


Terima Kasih

Adamstory : Hadiah untuk Syawal dari ex-student


Hampir-hampir saja cancel aktiviti yang dirancang sebulan lebih gara-gara kepenatan dan clash dengan aktiviti lain... maklumlah cuti tak lama.. akan fly-by semula tak lama lagi.. Akhirnya dapat jugalah saya dengan dua orang ex.student (sepatutnya 7 orang tapi masing2 ada komitmen kerja dan macam-macam hal...) Ain dan Fatin. Hadoi.... memang gamatlah rumah dengan gelak tawa kami.

Masing-masing nak tunjuk skills wat cookies! Sebenarnya aktiviti ni datang bila kami semua group chatting.... adik2 ni kesian tengok ex lecturer dia xdapat beraya kat kampung tahun ni... jadi untuk xmenghampakan dan jadi kenangan di laut nanti, mereka rancanglah untuk wat sesi baking kuih raya... sebagai hadiah dan kenangan Syawal nanti..hihih.. terima kasih sgt2.. terharu tau! Sayang sumer!




Muka memang beriya.... tepung tercampak atas meja.. gula bercucuran ke meja.. (betul ke ayat ni?) penimbang 5kg boleh nampak 500gram.. nasib baik double check..kalau tak jadi keras batu leh cookies tu..

Kami decide untuk buat cookies nestum+cornflakes+almond+chocolate chips. Mulanya semangat...sorang baca resepi.. sorang sukat .. sorang uli.. masuk je adunan ke-3 terus campak2 je bahan-bahan.. heheh.. yg bestnyer sumer jadi :P







 Alolooo.... muka tamak haloba sangat nak tunjuk skills :P


Hamek kaw tepek2 sajer.... tu pun macam-macam bentuk jadi walaupun dibuat dengan kasih yg katenyer.. hihihi


Tadaaaa....... mulanya xada sapa nak mengaku yang ter'gelap' tu tangan siapa punya.. last2 baru tau! hehehe...


Bila siap..masuk dalam balang... feeling2 nak bisnes lah pulak! (halooo... baru siap 5 balang dah penat lagi nak jual.. ) Mula jam 11am dan siap 4.30pm.. campur lunch dan breakfast (breakfast kul 11 kaw??? hahahah..). Tapi masing-masing puas hati.. dan sejujurnya saya memang terharu sangat..

Sebelum balik sempat nak selfie sama-sama. Khas untuk semua ex-students... di mana pun kalian berada, insha Allah doa Sir An sentiasa ada bersama kalian...


Semoga kasih sayang yang ada antara kita semua berkekalan..amin.. Semua students yang pernah saya ajar adalah terbaik! Sayang kalian!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati