02 June 2014

AdamChoice : Album Zikir Terapi Diri Pilihan



Banyak sangat kat pasaran sana cd, vcd, dvd zikir. Terus terang saya katakan.... Setelah sekian lama xmembelinya, awal tahun lalu saya terus beli CD Hafiz Hamidun Terapi Diri lepas dengar alunan zikirnya yang sangat menyentuh hati kat HotFM.. Tiap harilah saya putar dalam kereta, kiranya album ni dapat hentikan sekejap saya pasang lagu2 lain... memang terbaik! Kiranya Hafiz berjaya membuatkan orang yang jarang mendengar zikir terapi sampai sanggup ke kedai mencari album ni,,, (colour ungu.. lama juga album ni saya dengar... tenang sangat...sampai hr ni pun saya masih dengar..)

Tetiba saya nampak album zikir kedua dari orang yang sama kat Speedy, judulnya Zikir Terapi Diri 2 (colour merah tu......). Aduhai.... saya bukanlah org yg mahir dalam hal muzik ni.. tapi rasanya album kedua ni tak boleh melekat langsung ke hati kecuali ada dua zikir tract 1 dan 9 xsilap yang syahdu dan mengesankan hati. Mungkin Hafiz cuba bereksperimen dengan muzik...tapi sangat janggal bila muziknya keterlaluan, kadang2 xsesuai dgn vocal Hafiz....ada yang bunyi mcm lagu Puteri Gunung Ledang (ada back up vocal aaaa......mmm... seram! ), aneh sangat muziknya (maaf ya..,. saya xdapat nak terus dengar..jump ke tract lain,). Cara alunan vocal pun agak keterlaluan... ada yg kedengaran bukan mendayu tapi lain macam.. hihhhii... dan keseluruhannya saya bagi 1.5 bintang dari 5 bintang. Maaf ya... judulnya bukan Zikir Terapi sepatutnya tapi lebih sesuai diberi nama seperti album nasyid kontemporari yang lain..

Saya memilih album Zikir Terapi Diri pertama sebagai yang terbaik!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati