01 June 2014

Adamchoice : Pemanggang Eksklusif IKAN dari Ana

Entah mimpi apa ...sejak dari atas kapal saya termimpi-mimpi nak dapatkan pemanggang eksklusif (lebih fofular dengan nama pemanggang ajaib !!   gituhhh!!!   hajaib segala...). Banyak juga saya google pengalaman pembeli yang tegar menggunakan benda alah ni. Jadi saya tak nak terkecuali lah.... nampak macam hebat.

Mula-mula saya buka blog-blog, tapi kebanyakkannya jauh untuk penghantaran. Bila jari saya menekan mudah.com.my.. teruslah dapat details beberapa penjual area Selangor. Saya pilih satu yang saya kira harganya ok. Xsukar untuk berurusan dengan penjual ni..namanya Ana. Hanya dengan whatsapp dari tengah laut.. dapat date appointment terus jumpa kat i-city Shah Alam (walaupun lagi sebulan yer baru cuti..dah sibuk nak order itu ini..hihihihi.. tempat nak jumpa paauan saya yang bagi..bukan Ana) 

Tarikh appointment beberapa kali ditukar atas sebab tertentu... Ana tetap xjemu melayan. hehehe.. ya lah..sekali bercuti ada-ada saja urusan yang perlu didahulukan.. ye x? Paling best Ana ni bukan jenis penjual yang nak untung semata-mata, dia yang cadangkan pada saya untuk jumpa dan ambil by hand supaya boleh jimatkan kos penghantaran pos RM20. Kebetulan pula i-city tu dekat dengan lokasi semasa saya. Lagi satu Ana ni mesra pelanggan dan tak sibuk2 nak promote product itu ini yang kita tak perlukan... saya memang rimas kalau penjual macam ni. Tapi Ana tidak.... saya selesa berurusan.


Pemanggang ni saya beli dengan harga RM160. Didatangkan dengan buku resepi dan DVD memasak. Boleh click sini AnaBest untuk maklumat lanjut. Untuk masakan yang saya dah masak dengan pemanggang eksklusif ni... tunggu entri lanjut ya!


Terima Kasih

1 comment:

Liyana Atiqah said...

Selamat pagi Adam...
Terima Kasih atas kesudian anda berurusan dengan kami...

Sekali lagi Jutaan terima kasih kerana mempromosi kan page kami...

Kalau de masa sila lah klik kat blog kami di http://barangdapureksklusif.blogspot.com

Terima Kasih... kalau de order lagi.. jangan malu2 tuk hubungi kami..

Ana..

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati