20 June 2014

AdamChoice : SPA pilihan Sauna De' Aroma


Saya nak share tentang spa yang pertama saya kunjungi di Banting. Almaklumlah..sebelum ni berkunjung di area Ampang dan sekitar Kuala Lumpur saja. Sejak dah berpindah, spa ni paling terdekat. Kunjungan ini bukanlah yang pertama. rasanya selepas treatment dan service yang diterima memang saya akan jadikan spa ni sebagai antara pilihan utama.
 
Walaupun terletak di kawasan kampung, spa ni boleh saya katakan sebaris dengan spa yang ada di kotaraya. Kenapa? sebab service....decoration... bahan-bahan yang digunakan.. berada pada skala 4 bintang dari 5 bintang. Therapist nya terlatih dan professional.. Biasanya kalau pakej okey tapi therapist macam haram... memang sekali je lah saya datang :P
 
Pertama kali dulu, saya datang untuk pakej 4 ; urutan badan, scrub badan, masker badan dan mandian susu (konon2.....feeling2 jer....) Ya lah.. berbulan di tengah lautan, sekali sekala tubuh ni perlu rehat dan dimanjakan (gituhhh!). Rawatan mengambil masa 2 jam lebih sampai tertidur dialunkan muzik Bali dan bau aromaterapi yang tak menyengat hidung.
 
Ada banyak juga treatment kat sini macam facial dan lain-lain (saya agak sensitive bab bahan2 sapuan kat muka.. jadi memang saya tak pernah wat facial kat mana-mana spa. Takut jerawat tetiba hadaa.... :P ) Boleh pilih mengikut keperluan anda. Harga untuk setiap pakej pun sangat berpatutan serendah RM 75.00 xsilap.
 
Jangan risau.. therapist anda adalah mengikut jantina. Untuk lelaki, kita perlu buat temujanji awal. By call atau whatsapp pun boleh...senang. Saya memang selesa berurusan di sana. Kalau anda berminat boleh click sini ya Sauna Herba de Aroma




p/s : maaf tak dapat upload banyak gambar due to connection internet atas laut :P



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati