28 June 2014

Adamhealth : Ketone dalam air kencing?



Pagi-pagi ni ada patient datang untuk follow up  kes jangkitan saluran kencing (orang kata kencing kotor...) tapi dapat trace benda lain lah pulak.. dalam air kencing (kita orang medical sebut urine... ehhehe) ada KETONE. Rupanya patient ni memang ada Diabetes tapi xnak mengaku sebab takut kena hantar balik ke darat.. haiyooo.. macam2 hal kan..

 
Selfie selepas treat patient.. hahah... macam hampeh jerk patient tumpang pose!


Ok nak share info tentang ketone dalam urine.

Ketone ni sejenis bahan chemical yang terhasil dalam air kencing bila badan kita kekurangan hormone insulin dan tubuh menggunakan fat (lemak) untuk menghasilkan tenaga. Kiranya bila dapat trace ketone dalam urine maknanya badan kita tengah menggunakan lemak sebagai sumber tenaga, bukannya glucose dari insulin secara normal (maknanya ada gangguan pada tubuh hingga xcukup insulin.. bahaya tu adik2.. gituhhhh!)

Dalam keadaan normal, tidak ada ketone dalam urine. Kenapa boleh jadi begini? Ha... ada beberapa sebab;

1. Diabetes yg tak terkawal.
2. Diabetes Ketone Acidosis (keadaan emergency utk patient diabetes)
3. Kelaparan - tak makan 12-18jam, anorexia atau alcoholic.
4. Keracunan
5. Gangguan metabolic.
6. Dehydrated (kurang air dalam tubuh..)

Resultnya adalah dlm bentuk Negative (xde ketone), Trace, Small, Moderate dan Large. yang xberapa nak elok ialah moderate to large.

Jaga diri baik2 ya... banyakkan minum air masak tau!






Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati