21 June 2014

Adamhealth : Komplikasi tekanan darah tinggi kepada 4 organ utama tubuh!

Hai semua... lama saya tak update entri tentang kesihatan. Pagi tadi saya beri Health Talk untuk 300 orang crew kapal.. Topik tentang komplikasi Hipertensi atau tekanan darah tinggi kepada tubuh kita.

Macam biasalah..penerangan saya dalam bahasa yang sangat mudah difahami. Kalau tak faham boleh baca sekali lagi ya.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi boleh merosakkan salur darah dalam badan. Setiap hari, kalsium dan cholesterol akan terbentuk dalam salur darah (boleh rujuk sini untuk penerangan cholesterol 'apa itu cholesterol?'). Lama kelamaan salur darah akan menyempit (sebab cholesterol dan calcium dah tebal dalamnya), aliran akan tersekat dan boleh merosakkan organ utama seperti jantung, buah pinggang, mata dan otak.























Bagaimana kerosakan organ berlaku?

1. Jantung :

Otot jantung akan lebih thick atau menebal, bila sudah terlalu teruk tiada apa-apa tanda akan anda rasa. Lama kelamaan aliran darah akan tersumbat dan menyebabkan serangan jantung. Jika tidak dirawat segera .... anda mungkin mendapat heart failure atau kegagalan jantung yang menyebabkan kerosakan kekal pada otot jantung.

2. Buah Pinggang :

Hipertensi merosakkan salur darah dalam buah pinggang yang menyebabkan proses filtrasi atau penapisan dan pembersihan bahan terbuang dalam darah tidak berfungsi. Akibatnya kemungkinan anda terpaksa menjalani dialysis dan pemindahan buah pinggang baru (menerusi penderma organ).

3. Mata :

Dalam mata terdapat banyak salur darah halus. Tekanan darah tinggi akan menyebabkan pengembangan atau bengkak pada salur darah dalam mata dan akhirnya berlaku pemecahan salur darah. Bila terjadi pendarahan dalam mata, bukan hanya kabur malah anda berisiko untuk buta.

4.  Otak  :

Anda akan menderita stroke atau angina ahmar apabila belaku kerosakan tisu dalam otak akibat pemecahan atau penyumbatan salur darah dalamnya. kebiasaannya symptom seperti lumpuh sebahagian tubuh  atau tidak sedarkan diri boleh berlaku.

Apa yang penting sekarang, anda perlu pastikan adakah anda menghidap penyakit ini? Jika ya... patuhi segala ubat yang diberikan doctor dan jalani cara hidup berkualiti. Jika anda tidak menghidap penyakit ini, teruskanlah makan dengan sihat, relax, senaman berjadual dan elakkan merokok.

Sekadar berkongsi!

p/s : kawal kemarahan anda sebaiknya... jangan stress2 selalu ya..tidak bagus!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati