01 June 2014

Adamlicious : Bergedil Udang Terbaik Bagimu

Nugget jawa tentulah bergedel... hehehe... Saya telah dipaksa untuk buat walaupun cuma ada 5 biji kentang je kat dapur. hehehe.. punyalah malas nak pergi SegiFresh, saya buat dengan jumlah kentang yang ada ..dapatlah 12 biji...


Bergedil Udang Terbaik Bagimu
(curi judul lagu baru Dato Siti Nurhaliza)

5 biji kentang
Segenggam udang kering (basuh dan tumbuk kasar... yang halus nt xsedap)
Segenggam bawang goreng (diramas sekuat yang boleh..hehehe)
Sedikit daun sup (racik kecil)
Garam dan lada sulah

2 biji telur (dipukul sekejap)
Minyak untuk menggoreng

Mula2 goreng kentang yang dah dikupas dan dipotong bentuk wedges (senang masak nanti). Angkat kentang dan tumbuk dengan batu lesung sampai lumat dan melekat. Gaulkan dalam bekas lain dengan semua bahan. Uli dan gentel bulat.... Tak perlu campur tepung ok! Celup dalam telur goreng sampai gelap sikit. Api sederhana ya.. 

p/s: kalau masa goreng tu minyak berbuih sampai xnampak apa yang digoreng, maknanya tadi masa masukkan bergedil, minyak xbetul2 panas. jangan gabra...goreng je.... besarkan sikit api.


Terima Kasih

1 comment:

fayreen mizan said...

boleh try resepi ni nanti... bergedil memang favourite saya :)

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati