05 June 2014

Adamstory : Balada Terbaik 2014 dari Dato Siti Nurhaliza



Sudah lama xdengar lagu baru Dato Siti Nurhaliza yang boleh menangkap halwa telinga dengan sekali dengar. Kali pertama dengar walaupun hanya rakaman di konsert tahun ini (ada di youtube), jelas lirik dan muzik yang membuai rasa. Terlalu lama beliau tidak muncul dengan lagu seperti ini. Lagu ni benar-benar menambat hati :D

Album penuh dijangka akan dipasarkan pertengahan tahun 2014. Setakat ini tiga lagu dah dimainkan di radio - Galau, Lebih Indah, Jaga Dia Untukku. Kalau anda follow instagram ctdk, pasti anda dapat dengar sedutan 3 lagi lagu iaitu 'Seluruh Cinta' feat Cakra Khan, 'Aku' ciptaan Faizal Tahir dan Terbaik Bagimu. Sama-sama kita nantikan ya!

Saya kongsikan sedikit lirik lagu ini:

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah 
Mencari bintang terang hidupku

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masihku rentak aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang...


p/s : kalau nak dengar boleh click sini Rakaman Konsert - Terbaik Bagimu


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati