11 June 2014

Adamstory : Bila pertama kali menjejaki Kedah Darul Aman

Tak senonoh kan pic atas ni? hahaha... nilah bila dah lebih kurang 6 bulan xjumpa. Nilah 'anak-anak' kesayangan...  Sekarang masih mode bercuti lagi. Syukurlah penerbangan dari KL-Alor Setar tak ada masalah. Maklumlah pertama kali ke sini dan bawa mak yang buta dan berkerusi roda naik flight. Terima kasih sangat-sangat kat staff Air Asia yang ramah dan sopan santun.


Sampai di lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, kakak dan keluarganya dah menanti di balai ketibaan. kedengaranlah loghat utara sebenar kat sana sini! Hehehee.... orang sini lawa-lawa dan berkulit coklat. Ada juga yang cerah tapi xramai.. Agak ramah juga! Saya mula cari perbezaan loghat kedah dan penang.. rasanya macam lebih kurang. Mungkin beberapa hari lagi saya dapat jawapan!



Hari ni masuk hari ke-3. Banyak juga tempat dah pergi sekitar bumi Darul Aman ni. Selain berjalan-jalan, saya dibawa menziarahi saudara sebelah abang ipar. Dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan rumah kampung yang menenangkan. Insha Allah saya akan share dalam entri seterusnya nanti.

Bukan senang nak habiskan masa begini...kebetulan pula cuti sekolah. masih berbaki beberapa hari sebelum flight balik ke Kuala Lumpur semula. El Nino dah mula melanda... kepanasan siang dan malam (Berpeluh sakan walaupun tido depan kipas). Fanasss..... tapi tetap nak jalan!

Dalam jadual di sini, esok akan ke Pulau Langkawi. Pernah ke sana sebelum ni tapi sudah 10 tahun lepas, pasti banyak perubahan di sana :D

Cheers!











Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati