22 June 2014

Adamstory : Klang Bukan sekadar bandar Diraja

Berbulan tak berkunjung ke tempat lama mengajar. Klang Bandar Diraja.... Haaa..gambar atas ni main office tapi Medical Department ada kat bangunan lain (feeling campus sgt... :P). Sempatlah curi masa sekejap untuk melunaskan saman yang dituntut oleh bekas majikan tersayang (seriously..bunyi macam menyindir tapi bekas majikan memang ada baiknya...hihihi)

Memanglah ada sikit bengkak hati ni kalau ingat-ingat semula segala kepayahan dan pengorbanan lalu bila dihadiahkan dengan saman indah puluhan riban ni.. tapi  terpaksa relakan. Kena sucikan hati... anggap saja kifarah yang dikenakan untuk segala kesilapan yang tidak disedari..hihii.. Sebagai manusia kita selalu  xsedar ada dosa dah dilakukan...betul x.. Kena percaya soal rezeki yang telah Allah tetapkan..

Tersengih sendiri bila teringat satu demi satu kenangan... sejujurnya kenangan bersama student antara yang paling berharga di sini. Sekarang ni cuti semester jadi xdapatlah jumpa student yang masih belum tamat pengajian. Masa nak balik tetiba je disapa dua org ni.... ha... ni antara student terakhir yang sempat dengan saya, namanya Kasturi dan Punita... (seharum kasturi gituhhh.....)

Mereka ni tengah buat latihan amali untuk exam xlama lagi. Ada juga berkongsi cerita tapi tak lama sebab saya nak cepat. maklumlah masih banyak yang nak diuruskan.. (feeling artis sgt busy2 nih..!)

p/s : semua yang berlaku sudah tertulis dan mampu utk kita sebagai hambaNya mendepani perkara itu. Jadi ..redhalah :D




Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati