23 June 2014

Adamstory : Minat kerjaya di offshore ?


Akhir-akhir ni saya dihujani dengan mesej-mesej facebook dari rakan-rakan yang dikenali mahupun tak dikenali. Rupanya ramai yang berminat untuk mengetahui selok-belok dunia kerjaya di offshore dan yang soalan paling utama adalah tentang salary. Ya... memang tak dinafikan bayaran gaji untuk mereka yang bekerja di tengah laut ni memang berbeza dengan gaji di darat. Mengapa?  Mesti ada sebabnya....


Jika anda berminat untuk terjun ke bidang oil & gas atau pelayaran meredah lautan berbulan-bulan ke serata tempat, pastikan anda betul-betul tahu apa yang akan anda alami , sebarang risiko dan apa-apa berkaitan. kenalpasti istilah offshore yang sangat luas....Tak cukup sekadar minat.... kekuatan mental sangat penting. Badan yang tegap, suara yang garau dan macho, muka yang ganas bukan jaminan anda tabah mengharungi liku-liku di sini. Percayalah soal rezeki dan nasib yang ditentukan. Jika memang rezeki anda di sini, lambat atau cepat pasti impian anda menjadi kenyataan.

Rata-rata rakan sekerja dari disiplin berbeza mengakui masing-masing menyimpan kisah tersendiri sehingga membawa mereka ke meredah lautan.. Jika diberi peluang, ada yang mahu mengundurkan masa untuk kembali bersama keluarga tercinta. Benar atau tidak, biarlah rahsia :D,

Insha Allah entri seterusnya nanti saya akan update tentang peluang kerjaya di offshore.

Salam...


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati