05 June 2014

AdamTips & AdamStory : Notis Berhenti 24jam ,redha atau tekanan ?


Pernah tak anda mengambil keputusan untuk berhenti kerja 24jam? Adakah keputusan tersebut dibuat ketika anda sedang arah dan sangat tertekan? Apa kesannya kepada anda?

Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman yang saya lalui tentang hal ini. Empat tahun lalu saya adalah kakitangan kerajaan dan tindakan resign 24jam memerlukan saya membayar sebulan gaji pokok. Keputusan ini dibuat apabila saya tidak dibenarkan memberi notis 3 bulan berhenti kerja dalam tempoh bercuti tanpa gaji. Setelah membuat petimbangan (keadaan kewangan semasa dan lain-lain komitmen..) saya tekad.

Minat mendalam selain peluang dari kolej swasta untuk mengajar menyebabkan saya leka dengan banyak hal melibatkan dokumentasi semasa bekerja di swasta. Antara kesilapan saya ialah percaya dan menerima verbal consent (janji2..benefit kerja...secara lisan - saya percaya sebab dijanjikan akan ditulis dalam agreement 'nanti'). Keseronokan mengajar menyebabkan saya leka agreement saya tidak tertulis apa yang dijanjikan.Termasuklah hal berkaitan gaji dan tempoh notis berhenti.

Masuk tahun ke-3, mula berlaku ketirisan dan seangkatan dengannya... dipendekkan cerita, saya mendapat peluang kerjaya yang lebih baik. Saya pun mengambil keputusan untuk berhenti 24jam (memandangkan beberapa staff sebelum ini yang berhenti 24jam tiada apa-apa tindakan dikenakan... sangat yakin saya juga senasib..hehehe). Sebelum berhenti semua urusan kerja sudah di'hand over' sebaiknya.. jadi saya tidak berhutang apa-apa dengan pihak kolej (kononnya.... tapi semua plastic... dalam susah tak siapa nak bantu ok! ramai yang suka dengan kepayahan kita...ada yg ok tapi sukar dijangka..ingat tu... )

Selepas seminggu, saya terima surat minta bayaran 3 bulan gaji dari kolej. Terkejut juga... Tapi saya tak layan hinggalah sampai surat saman dari syarikat guaman. Kemudian saya bersemuka dengan pihak kolej dan lawyer. Dipendekkan cerita..saman ini akan ditarik jika saya join semula teaching..

Tidak berfikir panjang, saya hanya bayar saman yang dikenakan...(rezeki Allah ada di mana-mana.. asalkan kita kerja ikhlas..) Nak buat macam mana. memang silap saya tidak membaca agreement dengan jelas dan terperinci.



Kesilapan ini boleh dielakkan sekiranya:

1. Membaca dan memahami isi kandungan perjanjian dan surat tawaran atau pengesahan jawatan dari majikan.

2. Tidak mempercayai janji manis melalui verbal. Semua yang dijanjikan mesti ditulis dalam agreemet.

3. Berfikir dengan waras dan bijak sebelum membuat keputusan. Elakkan diri dari pengaruh rakan sepejabat yang sangat menyokong tindakan kita ketika itu.

Oh ya, jika anda pernah rasa tidak dihargai setelah memberi sepenuh komitmen dan pengorbanan dalam kerjaya dan macam-macam hal, adalah lebih baik pertimbangkan kata-kata abg Kamal saya;

'kerjalah dengan ikhlas dan minat tanpa mengharapkan balasan, kalau kita tak dapat apa yang diharapkan seperti penghargaan, kita akan kecewa nanti'

Ada betulnya kata abg Kamal saya... sebagai insan biasa... adakala jika keterlaluan dan unsur-unsur penindasan makin jelas, memang kita terpaksa cari jalan keluar yang jauh lebih baik supaya tidak over stress untuk pelbagai hal tak sepatutnya. Alhamdulilah....jalan yang dipilih hari ini, lebih baik dan lebih indah (bak kata dato Siti Nurhaliza... :P)


Terima Kasih

3 comments:

Akmal Jamil said...
This comment has been removed by the author.
Akmal Jamil said...

Terbaek...tp last2 bervaloikan tinggal tmpat yg penuh dgn pemakan daging sedare2...hehehe

Cikna said...

Pernah alami nasib yg sama berhenti notis 24jam sbb nk tkr dr sektor swasta ke sektor kerajaan, nasib baik mse tu dpt bonus 2bln gji....;-(

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati