20 June 2014

Adamtips : Apa perlu anda lakukan bila terlibat dalam kemalangan jalanraya?




Hadoii... malang tidak berbau kan? Baru-baru ni saya kemalangan jalanraya dengan sebuah motor (motor besar you ! langgar kereta I yang comel nih!) Walaupun bukan kali pertama pengalaman macam ni tapi setiap kali berlaku mesti berderau darah dan panic attack kaw! (xsemena-mena flushing face dan ketakutan menjelma bila tengok orang melambung dari depan kereta ke belakang!)

Seriously... ngeri... bila berlaku macam ni.. saya terus keluar tengok mangsa. Syukurlah mangsa boleh bercakap dan setelah penilaian dibuat, saya yakin tak ada kecederaan tulang belakang atau major injuries lain..terus saya angkat mangsa masuk kereta dan bawa ke Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Banting. Masa tu..orang ramai yang berkerumun bukan nak tolong, sibuk jadi hakim siapa salah.. kereta nak tarik bengkel.. ada insurans tak? dan segala macam suara2 mak nenek yang kedengaran... batu api segala ..semua ada. (mungkin memang macam ni kot budaya orang kita...sedih...)

Okeylah.. nanti saya update entri tentang kemalangan tu. Tapi sekarang ni saya nak kongsi apa perlu anda lakukan jika senasib dengan saya :P

1.  Relax jangan cemas walau hakikatnya memang xkeruan..(istighfar dan zikirlah dalam hati... walaupun lama xwat mcm ni kan... hihihih..)

2.  Kalau ada yang cedera, boleh call 999 atau minta bantuan orang lain jika xmampu.

3.  Hafal details pemandu lain yang terlibat, at least no plat kenderaan tu dan catat phone number...

4.  Jangan bincang siapa yang salah. Keadaan akan jadi lagi rumit sebab akan ramai saksi2 tak diundang atau samseng2 yang cuma nak menangguk di air keruh.

5.  Laporkan ke balai polis dengan segera sekiranya tiada kecederaan, kalau ada pergi hospital dulu dapatkan rawatan.

6.  Call centre insurans anda untuk towing kenderaan anda.

Ramai orang takut nak report polis sebab tak nak kena kompaun RM300 dan kesan kepada NCD kenderaan. Bagi saya, bergantung kepada keterukkan kemalangan. Jika kos baiki memang murah dan hanya kemalangan ringan ala2 je..dan ada persefahaman antara anda dengan mangsa kemalangan, bolehlah settle kat situ..tapi yang xbest kalau ada yang ambil kesempatan. Jika memang anda zero bab2 hal kereta atau kemalangan.. pergi je Balai Polis. Biar mereka putuskan dan siasat kemalangan ni. Banyak risiko kalau tak report seperti anda dipersalahkan masa akan datang.. mangsa create citer nasi tambah segala walhal xada apa..untuk kaut untung kat anda.. ugutan samseng2 jalanraya.. dan macam2 lagi...

Tepuk dada Tanya selera...

Sekadar berkongsi.



Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati