09 June 2014

AdamTips : Apa perlu anda lakukan jika berlaku kemalangan jalanraya?


Hadooiii...... sebut pasal kemalangan jalanraya memang agak meremang ler bebulu roma nih.. Entri kali ni saya akan share tentang apa yang perlu dibuat jika berlaku kemalangan jalanraya memandangkan baru-baru ni saya terlibat dengan kemalangan melibatkan kereta (saya le tu...) dan sebuah motosikal berkuasa vroooommm... (wow! model baru okey!).

Bila kemalangan berlaku.. beberapa perkara penting sebagai asas perlu anda tahu supaya tidak menjadi mangsa (tak kisahlah mangsa orang kereta tarik ke..mangsa orang pau ker..dan segala lah yer... masa saya accident kali hari tu ramai batu api.. bukan nak tolong pun.. ceh!). Inilah dia sedikit langkah bijak yang perlu anda lakukan! Ayuh......;

1. Relax dan jangan tenang (walaupun hakikatnya berderau darah tengok orang melambung depan kete kaw!!)

2. Jangan sibuk fikir siapa salah, fokus kan fikiran anda! hafal nombor plat kenderaan (kalau tau model xapa. Polis boleh check dengan tenang dalam systems dia.. )

3. Jika ada yang tercedera bolehlah call ambulance (saya angkat sendiri mangsa dan hantar ke hospital ..sebab orang lain tengok je..)

4. Masa kejadian sure ramai menyibuk bukan nak tolong tp nak jadi hakim siapa salah. Jangan layan!! Call orang penting yang boleh membantu dan menenangkan anda. (Lagi best kalau org yang kita call tu boleh advice apa yang patut)

5. Kalau pertama kali anda accident, tak payah nak fikir NCD ke haper... gi Police Station sajer... Lagi lama anda di tempat kejadian lagi banyak masalah akan timbul (kecurian... manipulasi... peras ugut... tumbuk menumbuk lebam segala...nak2 kalau kat kawasan samseng berlaku accident itew..)

Yang selebihnya boleh rujuk kat bawah ni okey! 


p/s: jika berlaku kemalangan.. mengucap dan beristighfarlah .. walau anda tak cedera apa :D


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati