24 June 2014

AdamTips : Bila ada mangsa sawan BABI....apa nak buat?



Tengah syok google-google pasal plaster ceiling (eh..betul ke ejaan nih??) kat hospital..tetiba dengar bunyi berdentum kat bilik office sebelah. Macam bunyi benda berat jatuh! Pastu sayup-sayup dengar riuh rendah... (dup dap dup dap dah jantung ku ini..) tetiba ada anak kapal ni muncul kat pintu hospital:

'medic...ada orang kena rasuk!' haiyoooo.... apakah? rasanya xde lagi ilmu bomohkan org dirasuk nih! hahaha.... (kalau kena rasuk dewa laut.. I nak minta 3 permintaan! haha..)

Sampai kat lokasi kejadian.. ada orang tak sedarkan diri sambil terkujat-kujat menggelupur segala.. mulut berbuih sakan dengan mata uprolling..(pusing2 u olls ke atas bagai roller coster) weeuuuu.... yg xbest mangsa ni tersepit di antara perabot (meja dan segala mak nenek computer bagai....). Orang dah mula berkumpul nak tengok movie live la tu......maklumlah muka mangsa ni agak hot macam pelakon popular katenyer...

Rupanya mangsa ni dapat serangan seizures atau epilepsy atau dalam bahasa mudah sawan babi (babi ke tak...I xsure yer....). Kisahnya mangsa ni last kena sawan umur 11 tahun. Sekarang dah 28 tahun... wah... apakah????  jeng...jeng..jeng.....

Mesti ada trigger factor yang sebabkan dia kena seizures ni! Setelah disiasat..kemungkinan akibat terhidu bau cat dan chemical yang digunakan...cuaca pulak tengah membahang El Nino segala.. Oklah, ada tips kalau anda berhadapan dengan benda mcm ni:

1. Relax dulu.. tarik napas sampai idung kempas kempis.. ahhaha

2. Jauhkan mangsa dari benda berbahaya mcm bucu meja kerusi ,..barang kaca..jangan alihkan mangsa kalau xmampu atau mangsa tengah mengeras (boleh cedera nanti yer... kalau x mangsa.. u olls yg cedera!)

3. Perhatikan salur pernafasan.. (jangan gedik nak cium atau tiup mulut ke molottt...). Kalau terbengkok ke leher.. trylah ampu slow2.

4. Jangan nak masukkan sudu (konon nanti mangsa gigit lidah sampai putus..-mitos yer..)

Ok..itu je dulu. Serangan kejung2 seram ngeri ni biasanya dalam 5 minit atau kurang.. jadi kalau dah wat sumer yang di atas.. boleh tgk je..ala2 nonton kat tonton.my. ahhaha

Bila mangsa sedar, letakkan dalam posisi mengiring.. (ala2 mcm kita tdo peluk bantal busuk kat kelengkang tu..). Mangsa biasanya keletihan ya amat pas sedar.. pastu bawak g klinik. Settle!~!!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati