27 August 2014

Satay Hut Gergasi di Kuala Selangor

Pertama kali sampai di sini.. rasanya takkan lupa sampi bila-bila. Kalau anda peminat satay... di sini antara satay térbaik selepas satay Barakah sijangkang, dan Satay station kampung Pandan KL. Maaf ye satay Hj Samuri Kajang xtermasuk list.. hihi

Saya sampai kat lokasi seawal 5.00pm walaupun pelan asal bukan ke sini.. memandangkan Mr. Pegasus drive... jd saya ada masa blog walking.. maka dapatlah info pasal Satay Hut. Size gergasi satay pada harga serendah RM1.60 saja... mak oi!! Berbaloi-baloi... kami xlupa order ABC special.. bila sampai je order.. hadoiiii... mana nak letak ni? Space dalam perut macam like2 je haderrr...... heheh.. oh ya..kami da kenyang jd tak order makanan panas. Tapi sempat juga menjeling kat customer table sebelah dan belakang... best presentation sup.. hihi..mee pun nampak menyelerakan. Xboleh komen rasa sebab tak makan.. ye x.. hihihi

Oklah.. blogger semua boleh cuba kat sini ya. Gambar kat bawah ni boleh buktikan size sebenarnya.. hampir separuh mangkuk kuah satay utk secucuk!! Rasanya cukup manis dan lazat... jom!!


Terima Kasih

25 August 2014

Percutian Di D'Muara Marine Park, Sg Hj Dorani

Kali terakhir saya jejak kaki di sini pada tahun 2007. Jadi kononnya nak ulang memori lama dan nak tengok perubahan terkini resort.. maklumlah dulu masih belum siap sepenuhnya pun dah cukup beri kepuasan tempat tinggal dan makanan yg lazat.

Urusan booking sangat mudah berbanding kalau buka webpage..ada tulis perlu bank in deposit etc bla..bla..bla.. saya cuba nasib call saja. Kebetulan hari bekerja jd memang ada kosong. Jadi sampai saja Klia terus menuju ke sana. Chalet pilihan ialah yg seaview dan atas air laut. Tak banyak yg berubah... fasiliti masih sama cuma ada yg kureng..

1. Towel ada 1 saja..sampai hari kedua pun masih belum dapat lagi.
2. Shower sangatlah slow airnya.. mandi memang xpuas.
3. Langsir dalam chalet agak comot...
4. Cadar tilam memang bersih tapi dah pudar dan ala2 dah lama..

Layanan receptionist merangkap runner memang sopan dan murah senyuman jadi saya x demand sangat.. cukuplah adanya. Lagipun pilihan sendiri ke sini. Cuma Mr. Pegasus membebel sikit... hihihi... Harga satu malam RM140 saja dengan deposit RM50. Keseluruhan kawasan masih cantik dan tenang... dengan bunyi air laut dan burung-burung.. nak shooting gambar pun best... cantik.

Malam pertama memang xsabar nak ke restoran resort. Teringat lagi keenakkan mentarang bercili.. ikan bakar pelbagai etc.. sampai ke hari ni teringat kelazatan masakan ala kampung yg super lazat... 

Tapi sangat kecewa...rasanya pengurusan restoran resort dah bertukar tangan atau tukang masaknya. Kami hanya dilayan selepas hampir lelah menunggu waiter..padahal hanya ada 1 table customer sedang makan. Bila minta menu... terkejut sangat dengan menu yang ada. Tak ubah seperti menu kedai tomyam yg bersepah kat tepi jalan.. dah lapar jadi kami order juga.

Soup cendawan, paprik ayam, telor dadar, kailan ikan masin, kue teow bandung dan air minuman termasuk laicikang. Serius.... rasa sangat hambar. Habis makan terus kami plan esok untuk makan di luar... banyak lagi restoran yg sedap. Impian dari jauh untuk ke sini... memang hampa sangat. Cuma fasiliti tidur masih tetap nyaman dan mendamaikan.

Saya cadangkan kpd anda yg nak ke sini.. boleh datang tapi plan betul2 lokasi makan nanti ya. Jangan bimbang sebab sepanjang perjalanan dari arah Klang memang banyak tempat makan yg ohsemmm.. hihihihi.. pilihan di tangan anda!!


Terima Kasih

24 August 2014

Menu Eksotik Lazat Di Sungai Besar, Kuala Selangor

Lama sungguh tak update blog.. bukan sengaja tapi tempoh 'pelayaran' 68 hari kali ni tidak ditemani line internet measat etc... terpaksalah bertapa kejap.

Perkara pertama sy buat ialah bercuti di Dmuara Marine Park, Sg Hj Dorani, Kuala Selangor.. tentang fasiliti nanti saya share kat entri lain. Hari kedua saya menuju ke restoran yang ada hidangan eksotik macam landak, pelanduk, rusa, kijang, arnab, ikan baung, belut etc... ikutlah stock fresh apa yg ada.

Ni semua pengaruh rakan blogger lain. Saya cuba sendiri. Lokasinya senang. Kalau dari KL... boleh ikut susunan gambar. Perjalanan ke dalam jaraknya 5km..penuh sawah padi kanan kiri. Jangan takut sesat..ending jalan ada signboard oren.

Restoran Lembah Bernam.

Saya sampai pukul 11.30am.. awal kan?? Lapar punya pasal. Restoran ni buka 11.00am sampai 5.00pm. Jangan bimbang kalau tak tahu nak makan apa. Pelayan atau owner sendiri (En.Kassim) akan bantu.

Jujur saya dan Mr. Pegasus bagi 5 bintang penuh untuk rasa masakannya. Memang citarasa kampung kurang ajinomoto.. penuh nikmat sampai berpeluh makan. Selain makanan eksotik lauk pauk ala kampung lain pun ada. Anda pasti tak menyesal!!

Harganya sangat berpatutan. Kami order landak berlada, daging pelanduk kicap (sangat lazat sampai xdpt beza asam keping dgn daging..hihihi), soup belut, ikan puyu goreng, terung goreng tepung, ulaman, nasi putih, tapai pulut 4 bungkus, tapai ubi 2 bungkus, nata de coco 1 cup, limau ais dgn laici ais... total RM68.70 tapi owner ambil RM67.00 saja! Discount sebab saya mesra kot.. hihihi... jom!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati