24 August 2014

Menu Eksotik Lazat Di Sungai Besar, Kuala Selangor

Lama sungguh tak update blog.. bukan sengaja tapi tempoh 'pelayaran' 68 hari kali ni tidak ditemani line internet measat etc... terpaksalah bertapa kejap.

Perkara pertama sy buat ialah bercuti di Dmuara Marine Park, Sg Hj Dorani, Kuala Selangor.. tentang fasiliti nanti saya share kat entri lain. Hari kedua saya menuju ke restoran yang ada hidangan eksotik macam landak, pelanduk, rusa, kijang, arnab, ikan baung, belut etc... ikutlah stock fresh apa yg ada.

Ni semua pengaruh rakan blogger lain. Saya cuba sendiri. Lokasinya senang. Kalau dari KL... boleh ikut susunan gambar. Perjalanan ke dalam jaraknya 5km..penuh sawah padi kanan kiri. Jangan takut sesat..ending jalan ada signboard oren.

Restoran Lembah Bernam.

Saya sampai pukul 11.30am.. awal kan?? Lapar punya pasal. Restoran ni buka 11.00am sampai 5.00pm. Jangan bimbang kalau tak tahu nak makan apa. Pelayan atau owner sendiri (En.Kassim) akan bantu.

Jujur saya dan Mr. Pegasus bagi 5 bintang penuh untuk rasa masakannya. Memang citarasa kampung kurang ajinomoto.. penuh nikmat sampai berpeluh makan. Selain makanan eksotik lauk pauk ala kampung lain pun ada. Anda pasti tak menyesal!!

Harganya sangat berpatutan. Kami order landak berlada, daging pelanduk kicap (sangat lazat sampai xdpt beza asam keping dgn daging..hihihi), soup belut, ikan puyu goreng, terung goreng tepung, ulaman, nasi putih, tapai pulut 4 bungkus, tapai ubi 2 bungkus, nata de coco 1 cup, limau ais dgn laici ais... total RM68.70 tapi owner ambil RM67.00 saja! Discount sebab saya mesra kot.. hihihi... jom!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati