25 August 2014

Percutian Di D'Muara Marine Park, Sg Hj Dorani

Kali terakhir saya jejak kaki di sini pada tahun 2007. Jadi kononnya nak ulang memori lama dan nak tengok perubahan terkini resort.. maklumlah dulu masih belum siap sepenuhnya pun dah cukup beri kepuasan tempat tinggal dan makanan yg lazat.

Urusan booking sangat mudah berbanding kalau buka webpage..ada tulis perlu bank in deposit etc bla..bla..bla.. saya cuba nasib call saja. Kebetulan hari bekerja jd memang ada kosong. Jadi sampai saja Klia terus menuju ke sana. Chalet pilihan ialah yg seaview dan atas air laut. Tak banyak yg berubah... fasiliti masih sama cuma ada yg kureng..

1. Towel ada 1 saja..sampai hari kedua pun masih belum dapat lagi.
2. Shower sangatlah slow airnya.. mandi memang xpuas.
3. Langsir dalam chalet agak comot...
4. Cadar tilam memang bersih tapi dah pudar dan ala2 dah lama..

Layanan receptionist merangkap runner memang sopan dan murah senyuman jadi saya x demand sangat.. cukuplah adanya. Lagipun pilihan sendiri ke sini. Cuma Mr. Pegasus membebel sikit... hihihi... Harga satu malam RM140 saja dengan deposit RM50. Keseluruhan kawasan masih cantik dan tenang... dengan bunyi air laut dan burung-burung.. nak shooting gambar pun best... cantik.

Malam pertama memang xsabar nak ke restoran resort. Teringat lagi keenakkan mentarang bercili.. ikan bakar pelbagai etc.. sampai ke hari ni teringat kelazatan masakan ala kampung yg super lazat... 

Tapi sangat kecewa...rasanya pengurusan restoran resort dah bertukar tangan atau tukang masaknya. Kami hanya dilayan selepas hampir lelah menunggu waiter..padahal hanya ada 1 table customer sedang makan. Bila minta menu... terkejut sangat dengan menu yang ada. Tak ubah seperti menu kedai tomyam yg bersepah kat tepi jalan.. dah lapar jadi kami order juga.

Soup cendawan, paprik ayam, telor dadar, kailan ikan masin, kue teow bandung dan air minuman termasuk laicikang. Serius.... rasa sangat hambar. Habis makan terus kami plan esok untuk makan di luar... banyak lagi restoran yg sedap. Impian dari jauh untuk ke sini... memang hampa sangat. Cuma fasiliti tidur masih tetap nyaman dan mendamaikan.

Saya cadangkan kpd anda yg nak ke sini.. boleh datang tapi plan betul2 lokasi makan nanti ya. Jangan bimbang sebab sepanjang perjalanan dari arah Klang memang banyak tempat makan yg ohsemmm.. hihihihi.. pilihan di tangan anda!!


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati