28 September 2014

Bila berbekam buat pertama kali - Viperbekam

Jujur.. tak pernah terfikir akan berbekam dalam hidup ni. Lepas follow instagram #viperbekam dari hari ke hari, keinginan mencuba tu meluap-luap. Ya lah.. usia 30an sudah..banyak toksin2 yg perlu dikeluarkan dgn pelbagai cara.. betul x?

Selepas buat temujanji saya pun datanglah ke 'markas' viperbekam ni. Bertempat di Empire Damansara (thank you sgt2 jat Mr. Waze yg tolong pandu arah ke sana!). Kali pertama kat sana.. saya disambut dgn senyuman mesra Syazwan (rasanya dalam 27tahun) dan dibawa ke markas. Haiyooo... masuk saja dalam markas yg sebenarnya resident house tu... hiasan moden dalamannya ala2 Eric Leong cukup hilangkn rasa ketar nak berbekam...Jam 6.00 petang prosedur bermula.

Couch utk pelanggan baring dilakukan disinkfektan dulu yer.... xcukup spirit.. spray dettol entah hampir 1 botol disembur dan dilap kat semua peralatan. Autoclave UV (utk sterilkan alat) cukup buat saya confident sgt2..hihii..

Step seterusnya sgtlah best dan xmenyakitkan. Sesekali mcm dikucup semut2 je.. tau2 dah setle. Lebih kurang 45minit semua selesai. Banyak betul darah kotor yang keluar.. oh ya.. banyak mana darah tu bergantung kpd bdn seseorg tu.. saya banyk kat tengkuk.

Kos untuk sekali berbekam badan RM150 untuk 22cups. Tapi nt dia sedut 2 atau 3 kali lagi.. biasanya dah xada darah klu toksin tu like2 je.. mengikut kata pembekam. Kat muka pun boleh buat ... cuma tahan xtahanlah muka ada tanda bekam.. tanda bekam hilang dalam seminggu...

Siapa nak try boleh follow instagram viperbekam. Bawah ni lah muka pembekam.. ada juga untuk wanita.


Terima Kasih

14 September 2014

Menu Pahat Gergasi dari Pulau Carey

Lama betul tak update menu kat blog... kebetulan tadi pusing-pusing Banting, lalu Pulau Carey. Mak abah minta singgah gerai jual ikan fresh katenyer. Dalam banyak-banyak ikan yang ada...mata ni tertumpu kat benda macam buluh. Aci yang jual tu kata namanya Pahat. Mungkin viewers terbiasa tapi saya tak.. pernah makan kat restoran seafood Aroma jeram dulu tapi tak tau nama.

Oklah.. nilah hasilnya ya.

Pahat Bercili ala Jawa

Bahan-bahannya:

Pahat sekilo - bersihkan..cuci dan tos.
5 ulas garlic + 10 batang cili padi + 1 labu bawang besar dikisar
1/2 inci belacan
Asam jawa sebesar ibu jari tangan
Minyak zaiton untuk menumis.

Caranya senang... tumis semua bahan blend sampai pecah minyak. Masukkan pahat, kacau dan tutup dengan penutup periuk... (nak senang...sebab saya masak guna kuali mak yang xde penutup tu). Garam dan gula jangan lupa... saya xletak perasa sebab nak kekalkan rasa asal benda alah ni..

Rasanya sangat sedap. Lebih besg dari mentarang yang famous kat Sg Besar Kuala Selangor tu.. hihihi.. dan yg penting jangan lupa baca selawat masa masak tu.. xpun nyanyi2 selawat ala Raihan time mengacau benda ni dlm kuali..

Ok selamat mencuba!


Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati