14 September 2014

Menu Pahat Gergasi dari Pulau Carey

Lama betul tak update menu kat blog... kebetulan tadi pusing-pusing Banting, lalu Pulau Carey. Mak abah minta singgah gerai jual ikan fresh katenyer. Dalam banyak-banyak ikan yang ada...mata ni tertumpu kat benda macam buluh. Aci yang jual tu kata namanya Pahat. Mungkin viewers terbiasa tapi saya tak.. pernah makan kat restoran seafood Aroma jeram dulu tapi tak tau nama.

Oklah.. nilah hasilnya ya.

Pahat Bercili ala Jawa

Bahan-bahannya:

Pahat sekilo - bersihkan..cuci dan tos.
5 ulas garlic + 10 batang cili padi + 1 labu bawang besar dikisar
1/2 inci belacan
Asam jawa sebesar ibu jari tangan
Minyak zaiton untuk menumis.

Caranya senang... tumis semua bahan blend sampai pecah minyak. Masukkan pahat, kacau dan tutup dengan penutup periuk... (nak senang...sebab saya masak guna kuali mak yang xde penutup tu). Garam dan gula jangan lupa... saya xletak perasa sebab nak kekalkan rasa asal benda alah ni..

Rasanya sangat sedap. Lebih besg dari mentarang yang famous kat Sg Besar Kuala Selangor tu.. hihihi.. dan yg penting jangan lupa baca selawat masa masak tu.. xpun nyanyi2 selawat ala Raihan time mengacau benda ni dlm kuali..

Ok selamat mencuba!


Terima Kasih

2 comments:

Ibnu Ramli said...

Tak pernah makan lagi pula.. tapi nampak mcm sangat sedap je..

Adam Fahmy said...

Ibnu Ramli.. sedappp tp klu besar mcm ni liat2 manja sikit.. hihihiii

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati