23 October 2014

Tercari Mp3 'Seluruh Cinta' Dato Siti Nurhaliza feat Cakra Khan


Agak susah untuk dapatkan lagu penuh 'Seluruh Cinta' di tengah laut ni. Untuk beli di I-tunes lagilah sedih..memang xdapat. Akhirnya soundcloud penyelesaiannya! Hari ni juga sy register soundcloud.

Lagu ini tidak terdapat dalam album Fragmen yg dijual di Malaysia, syukurlah ada rakan-rakan dari Indonesia boleh kirim album Fragmen edisi Indonesia. hihi...




Paduan vocal Cakra Khan memang dinantikan
peminat-peminat setia Dato Siti Nurhaliza. Kali pertama sy dengar..terus melekat di telinga iramanya. Hasilnya lebih baik dari single Muara Hati feat Hafiz Shuib. Susunan muzik yang rapi... vocal memang tak perlu disangkal lah. Jika anda berangan nak download di 4shared ...lupakanlah ya...

Kalau nak dengar full song boleh click sini:

Seluruh Cinta ; Siti Nurhaliza feat Cakra Khan

Selamat mendengar!


Terima Kasih

21 October 2014

JELAJAH ASTRO KASIH bersama personaliti & artis popular


Sempena Awal Muharam, pihak Astro akan mengadakan program Jelajah Astro Kasih dengan tema Hijrah Rohani. Antara pengisian menarik ialah zikir perdana dan ceramah yang akan disampaikan oleh panel terkenal negara seperti Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Amaludin. Program ini turut diserikan dengan penampilan finalist Pencetus Ummah musim lalu. Antara artis yang terlibat ialah Fizo Omar, Mawi, Haziq AF dan lain-lain. 

Kepada viewers yang kebetulan berada di lokasi program bolehlah datang beramai-ramai! Smeoga kita mendapat manfaat dari program ini.


Terima Kasih

08 October 2014

Anak-anak semenanjung wajar mencontohi.....


Screenshoot atas ni mendorong saya untuk turut berkongsi pengalaman. Tempoh 3 tahun mengajar pelajar-pelajar diploma dari Sabah & Sarawak banyak membuka mata saya tentang perpaduan kaum yang indah di kalangan mereka. Keterbukaan yang tidak disalah guna..kesefahaman yang agak jarang dilihat pada jatidiri anak2 muda di semenanjung. Benar..kita di sini (semenanjung) dipupuk dengan semangat perpaduan kaum tapi realitinya masih sukar belum benar2 dipraktiskan. Masih ramai bersikap prejudis antara satu sama lain, memandang sesetengah bangsa dengan pandangan septikal dan macam-macam hal lagi. Adakala saya membelakangkan profesionalisme apabila cuba membezakan sikap pelajar dari semenanjung dan Sabah Sarawak. Anak muda kita ramai yang gemar ambil kesempatan dan sesekali pada tahap pijak kepala (bukan semua tapi kebanyakan...). Bukanlah tidak ada yang bermasalah anak Borneo ini...cuma level respect mereka sangat tinggi jika dibuat perbandingan.



Kini saya meneruskan kerjaya di tengah laut juga dikelilingi pelbagai lapisan kaum dan paling ramai ialah suku-suku dari Sabah & Sarawak. Ternyata... toleransi yang wujud adakala membuat saya terlupa tanah semenanjung. Indahnya budaya dan sikap tolak ansur yang ada di sini... lagi seronok kalau anak-anak muda kita juga pamerkan sikap yang sama. Bukan tidak ada, cuma bilangannya boleh dikira dengan jari.

Gyo-mi konon :P

Setiap kali saya balik ke kampung halaman, pasti tak henti bercerita tentang perpaduan, rasa hormat antara kaum di sini... Sejujurnya dalam hati ni teringin sangat nak lihat perubahan jatidiri dan sikap anak2 muda, dewasa seperti di sini. Kuncinya adalah keikhlasan dan hormat menghormati.. :D


Terima Kasih

Bad Weather - Cabaran Bekerja di Tengah Lautan

Tak sempat Disember pun lagi..cuaca dah mcm tengkujuh. Kalau di daratan hujan lebat. Di laut lagilah bergelora berganda-ganda. Adakala ramalan cuaca baik saja tapi hakikatnya ombak setinggi 4 meter ke atas.. Doa dan tawakal saja yang mampu dilakukan. Semoga rakan-rakan yang turut sama mencari rezeki di tengah lautan lebih cekal dan tabah.... aminn













Inilah keadaan kapal baru-baru ni bila ombak membawa air laut naik ke atas.. agak mencemaskan.. untuk pertama kalinya mini hospital dimasuki air laut ..badai melanda.






p/s: saat begini wajah2 org tersayang silih berganti dalam ingatan.


Terima Kasih

Tesco Klang Berwajah Baru!!



Baru 4 bulan xjejakkan kaki ke Tesco Klang yang dulunya agak sempit dan xberapa nak selesa membeli belah, dah berwajah baru! Betul2 punya selesa dan variasi kedai juga bertambah. Kepada viewers yang berada di sekitarnya boleh lah pergi sana. Tempat makan pun sangat selesa dan parking kereta pun dah lain.


Ada wifi free kat sini!


 Jangan marah naa.... tumpang promote kejaps Simplysiti :P





Terima Kasih

07 October 2014

Impian Rumah Pertama - Check CCRIS dulu


Teruja sangat nak beli rumah pertama. Maklumlah umur dah 30an ni.. cuma masih teragak-agak dengan kemampuan diri untuk komitmen jangkamasa panjang. Ramai kawan-kawan yang sudah ada rumah sendiri walaupun dengan gaji hanya RM1500?? Tapi gov servant lah..heheh.. gerenti lulus loan. Saya ni sejak dah resign gov rasanya bank dah tak semesra dulu :P

Lepas beberapa buah projek perumahan di usha...xbanyak yang menepati citarasa yang sederhana ni. Mahal sungguh harga rumah sekarang..semi-D biasanya bermula dari RM 360k. Nak dijadikan cerita ada sebuah project ni menambat hati. Jadi semua urusan dengan pemaju berjalan lancar sehinggalah hal booking membooking rumah ni.

Entah macam mana..hati ni rasa sangatlah tak sedap.. terasa nak check CCRIS kat Bank Negara walaupun problem kad kredit dulu dah clear setahun. Selepas saya check..hadoii... ada pula rekod Dalam Pemerhatian :P ( untuk pinjaman peribadi ). Bila diingat semula... semasa dalam gov dulu pernah tertunggak beberapa bulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi semua dah clear dalam tahun 2010 juga. Maknanya sehingga sekarang tiada masalah pembayaran tertunggak dan monthly installment dibayar lebih.


nilah project yang menawan hatiku.. hahaha

Segera saya ke bank yang terlibat untuk clear kan hal ni. Selepas berbincang, nampaknya saya tak ada pilihan melainkan buat full settlement yang berbaki dalam RM16k lagi (seram kan..pinjaman 30k dah bertahun bayar sejak 2006 tak habis lagi... sadis!!) sebelum rekod di Bank Negara dipadam untuk urusan loan rumah.  Peringkat awal perbincangan macam best je..tapi lepas saya bgtau pegawai bank saya bukan kakitangan kerajaan lagi..layanannya berubah. Seolah memang xada ruang budi bicara lagi dan perbincangan tu jd sgt ringkas pula.. hahaha.. double standard sungguh! Mau tak mau..terpaksalah saya struggle beberapa bulan ni untuk capai target.. Saya tak salahkan pegawai bank tu (walaupun layanan semakin hampeh bila tau status swasta), sebab saya sendiri yang buat pinjaman peribadi semasa berkhidmat di gov. Tak apalah..

Pesan saya kepada viewers yang baru berangan nak beli rumah pertama, sebelum nak usha2 projek rumah..lebih baik check CCRIS dulu. ehhehee... lepas tu pastikan bayaran bulanan komitmen seperti kereta , pinjaman peribadi, kad kredit adalah cun. :P

Saya terus contact pemaju, bagitahu hal ni.. pemaju dengan baiknya cakap tak apa, selagi xada orang nak rumah yg saya book, dia akan tunggu hingga selesai hal CCRIS saya. Best kan? Kalau dah rezeki tak ke mana..insha Allah.. sekarang masa untuk bekerja!! weu.....

p/s : nasib badan ..haha


Terima Kasih

06 October 2014

Varicose Vein : Rawatan Untuk Lelaki

Varicose vein atau 'simpul biawak' bukanlah perkara asing kepada wanita. Lelaki juga tak terlepas terutama yang berdiri lama dan angkat barang berat. Sudah lebih 13 tahun saya ada varicose vein di betis sebelah kiri. lepas buat aktiviti lasak macam jungle tracking ke.. hiking ke.. mesti akan rasa kebas sikit.

Varicose vein ni keadaan salur darah tersimpul dan membengkak kat bahagian kaki. Biasanya wanita semasa mengandung boleh kena.

Saya merancang untuk buat rawatan di hospital selepas macam-macam cara kotemporari dilakukan (pasang stokin khas etc..). Ada rawatan khas tak perlu pembedahan yang dipanggil Endovenous Laser Therapy.


Bila saya survey harga.. mak oi... RM8k untuk sebelah kaki. Mahalnyer.... teringat pula ada personal insurance. Terus saya contact agent, maklumbalas yang saya terima ialah insurance akan cover kalau prosedur ni dibuat bukan untuk tujuan kosmetik tapi sebab dah ada komplikasi seperti kebas-kebas dan sakit. Lega saya dengar..  Insha Allah nanti saya update semasa dan selepas rawatan. Sekarang ni masih bertugas kenalah tunggu cuti panjang sikit.


Ni contoh sebelum dan selepas terapi. Gambar ehsan Mr. Google. hehehe... Insha Allah saya akan update pic sebelum dan selepas rawatan kaki saya.


Terima Kasih

Sakae Shushi - Khas Penggemar Shushi

Penggemar Shushi mesti dah biasa dengan rangkaian restoran shushi Sakae kat mana-mana shopping mall kan? Bagi yang belum pernah cuba atau rasa 'geli2' nak makan..boleh cuba kat sini. Pilihan Shushi memang meriah..di samping menu-menu Japan yang lainnya. 

Lokasi yang saya pergi ni di AEON Bukit Tinggi, Klang. Berhati-hati kepada anda yang rambang mata dengan Shushi yang bergerak kat sebelah meja tu.. bukannya apa takut nanti terlebih budget pulak! Harga Shushi mengikut code warna pada piring.

Air minuman memang saya akan pilih greentea. Maklumlah nanti kembung air pulak.. dah makan pulut kan? (Jeles tengok orang Japan kulit cantik2 ..makan pulut hari2 kan. Kita kalau makan pulut banyak jadi kembung pulak)

Taste Shushi di sini saya bagi skala 4 bintang dari 5 bintang (Still tak boleh kalahkan rasa Shushi Tae di Pavillion :p). Selesa, bersih dan boleh datang lagilah lepas ni.









Terima Kasih

Grella's : Hidangan Western Size Gergasi & Berpatutan!!!

Dah lama saya follow page fb Grella's. Menarik sangat2 presentation menu yang adakat page. Apakan daya terlalu jauh untuk sampai ke sana. Jadi cuti kali ni memang tak saya lepaskan peluang! Sebaik tiba dari KLIA, saya terus menuju ke destinasi dengan bantuan Encik Waze. heheheh... 

Boleh click sini untuk facebook Grellasmalaysia

Lokasinya terletak di Petaling Jaya. Tak terlalu susah sebab Encik Waze membawa ke destinasi dengan mudah. Saya tiba sekitar jam 12.30 tengahari selepas mencari parking yang agak menyembalkan! Mana taknya..kedudukan kedai berada di kawasan kedai taman perumahan yang super busy! Tapi jangan risau boleh je nak parking kat tepi2 longkang tu..(saman bayar sendiri yer!)



Grella's tidaklah sebesar mana tapi menu yang disediakan sangatlah besar! Portion nya saya kira boleh mempercepatkan proses obes :p

Jangan tak tau yer... Grella's pernah masuk 'Jalan-jalan Cari Makan TV3' tau! Curlasss..... 

Layanan staff dari masa tiba hingga balik tidak mengecewakan. Tidak terlalu friendly dan taklah kekwat...saya pun tak demand itu ini sebab memang dah teringin sangat2 nak try menu-menu yang size 'Giant' nih.. Haaa...anda boleh nilai sendiri yer. Cer tengok pic bawah ni...





Ini antara menu yang sempat saya snap sebelum makan. Dari segi presentation memang menggiurkan! Sejujurnya ...selepas mencuba beberapa menu di atas, tak pasti apa yang kurang..cuma taste nyer boleh di up-grade lagi. heheh... bukanlah mengecewakan cuma pada tahap ok2 saja. Dari segi harga memang berpatutan sangatlah...






Nilah my dear & lovely sister.. Kak Azie dan kawan yang join makan.













Khusus kepada penggemar makanan Western, bolehlah cuba apa yang ditawarkan di sini ya. Bawah ni ada maklumat restoran.




Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati