08 October 2014

Anak-anak semenanjung wajar mencontohi.....


Screenshoot atas ni mendorong saya untuk turut berkongsi pengalaman. Tempoh 3 tahun mengajar pelajar-pelajar diploma dari Sabah & Sarawak banyak membuka mata saya tentang perpaduan kaum yang indah di kalangan mereka. Keterbukaan yang tidak disalah guna..kesefahaman yang agak jarang dilihat pada jatidiri anak2 muda di semenanjung. Benar..kita di sini (semenanjung) dipupuk dengan semangat perpaduan kaum tapi realitinya masih sukar belum benar2 dipraktiskan. Masih ramai bersikap prejudis antara satu sama lain, memandang sesetengah bangsa dengan pandangan septikal dan macam-macam hal lagi. Adakala saya membelakangkan profesionalisme apabila cuba membezakan sikap pelajar dari semenanjung dan Sabah Sarawak. Anak muda kita ramai yang gemar ambil kesempatan dan sesekali pada tahap pijak kepala (bukan semua tapi kebanyakan...). Bukanlah tidak ada yang bermasalah anak Borneo ini...cuma level respect mereka sangat tinggi jika dibuat perbandingan.



Kini saya meneruskan kerjaya di tengah laut juga dikelilingi pelbagai lapisan kaum dan paling ramai ialah suku-suku dari Sabah & Sarawak. Ternyata... toleransi yang wujud adakala membuat saya terlupa tanah semenanjung. Indahnya budaya dan sikap tolak ansur yang ada di sini... lagi seronok kalau anak-anak muda kita juga pamerkan sikap yang sama. Bukan tidak ada, cuma bilangannya boleh dikira dengan jari.

Gyo-mi konon :P

Setiap kali saya balik ke kampung halaman, pasti tak henti bercerita tentang perpaduan, rasa hormat antara kaum di sini... Sejujurnya dalam hati ni teringin sangat nak lihat perubahan jatidiri dan sikap anak2 muda, dewasa seperti di sini. Kuncinya adalah keikhlasan dan hormat menghormati.. :D


Terima Kasih

1 comment:

roynels9777 said...

Ensom la yg duduk depan sambil pegang hsr tuu..

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati