06 October 2014

Grella's : Hidangan Western Size Gergasi & Berpatutan!!!

Dah lama saya follow page fb Grella's. Menarik sangat2 presentation menu yang adakat page. Apakan daya terlalu jauh untuk sampai ke sana. Jadi cuti kali ni memang tak saya lepaskan peluang! Sebaik tiba dari KLIA, saya terus menuju ke destinasi dengan bantuan Encik Waze. heheheh... 

Boleh click sini untuk facebook Grellasmalaysia

Lokasinya terletak di Petaling Jaya. Tak terlalu susah sebab Encik Waze membawa ke destinasi dengan mudah. Saya tiba sekitar jam 12.30 tengahari selepas mencari parking yang agak menyembalkan! Mana taknya..kedudukan kedai berada di kawasan kedai taman perumahan yang super busy! Tapi jangan risau boleh je nak parking kat tepi2 longkang tu..(saman bayar sendiri yer!)



Grella's tidaklah sebesar mana tapi menu yang disediakan sangatlah besar! Portion nya saya kira boleh mempercepatkan proses obes :p

Jangan tak tau yer... Grella's pernah masuk 'Jalan-jalan Cari Makan TV3' tau! Curlasss..... 

Layanan staff dari masa tiba hingga balik tidak mengecewakan. Tidak terlalu friendly dan taklah kekwat...saya pun tak demand itu ini sebab memang dah teringin sangat2 nak try menu-menu yang size 'Giant' nih.. Haaa...anda boleh nilai sendiri yer. Cer tengok pic bawah ni...





Ini antara menu yang sempat saya snap sebelum makan. Dari segi presentation memang menggiurkan! Sejujurnya ...selepas mencuba beberapa menu di atas, tak pasti apa yang kurang..cuma taste nyer boleh di up-grade lagi. heheh... bukanlah mengecewakan cuma pada tahap ok2 saja. Dari segi harga memang berpatutan sangatlah...






Nilah my dear & lovely sister.. Kak Azie dan kawan yang join makan.













Khusus kepada penggemar makanan Western, bolehlah cuba apa yang ditawarkan di sini ya. Bawah ni ada maklumat restoran.




Terima Kasih

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati