07 October 2014

Impian Rumah Pertama - Check CCRIS dulu


Teruja sangat nak beli rumah pertama. Maklumlah umur dah 30an ni.. cuma masih teragak-agak dengan kemampuan diri untuk komitmen jangkamasa panjang. Ramai kawan-kawan yang sudah ada rumah sendiri walaupun dengan gaji hanya RM1500?? Tapi gov servant lah..heheh.. gerenti lulus loan. Saya ni sejak dah resign gov rasanya bank dah tak semesra dulu :P

Lepas beberapa buah projek perumahan di usha...xbanyak yang menepati citarasa yang sederhana ni. Mahal sungguh harga rumah sekarang..semi-D biasanya bermula dari RM 360k. Nak dijadikan cerita ada sebuah project ni menambat hati. Jadi semua urusan dengan pemaju berjalan lancar sehinggalah hal booking membooking rumah ni.

Entah macam mana..hati ni rasa sangatlah tak sedap.. terasa nak check CCRIS kat Bank Negara walaupun problem kad kredit dulu dah clear setahun. Selepas saya check..hadoii... ada pula rekod Dalam Pemerhatian :P ( untuk pinjaman peribadi ). Bila diingat semula... semasa dalam gov dulu pernah tertunggak beberapa bulan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi semua dah clear dalam tahun 2010 juga. Maknanya sehingga sekarang tiada masalah pembayaran tertunggak dan monthly installment dibayar lebih.


nilah project yang menawan hatiku.. hahaha

Segera saya ke bank yang terlibat untuk clear kan hal ni. Selepas berbincang, nampaknya saya tak ada pilihan melainkan buat full settlement yang berbaki dalam RM16k lagi (seram kan..pinjaman 30k dah bertahun bayar sejak 2006 tak habis lagi... sadis!!) sebelum rekod di Bank Negara dipadam untuk urusan loan rumah.  Peringkat awal perbincangan macam best je..tapi lepas saya bgtau pegawai bank saya bukan kakitangan kerajaan lagi..layanannya berubah. Seolah memang xada ruang budi bicara lagi dan perbincangan tu jd sgt ringkas pula.. hahaha.. double standard sungguh! Mau tak mau..terpaksalah saya struggle beberapa bulan ni untuk capai target.. Saya tak salahkan pegawai bank tu (walaupun layanan semakin hampeh bila tau status swasta), sebab saya sendiri yang buat pinjaman peribadi semasa berkhidmat di gov. Tak apalah..

Pesan saya kepada viewers yang baru berangan nak beli rumah pertama, sebelum nak usha2 projek rumah..lebih baik check CCRIS dulu. ehhehee... lepas tu pastikan bayaran bulanan komitmen seperti kereta , pinjaman peribadi, kad kredit adalah cun. :P

Saya terus contact pemaju, bagitahu hal ni.. pemaju dengan baiknya cakap tak apa, selagi xada orang nak rumah yg saya book, dia akan tunggu hingga selesai hal CCRIS saya. Best kan? Kalau dah rezeki tak ke mana..insha Allah.. sekarang masa untuk bekerja!! weu.....

p/s : nasib badan ..haha


Terima Kasih

2 comments:

Marou Apple Hijau said...

Macam mana nak beli rumah kalu kena layan macam tu

Adam Fahmy said...

Marou Apple Hijau... tu lah..hihi.. tp insha allah ada rezekinya nanti :)

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati