06 October 2014

Sakae Shushi - Khas Penggemar Shushi

Penggemar Shushi mesti dah biasa dengan rangkaian restoran shushi Sakae kat mana-mana shopping mall kan? Bagi yang belum pernah cuba atau rasa 'geli2' nak makan..boleh cuba kat sini. Pilihan Shushi memang meriah..di samping menu-menu Japan yang lainnya. 

Lokasi yang saya pergi ni di AEON Bukit Tinggi, Klang. Berhati-hati kepada anda yang rambang mata dengan Shushi yang bergerak kat sebelah meja tu.. bukannya apa takut nanti terlebih budget pulak! Harga Shushi mengikut code warna pada piring.

Air minuman memang saya akan pilih greentea. Maklumlah nanti kembung air pulak.. dah makan pulut kan? (Jeles tengok orang Japan kulit cantik2 ..makan pulut hari2 kan. Kita kalau makan pulut banyak jadi kembung pulak)

Taste Shushi di sini saya bagi skala 4 bintang dari 5 bintang (Still tak boleh kalahkan rasa Shushi Tae di Pavillion :p). Selesa, bersih dan boleh datang lagilah lepas ni.









Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati