06 October 2014

Varicose Vein : Rawatan Untuk Lelaki

Varicose vein atau 'simpul biawak' bukanlah perkara asing kepada wanita. Lelaki juga tak terlepas terutama yang berdiri lama dan angkat barang berat. Sudah lebih 13 tahun saya ada varicose vein di betis sebelah kiri. lepas buat aktiviti lasak macam jungle tracking ke.. hiking ke.. mesti akan rasa kebas sikit.

Varicose vein ni keadaan salur darah tersimpul dan membengkak kat bahagian kaki. Biasanya wanita semasa mengandung boleh kena.

Saya merancang untuk buat rawatan di hospital selepas macam-macam cara kotemporari dilakukan (pasang stokin khas etc..). Ada rawatan khas tak perlu pembedahan yang dipanggil Endovenous Laser Therapy.


Bila saya survey harga.. mak oi... RM8k untuk sebelah kaki. Mahalnyer.... teringat pula ada personal insurance. Terus saya contact agent, maklumbalas yang saya terima ialah insurance akan cover kalau prosedur ni dibuat bukan untuk tujuan kosmetik tapi sebab dah ada komplikasi seperti kebas-kebas dan sakit. Lega saya dengar..  Insha Allah nanti saya update semasa dan selepas rawatan. Sekarang ni masih bertugas kenalah tunggu cuti panjang sikit.


Ni contoh sebelum dan selepas terapi. Gambar ehsan Mr. Google. hehehe... Insha Allah saya akan update pic sebelum dan selepas rawatan kaki saya.


Terima Kasih

No comments:

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati