09 November 2014

Episode Pertama : Animasi Puteri 20 Nov. 9 malam


Bila ingat semula Upin Ipin dulu, sy antara peminat tegar dewasa menonton keletah dua beradik ni. Sambil melakukan pembedahan kecil di bilik rawatan, sempat sy berbisik kecil skrip2 comel yg dihafal secara tak sengaja...  Jadi bila dimaklumkan produksi yang sama akan keluarkan animasi terbaru, sy tak ragu-ragu untuk menonton trailernya di youtube.

Suara latar nyanyian lagu Puteri dah cukup mencuri perhatian untuk menonton hingga akhir trailer!!!

Kisah puteri-puteri raja yang comel dan mempunyai kuasa sakti! Ada juga suara-suara sumbang yang kata ciplak Frozen... rasanya banyak kisah-kisah Puteri raja yang sudah difilemkan dan dikartunkan..cuma kalau dilihat dari sudut berbeza, ada nilai-nilai kemelayuan dalam karya terbaru ni..

Jomlah kita sokong produk bangsa kita... usah diperlekeh kemampuan dan kreativiti anak muda kita. Sokonglah seadanya kalau kita sendiri tak mampu nak hasilkan apa-apa untuk anak bangsa. :p

Teruja sangat-sangat nak tengok sampai sanggup mohon cuti awal untuk pulang ke tanah airku..! Yang sangat pasti... anak-anak buah sy dan adik-adik kat luar sana pasti teruja! kalau tidak masakan ada yang cakap kat mak dia tiap kali trailer iklan keluar kat TV... ' bila nak start ni..asyik akan datang je.....'

Selamat Menonton!


Terima Kasih

2 comments:

Najib Ariyan said...

tunggulah dah popular macam Upin Ipin nanti baru gempak, kami jalan2 kat Indonesia kalau tau kami dari Malaysia, mereka akan panggil kami Upin Ipin... kartun yg sangat popular di sana

Adam Fahmy said...

terbaik!

© Mr.Cupid | Template Designed By Blog Bingkisan Hati